Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Januari 2012

Ustazah Tudung Labuh Bakal Isteri Kedua


Dalam banyak-banyak soalan yang dikemukan oleh pembaca blog saya, ada juga soalan yang sukar saya jawab. Sekali fikir nak juga try jawab tapi lepas tu terfikir, susah juga kalau saya jawab. Soalan dikemukan oleh seorang yang menyatakan dia lelaki 40-an kerja pegawai kerajaan, sudah ada isteri 40-an dan anak-anak.

Lebih kurang soalannya begini (sudah diedit):

"Ustaz, saya berkenalan dengan seorang ustazah berusia 26 tahun, anak dara, lebih kurang 2 tahun lalu dan kami berhasrat hendak bernikah. Saya rasa permohonan saya di mahkamah syariah tidak ada  masalah kerana pendapatan dan tanggungan saya cukup untuk menanggung 2 isteri. Bakal isteri dan kedua ibu bapanya juga sudah menyatakan bersetuju." Kata lelaki ini.

"Masalahnya ustaz... isteri saya kata, kalau saya bernikah  lagi satu, dia akan lari dan bawa kesemua anak balik ke kampung dan minta tukar tempat kerja. Jadi macam mana nak selesaikan masalah ini" Tanya lelaki ini pada saya.

Jadi soalan ini pening saya nak jawab dan saya minta bantuan pembaca untuk beri komen. Berbalik cerita tadi, sebelum mengakhiri emailnya, dia sempat beritahu.

"Ustaz, ustazah ni pakai tudung labuh lagi". Katanya lagi di akhir bicara. Dalam hati saya, kenapa pula dengan tudung labuhnya tu, nak beritahu saya apa....?

Isteri Kedua Tengah Mabuk-mabuk

30 Januari 2012

Bukan Skim Cepat Kaya, Ini Pelaburan, Hujung Nanti Kena Tipu

Ada sebuah akhbar harian terkenal hari ini buat satu iklan. Lebih kurang bunyinya, yang dia kata dia bukan skim cepat kaya tapi adalah pelaburan. Lebih kurang iklan ini, adalah skim tanaman yang akan mengeluarkan hasil lumayan dalam tempoh tertentu.

Pelabur tak perlu susah-susah menanam, lagi pun bukan semua orang ada tanah. Serah duit saja harganya ribuan satu lot. Beberapa bulan nanti, duit pokok dan keuntungan akan diserahkan kepada pelabur. Ermmm... sekali baca macam bagus projek ini. Siapa taknak untung atau taknak senang macam iklan ini cerita.

Akhbar Kena Bertanggungjawab

Saya dah tahu jawapan dari pihak akhbar yang dia kata, dia cuma iklan saja. Soal betul atau tidak, ada lesen atau tidak, itu cerita lain. Oh yer, kalau diminta lesen, syarikat tu mungkin boleh beri tapi entah apa-apa punya lesenlah. Jadi, pada saya, sebaiknya perlu wujudkan satu undang-undang di mana setiap perniagaan yang hendak diiklankan, hendaklah mendapat kebenaran dari Bank Negara atau pihak berkuasa lain..

Akhbar boleh jawab, kalau semuanya berlesen, alamat tak ramailah orang buat iklan di akhbar mereka. Hingga kalau  seorang nak jual moto kapcai sendiri pun kena lesen juga. Atau perlu pihak akhbar jadi pegawai penyiasat, kena tengok salinan geran yang asal dan penama moto itu, susahlah gitu.



Lepas Dapat Duit Cabutttt

Saya bukan nak menuduh, tapi seperti penipuan yang sebelum-sebelum inilah, jadi pengajaran pada kita. Lepas dia orang dah dapat duit yang sampai target dia orang, dia orang akan cabut lari. Nanti lot saham entah ke mana, tanaman entah ke mana, penipu licik ini sudah hidup senang lenang. Walaupun dia kata ada perjanjian bertulis, tapi pelabur nak buat apa dengan perjanjian itu ?

Nak pergi mahkamah ? Bukan senang nak tuntut di mahkamah, lagi pun dia ambil duit bukan sampai puluhan atau ratusan ribu. Nanti pelabur akan kata, dari keluar duit peguam mahal-mahal, baik diamkan sajalah, tak memadai dengan kos peguam dengan duit yang nak dituntut. Maka orang kita akan anggap tak ada rezeki, itu saja.

Laburlah Pada Institusi Berlesen

Ada banyak institusi berlesen, tapi orang kita suka ikut pintu belakang untuk jadi kaya. Akhirnya jadi macam Mat Jenin yang jatuh pokok kelapa. Juga macam Lebai Malang yang kempunan makan dua kenduri. Dulu orang kita dah ramai kena tipu saham lintah, saham rumpai laut, saham ketam batu, saham kambing dan lembu, saham ikan patin dan banyak lagi, tapi sikitpun tak beri pengajaran pada kita.

29 Januari 2012

Lagi Kisah Tukar Tayar Kereta (Episod 23)

Isteri saya kasi duit untuk tukar tayar kereta dia dua biji lagi. Berbalik cerita pasal tukar tayar kereta sebulan yang lalu, rupanya  terkesan juga sikit-sikit cakap tauke tayar tu. Itu tauke takut-takutkan kalau tak tukar 2 biji tayar lagi, mungkin akan pecah tengah jalan lagi.

Yer le, betul juga, kalau terjadi betul kat tengah jalan kan susah, lagi pun tayar dah lama juga. Sekali fikir, macam serba salah juga. Tapi sorilah taukey, ini kali gua tak pergi lu punya kedai, gua sudah serik, gua mahu cari lain punya kedai.

Semalam saya balik dari Batu Pahat ke Kluang, saya singgah di satu kedai tayar. Dalam hati saya, harap-haraplah kedai tu tak auta macam kedai itu hari. Tanya harga tayar 17 inci, buatan China RM250 dan dapat kurang 230, kalau dua biji 460. Kalau yang Jepun mahal sikit, 350 satu. Kira saya setuju nak ambil buatan China tu.

Tanya Dulu Betul-betul

"Taukey, ini harga 460 siap balancing dan tukar ke depan sekali ker ?" Tanya saya.

Dia kata, yer. Dia kata kalau alignmet tambah RM 20 lagi. Okeylah, kalau itu macam saya setuju.

Buka Tayar

Taukey tu buka 4 tayar sekali, yang depan nak pindah ke belakang dan yang baru nak letak depan. Kemudian taukey tu kata tayar depan makan tak rata dan mesti buat alignment. Saya kata okeylah, baru RM 20.

Sambil dia pasang tu, saya rilek-rilek baca suratkhabar. Nampaknya taukey tu tak banyak cakap, dia buat kerja saja dan saya tengok.

Ada Perempuan Senyum-senyum

Tengah saya duduk tu, ada pulak perempuan pakaian ala-ala amoi. Perempuan tu senyum saja kat saya. Muda lagi perempuan tu, awal 20-an. Hairan juga saya, sapa perempuan tu. Saya tengok dia masuk dalam kereta dan dari dalam kereta dia pandang saya lagi, senyum pulak tu, bertambah hairan juga saya. Mana tak hairan, itu bukan kat Kluang, kalau Kluang mungkin dia kenal saya. Rasanya dia servis kereta kat situ juga.

Lepas pasang tayar, tauke tu buat alignment. Dia kata ada lari sikit dan dia betulkan. Lepas tu bayar, semua sekali RM 480 iaitu 460 tayar dan alignment 20. Kira murah tu. Kalau kat Kluang atau JB, alignment kira lagi mahal lagi pada tu. Kesimpulannya, kedai tu bagus, buat kerja kemas dan harga berpatutan.

Siapa Perempuan Tadi ?

Lepas bayar tu, taukey Cina itu kata.

"You kerja agama punya tempat ker ?". Kata tauke tu, umur dalam 30-an.

"Yer, mana you tahu ?" Tanya saya.

"Tadi perempuan cakap". Kata tauke tu.

"Oh... yer ke? " Terkejut gak saya, dia kenal saya rupanya.

.....BERSAMBUNG

27 Januari 2012

Pasangan Tak Sempat Kursus Kahwin, Kena Tangkap Dalam Hotel

Lelaki orang JB, tunangnya dari daerah lain, datang JB petang Jumaat untuk nak kursus kahwin keesokannya. Maka lelaki menyewakan hotel untuk tunangnya di JB.

Mulanyanya nak hantar saja tunangnya ke hotel tapi akhirnya lelaki temankan tunangnya tidur sekali. Jam lebih kurang 12.00 malam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor buat pemeriksaan hotel dan menangkap pasangan ini. Dia antara beberapa pasangan yang ditangkap dalam operasi di hotel-hotel di JB sempena Tahun Baru Cina.
"Tolonglah ustaz, esok saya nak pergi kursus kahwin di JB". Kata lelaki ini.

Akhirnya pasangan ini bermalam di dalam lokap dan diikat jamin keesokannya oleh sepupunya. Mereka tak jadi pergi kursus kahwin kerana kejadian yang menimpa mereka ini.  Dalam masa terdekat, pasangan 20-an ini akan dituduh di bawah kesalahan khalwat di mahkamah syariah.

22 Januari 2012

Mahal Sangat Harga Minuman di Warung Ni

Satu warung ni saya makan dengan famili malam semalam. Kira semua sekali, makanan dua, air tiga.  Bila nak bayar tauke tu beritahu harga dan saya terkejut. Saya bayar tapi lepas tu, saya tanya tauke kedai tu semula harga-harga makanan dan minuman tu.

Okey, kira makanan boleh dikatakan berpatutanlah, tapi air ?..... Dia kata milo ais RM 2.00. Ais limau (air, limau nipis, gula dan ais) harganya RM 2.00. Teh O gelas panjang sikit harga RM 1.50.

Soalnya patutkah harga milo 2.00, kan biasa 1.50. Limau ais patut dalam 1.20 saja bukan 2.00. teh O patut seringgit saja bukan 1.50. Bukan saya nak ungkit apa, tapi kesian pada orang lain dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Saya yang suami isteri bekerja ni pun rasa macam tak patut harga tu, apa lagi orang lain yang berpendapatan sederhana dan rendah. Itu bukan kedai besar, sekadar warung saja.

Sebagai peniaga Islam, janganlah terlalu mengejar   keuntungan sehingga memberatkan orang lain. Banyakkanlah sedekah dan jangan lupa bayar zakat sekiranya sudah cukup syarat-syaratnya. Mudah-mudahan rezeki kita diberkati dan lebih subur lagi.

21 Januari 2012

Mata Kananku Bengkak

Kelopak mata kananku bengkak masuk hari ketiga hari ini. Sudah pergi klinik pakar mata semalam. Semoga saya cepat sembuh seperti sediakala.


20 Januari 2012

Pengacara Ally Iskandar Selamat Bernikah

Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahan pada hari ini, 20 Januari 2012. Dan pada jam 10.00 pagi tadi, Ally Iskandar telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan nama Farah Lee di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Masalah Suami Isteri dan Selesai, Ipar Pula Yang Lebih-lebih


Dulu suami isteri ini 40-an, kerja kerajaan, ada masalah keluarga selepas hampir 10 tahun berumahtangga dan mempunyai anak. Maka si isteri ini mengadu kepada adiknya berkenaan suaminya. Biasalah kalau orang perempuan ini mengadu, cerita macam-macam keluar. Malah cerita kecil pun diperbesarkan. Antaranya dia kata suami dia ini tak beri wang belanja yang cukup di rumah.

 Isteri kemudiannya minta diceraikan di samping mangadu dengan adik lelakinya. Si adik lelaki perempuan ini pula bertindak agresif dan ugut mengugut abang iparnya kerana menyebelahi kakaknya. Bagaimanapun, kes ini diselesaikan begitu saja apabila suami isteri ini berdamai. Suami menafikan dia tak beri belanja kat rumah, malah semua perbelanjaan di rumah ditanggungnya. Cuma katanya, duit untuk isteri dia shoping saja dikurangkan supaya isteri dia tidak membazir.

Kiranya, masalah mereka ini selesai sendiri-sendiri dan suami banyak mainkan peranan menyelesaikan masalah ini. Tetapi, adik iparnya iaitu adik lelaki kepada isteri dia yang belum boleh terima. Malah menyalahkan kakak dia kerana menerima kembali suaminya itu. Adik iparnya masih ingat kata-kata kakaknya

"kakak tidak pernah hidup bahagia sepanjang 10 tahun berumahtangga". Kata kakaknya dulu.

Tapi itu dulu, sekarang kakaknya dan suami sudah tidak ada pergeseran lagi. Satu hari adiknya itu jumpa abang ipar di bandar dan jadi pergaduhan dan berjaya dileraikan oleh orang ramai. Maka kecoh jugalah dan jadi buah mulut masyarakat di situ. Maka isteri itu jadi serba salah dan mempertahankan suaminya dan menasihati adiknya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Kakak ni bodoh, kenapa terima lelaki ini, dia dah banyak menyusahkan keluarga kita !" Kata adik lelakinya.

Ini membuatkan si isteri dalam keadaan serba salah kerana dendam adiknya kepada suaminya masih membara. Dia menyesal kerana sebelum ini memburukkan suaminya kepada orang lain termasuk kaum keluarganya. Bukan itu saja, sampai sekarang adik beradik dan mak ayahnya juga tidak suka kepada suaminya. Sampai sekarang si isteri menyesal dan bimbangkan keselamatan suaminya.

18 Januari 2012

Baru Tiga Bulan Kawin, Kena Tangkap Khalwat


Perempuan 20-an baru bernikah 3 bulan yang lalu di Kluang. Suaminya bekerja dan tinggal di Johor Bahru dan jarang balik kerana sibuk bekerja. Perempuan ini bekerja di Kluang dan tidak ikut suami ke Johor Bahru.

Pada satu malam, jam 8 malam penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang membuat serbuan di sebuah rumah setelah mendapat aduan dari orang awam. Yang kena tangkap itu perempuan ini yang baru 3 bulan bernikah. Dia ditangkap dengan lelaki satu tempat kerja dengannya 30-an yang sudah bernikah dan ada anak.

Pelajar Sedang Tunggu Keputusan SPM ditangkap Khalwat

Operasi penguatkuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang malam minggu menahan lelaki umur 20 dan perempuan umur 18. Lelaki kerja sebagai di sebuah pasaraya manakala perempuan pembantu kedai. Perempuan baru lepas sekolah dan sedang menunggu keputusan SPM yang baru lepas.

Tangkapan jam lebih kurang 3.00 pagi di sebuah hotel di Kluang dengan bayaran RM 70 semalam. Mereka adalah pasangan kekasih dan menyambil kesempatan memadu kasih pada malam minggu.

17 Januari 2012

Pengalaman Dikejar Janda Bergetah


Lelaki 40-an sudah nikah dan ada anak. Lelaki ini, di belakang isteri dia, ada kacau seorang janda 30-an anak dua, masih bergetah katanya. Janda yang cun macam ni, ramai orang nak kacau di tempat kerja. Bagaimanapun, janda ini pada mulanya tak berapa nak layan lelaki yang hampirinya.

Tapi lepas tu janda ini membalas pulak, sampai lelaki terkedu. Sampai ke peringkat, depan orang ramai pun dia cakap pasal nak kawin dengan lelaki tu. Lebih pada tu, dia telefon kat rumah dan sms lelaki ni ajak kawin.

"Dulu kata nak kawin dengan saya, sekarang senyap pulak". Kata janda ni.

Lelaki ini menggelabah sebab dia sebenarnya bukan nak kawin betul-betul, dia main-main saja. Dia mengaku, dulu ada ajak janda ni pergi dating tapi janda ni taknak. Tapi sekarang nak pulak, sampai sms malam-malam tengah tido, nak ajak jumpa.

"Biasalah lelaki ustaz, saya bukan betul-betul, main-main saja". Kata lelaki ini.

"Dah tu, kenapa taknak kawin saja dengan janda tu ?". Kata ustaz.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
........

16 Januari 2012

Tak Marah Kawan Bawa Balik Awek


Seorang lelaki 20-an menyesal yang amat sangat kerana sebelum ini dia menyembunyikan perbuatan kawan serumahnya 20-an yang selalu bawa perempuan 20-an balik rumah. Kedua-dua lelaki ini duduk di rumah bujang dan bekerja di sebuah kilang di Kluang. Manakala perempuan kerja sebagai kerani swasta.

Berlaku pada satu malam, jam lebih kurang 10.00 malam, kawannya bawa balik perempuan ke rumah. Lelaki ini sedikit pun tak tegur dan membiarkan kawannya itu saja. Masa itu, dia tahu perempuan berada di dalam bilik manakala dia berbual sambil tengok tv di ruang tamu. Kemudian, masing-masing masuk bilik masing-masing untuk tidur dan tutup tv. Rumah itu adalah rumah sewa mempunyai 2 bilik.

Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kedatangan penguatkuasa. Kedua-dua lelaki bangun manakala perempuan menyorok dalam almari tapi akhirnya ditangkap juga. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis dan kemudiannya diminta mencari penjamin dan diminta hadir ke Jabatan Agama keesokan harinya.

Pasangan lelaki dan perempuan ini akan didakwa tidak lama lagi atas kesalahan khalwat. Tetapi, yang menjadi masalahnya, lelaki kawannya yang tidak bawa perempuan ini tidak terlepas dari tuduhan sama ada bersubahat atas kesalahan khalwat, atau juga dituduh khalwat bersama. Tarikh sebulan dari sekarang sungguh mencemaskan bagi lelaki ini untuk mnanti keputusan sama ada dia turut didakwa atau tidak.

Dia menyesal dan merayu tetapi semuanya sudah terlambat dan dia berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah. Penyesalan tiada gunanya, sepatutnya dia cegah, tegur atau bekerjasama secara sulit dengan penguatkuasa dengan membuat aduan maksiat.

Bangla Pakai Tak Senonoh Pergi Pasaraya

Tengok sendirilah Bangla ni, pergi pasaraya pakai kain saja. Dahlah tu, mungkin baru bangun tidur pulak tu, entah dah mandi ke belum. Pakailah elok sikit.....

Gambar ni saya rakamkan di satu tempat di Kluang. Saya bercakap pasal etika berpakaian dan kesopanan, bukan dari sudut undang-undang. Keadaan lelaki asing yang berkeadaan sebegini menimbulkan rasa kurang senang masyarakat tempatan.

13 Januari 2012

Gadis Bertemu Jodoh Pada Usia 49, Suaminya 71 Tahun


Gadis 49 tahun akhirnya menamatkan zaman anak daranya dengan bernikah dengan lelaki 71 tahun. Lelaki ini kematian isteri hampir setahun lalu, punyai 8 anak dan lupa berapa orang cucu kerana ramai sangat.

Mengadu Masalah Rumahtangga, Lepas Cerai, Jadi Isteri Kedua Lelaki Tu

Perempuan 30-an ada masalah dengan suami, macam-macamlah masalah yang diceritakan. Mengadu pula dengan lelaki suami orang 40-an. Lelaki ini kerja kerajaan dan kat taman tu dia ni kira orang yang dihormati juga. Masa mengadu dan cerita pasal suami dia tu, adakalanya dia ke rumah lelaki tu didengar sama masalah tu oleh isteri lelaki tu.

Maka lelaki dan isteri dia ni bersimpati sangatlah dengan perempuan ni. Selalu juga perempuan ni telefon dan sms masalah rumahtangga dia. Kiranya lelaki ini begitu ambil berat juga pasal perempuan ni. Lepas tu, perempuan 30-an ini bercerai apabila rumahtangga ini tidak berjaya diselamatkan.

Bila cerai, lelaki itu juga yang tolong daftarkan perceraian sebab katanya dia biasa berurusan dengan pejabat kerajaan. Jadilah perempuan ini, janda 30-an, anak dua, kerja swasta. Masa jadi janda ni, lelaki ini makin ambil berat, termasuklah persekolahan anak janda ni. Sesi persekolahan tahun 2012 ni, dia yang tolong daftarkan persekolahan anak janda tu, bagus betul lelaki ini.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)



12 Januari 2012

Terkini : SBPA Kepada Penjawat Awam Tangguh


Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.
Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA

11 Januari 2012

Setahun Lebih Lepas Bercerai, Akhirnya Nikah Semula

Lelaki dan perempuan 30-an, bercerai talak satu lebih setahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, punyai 2 anak yang masih bersekolah. Suami bekerja swasta manakala isteri tidak bekerja. Akhirnya mereka berdua ambil keputusan bernikah semula.

Tanah Dan Batu Yang Digali Sebenarnya Memang 'Emas'

Heboh sehari dua ini di Kampung Melayu, Johor Bahru pasal batu jalan dikatakan sebenarnya adalah emas. Batu jalan tu dihantar oleh kontraktor yang dilantik untuk menurap jalan di situ. Penemuan emas itu amat mengejutkan sehingga orang di situ tak lepaskan peluang mencari emas.

Maka rosaklah jalanraya yang sudah pasti ditar dan digiling oleh jentera. Pastilah jalanraya itu untuk kemudahan orang ramai dan kalau digali, tentulah merosakkan. Tapi apa ada kisah, emas punya pasal, lupakan itu semua. Lepas tu, akhbar hari ini kata, kenyataan pihak berkuasa kata itu bukan emas tapi ada jenis-jenis batunya. Tapi orang tetap tak kisah, kata itu emas ker, bukan emas ker, kerja menggali dan mencari tetap diteruskan.

Mungkin pada dia orang, yang dikaji itu batu lain dan yang dicarinya batu lain yang memang emas. Kelakar juga cerita ini, tapi nak buat macam mana, inilah sikap orang kita. Lagi pun kalau duduk di rumah, baring depan tv saja, jadi apa salahnya pergi buat kerja sikit, cari emas. Pada fikiran dia orang, kalau bukan emas pun bukanlah rugi. Lagipun, bukan keluar modal.

Kisah Saham Haji Jasman

Kisah Haji Jasman ini cukup popular sekarang sampai blog saya ramai pelawat nak ikuti perkembangan saham mengarut ini. Tergelak juga saya bila dalam komen yang diberikan macam dia orang tak kisah sama ada duit tu dapat atau tak dapat. Ramai yang kata, kalau dapat tu rezeki dan kalau tak dapat tu tak ada rezeki.

Itu sajalah yang dia rasa dan tak ada rasa bersalah atau nak marah pun yang dia orang kena tipu. Maka kerana sikap oang kita yang beginilah, tumbuh pelbagai jenis pelaburan yang menipu macam  ni.

Gali Cari Emas

Teringat saya masa sekolah dulu, ada cikgu saya cerita. Ceritanya, dulu ada beberapa lelaki satu keluarga malas bekerja sedangkan bapa mereka tinggalkan kebun yang luas. Maka kebun dia jadi semak samun.

Satu hari tu, dapat cerita yang di kebun mereka tu ada emas harta karun harga jutaan ringgit. Maka barulah lelaki-lelaki tu ambil cangkul dan gali keseluruhan kebun nak cari emas. Beberapa hari saja kebun mereka jadi terang tapi tak jumpa pun harta karun yang dikatakan.

Lepas tu datang seorang lelaki kata, sebenarnya dia saja buat cerita. Tujuannya supaya lelaki tu rajin bekerja. Kemudian kebun yang dah bersih dan dibajak itu ditanam dengan tanaman dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Kemudian jadi kaya dengan hasil jualan tanaman itu. Sebenarnya, itulah emas yang dikatakan emas itu.

10 Januari 2012

Duda 47, Kena Tangkap Dengan Isteri Orang 42


Duda 47 tahun, anak 3, ditangkap dengan isteri orang 42 tahun, anak 5 di sebuah rumah jam lebih kurang  1.00 pagi. Ketika ditangkap hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah.

Rumah tersebut adalah rumah di sebuah taman baru di Kluang dan mereka menyewa berdua seperti suami isteri beberapa bulan lepas. Bayaran sewa mereka kongsi bayar bersama. Perempuan ini dalam proses cerai dan sedang bermasalah dengan suaminya. Bila ditangkap, baru jiran tahu yang mereka sebenarnya bukan suami isteri.

09 Januari 2012

Pelajar Universiti dan Pekerja Kedai Snooker ditahan Kes Khalwat


Perempuan masih belajar di sebuah universiti tempatan dan lelaki bekerja di kedai snooker ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kluang dalam satu operasi maksiat. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih berusia 20-an dan katanya ada rancangan untuk berkahwin.

Alasan yang mereka beri masa kena tangkap adalah untuk menumpang tandas di bilik hotel itu dan bukan niat dia nak buat benda tak senonoh. Tapi tak payahlah nak kelentong penguatkuasa yang dah biasa dengar alasan seperti ini.

06 Januari 2012

Gadis 18 Tahun, Kenal Laki Orang 36 Tahun 4 Bulan, Terus Nikah


Lelaki 36 tahun, kerja berniaga bernikah dengan gadis umur 18 tahun, kerja pembantu jualan. Lelaki sudah ada isteri dan 5 anak. Lelaki bernikah setelah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. Mereka berkenalan lebih kurang 4 bulan sebelum memutuskan untuk bernikah.

Dua Pondan Ditangkap Masa Tengah Gedik-gedik

Dua orang lelaki berlagak perempuan dan berpakaian perempuan ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang malam tadi. Seorang berumur 33 tahun dan seorang lagi 27 tahun. Kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap dan buat kerja sambilan seperti tukang andam dan jurusolek.

04 Januari 2012

Perkenalan Dalam Bas, Akhirnya Jadi Isteri Kedua

Seorang lelaki 40-an, satu hari tu naik bas dari Kluang ke Kuala Lumpur. Dia bukan biasa sangat naik bas, tapi hari tu dia macam kurang sihat sikit, maka naik baslah. Bas masa dia naik tu, orang tak ramai, dalam 10 orang saja.

Maka sempatlah dia berkenalan dengan perempuan, anak dara umur 28 tahun. Perempuan tu orang Kluang tapi kerja di KL. Berkenalan bukan setakat di situ saja dan sempat bertukar nombor telefon. Lepas tu, masa lain, kalau ke KL, dia mesti jumpa dengan perempuan tu minum-minum.

Perkenalan dalam setahun, akhirnya mereka ambil keputusan bernikah. Masa tu, perempuan tahu yang lelaki ini sudah ada isteri dan ada anak 6 orang. Katanya, perempuan ni tak kisah jumpa sekali sekala di KL. Perempuan pula tak mahu berpindah kerja di dalam Johor ni sebab tak mahu isteri pertama tahu rahsia perkahwinan mereka.

02 Januari 2012

Kena Tangkap Khalwat Dengan Anak Sedara ?

Seorang lelaki warga asing 30-an kena tangkap di sebuah hotel dengan seorang perempuan warga asing. Bila ditanya hubungan, dia kata perempuan tu anak sedara dia. Tapi lepas tu penguatkuasa minta dia cerita macammana jadi anak sedara tu, dia jawap apa ?

Dia jawab bapa dia dengan emak perempuan tu adik beradik. Oh yer ker macam tu kira anak sedara?  Ulang sekali lagi jawapan dia, dia kata bapa dia sama emak perempuan tu adik beradik. Maknanya bukan anak sedara ler tu, tu sepupu. Maka bukan mahram dan bolehlah ditangkap kes khalwat. Kena tangkaplah juga.

Bawa Anak Buat Maksiat di Hotel

KLUANG - Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam.

Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.

Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

“Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 2 Januari 2012)