Dalam episod ini, saya nak jawab soalan dari pembaca dalam episod kedua lepas, di mana saya kata saya lebih suka duduk kondo dari duduk rumah bawah. Soalannya berbunyi,
"Salam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan.."
Jawapan saya :
Sebelum saya jawab, saya nak beritau, saya pernah duduk kondo/pangsapuri di Pangsapuri Kerajaan Bukit Chagar sebelum dirobohkan, lepas itu kondo Persiaran Tanjong Bukit Alif. Pernah juga duduk rumah bawah di Taman Perling, kemudian di Bandar Baru Uda. Secara peribadi, saya boleh buat perbandingan.
Keselamatan
Duduk kondo lebih selamat dari duduk rumah bawah. Duduk bawah, banyak berlaku jenayah terutama di JB. Di sebelah rumah saya di Bandar Baru Uda, kena ceroboh waktu hujan jam 11 malam, penghuni ada di rumah. Banyaklah tempat terutama di JB, rumah vvip pun kena ceroboh, rumah pegawai kanan polis pun kena. Ada kes rompak sehingga berlaku kematian dan kecederaan. Di kondo ada pengawal keselamatan.
Tetamu Tak diundang
Kekadang datang jurujual, kekadang peminta sedekah (yang menipu), kekadang datang guris dan menang. Macam macam gangguan duduk rumah bawah. Kalau kondo, ada pengawal sekat.
Sampah
Di kondo, sampah diuruskan oleh pihak pengurusan, boleh kata tiap hari pungut. Di rumah bawah, belum tentu pungut. Waktu saya duduk di Bandar Baru Uda, dalam 3-4 kali seminggu diangkat, kekadang ada tertinggal. Masalahnya, waktu tak pungut, sampah berbau, berulat dan diselongkar anjing.
Tikus
Kalau duduk rumah bawah yang ada tikus dan anai-anai, maka tak boleh elaklah.
Nyamuk
Banyak kawasan di bandar banyak kawasan denggi. Kalau kondo, tingkat atas nyamuk tak lepass naik. Macam rumah saya tingkat 13, nyamuk tak cukup kepak nak terbang.
Parking kereta
duduk kondo ada parking di petak yang disediakan. Kalau rumah bawah, ada dua kereta, nak keluar kereta yang kat dalam, bukan mudah. Lebih lagi kalau jalan sempit, kekadang pagar tak boleh kunci, merbahaya tu. Kereta letak jauh sikit pun tak apalah, yang penting kereta kita selamat, takkanlah tidur pun nak renung kereta.
Curi Moto
Kawasan perumahan lumayan kepada pencuri moto terutama rumah bawah, dalam pagar pun dia masuk. Kawan saya kena rembat siang-siang masa dia tengah tengok tv.
Kos pembaikan tinggi
Kepada suami, elakkanlah beli rumah bawah. Nanti kalau ada duit lebih sikit, isteri goda supaya tambah depan sikit belakang sikit. Pada saya, ada duit, simpanlah, buat beli rumah lain lagi baik, daripada ubahsuai. Duduk kondo nak tambah tambahlah kalau boleh.
Mesin Rumput
Jangan anggap mesin rumput satu kerja mudah. Kalau ada rumput sebesar saiz kereta, upah dia RM 30. Kalau depan belakang dalam 100 sebulan. Kalau setahun 1200, banyak woo.
Ketenangan
Yang paling penting pada saya, duduk kondo ini tenang. Jiran biasa tak sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal kita. Jadi, umpat mengumpat tu berkuranganlah. Jadi, saya lepas balik kerja, masuk rumah dengan tenang je. Contohnya duduk rumah bawah kekadang balik keja beli durian, jiran sebelah nampak. Nak kasi tak banyak, tak kasi takleh lah. Kalau kondo, jiran serba tak kisah, dia tak tahu pun kita beli durian.
Lepak depan rumah
Jarang dan hampir tak ada orang duduk kondo bersidai depan rumah. Kalau rumah bawah tu dah biasa. Jadi kekadang segan dan tak sedap juga kalau jiran selalu pandang kita keluar masuk rumah.
Ada Juga Tak Baik
Ada juga tak eloknya duduk kondo, antaranya kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi sebelum beli rumah kondo, kena periksa berapa kos sebulan yang perlu kita bayar. Tapi kalau harga kondo murah, bayar bulan tinggi sikit, kalau masih untung, boleh le beli kondo.
Kondo lelong Murah
Bukan saya taknak rumah bawah. Ada lokasi yang baik, perkara-perkara negatif di atas hampir tiada sebab jirannya yang matang dan baik. Tapi masalahnya rumah bawah agak mahal walaupun lelong. Saya pernah 3 kali masuk lelong rumah bawah. Pertama di Uda harga 153,000 tapi ada 4 orang nak lawan. Oleh kerana beri laluan pada abang seorang tu, maka saya tarik diri dan berlaku perundingan belakang tingkap.
Kemudian di Uda juga harga 110,000 ada 8 orang lawan termasuk saya. Orang yang menang tu dapat dengan harga 148,000, harga yang saya tak jangka. Di Bukit Kempas, harga asal 85,000, orang tu dapat sampai 120,000, sorilah nak ambil.
Kondo Orang Ramai Tak Nampak
Dalam satu buku lelong yang saya beli, dia buat ibarat perbandingan seperti air teh o dengan teh. Harga teh o 80 sen, harga teh 1.20. Walaupun jual teh 0 80 sen tapi modalnya cuma 10 sen. Kalau teh modalnya lebih mahal. Jadi lebih baik beli yang murah iaitu teh o, maksud saya kondo.
Lokasi Penting
Kondo bukan sebarang kondo. Kalau Minah Indon, cakap baik-baik sikit, nanti dia cakap 'kondom' pulak, kelucahan melampau tu. Kalau di JB, pilihlah lokasi dekat dengan bandar dan kawsan tumpuan orang. Contohnya kawasan sekitar Bandar Baru Uda.
Pangsapuri Persiaran Tanjong (gambar di atas)
Lokasi cukup baik, hampir semua rumah penuh dengan penyewa, ada saja orang cari rumah sewa. Sewa antara 700- 1200. Di depannya akan dibina bangunan kementerian kesihatan tak berapa lama lagi. Sekarang, semua penduduk setinggan sudah dipindahkan dan dipagar. Di sebelahnya Kondo Dwi Mahkota juga baik, harga lelong tak mahal tapi orang kita taknak beli.
Komen Situasi di Johor Bahru Sahaja
Ulasan saya ini adalah meliputi hartanah di kawasan Johor bahru sahaja, tidak meliputi daerah lain. Kalau di daerah lain, situasinya amat berlainan. Saya sekarang di Kluang sangat berlainan dan perlu dikaji dari aspek lain pula.
.