Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 April 2011

Anak Dah Dapat Ijazah, Baru Bapa Mengaku Anak

Seorang ibu tinggal, bukan ibu tunggal bersusah payah menyara 6 orang anak yang masih bersekolah dan universiti tempatan. Ibu 40 an ini tidaklah bercerai dah tak layak digelar ibu tunggal, maka dapatlah gelaran ibu tinggal. Suaminya bekas kakitangan kerajaan sudah 7-8 tahun menghilangkan diri, tidak menghiraukan isteri dan anak-anak. Diberitakan suaminya membawa diri bekerja di Kuala Lumpur dan dipercayai kawin lain.

Namun, isteri tidak berupaya melawan takdir Ilahi, suaminya lari dari tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Terpaksalah isteri  menyara kesemua 6 anak yang masa ditinggalkan suaminya, anak paling kecil masih berusia setahun dan masih menyusu. Pemergian suaminya kononnnya untuk mencari kerja setelah pencen dalam usia yang masih muda dan memerlukan kewangan yang lebih kukuh. Beberapa bulan, suami terus berubah dan terus tidak balik lagi menjenguh anak-anak. Dipercayai suaminya sudah ada perempuan lain, tapi sekadar telahan tanpa bukti.

 Nak Ambil Anak Angkat

Isteri terpaksa bekerja apa saja untuk menyara makan pakai anak-anak dan sewa rumah. Termasuklah isteri bekerja jual kuih, pembersihan, kilang dan jual barang terbuang. Jiran-jiran bersimpati dan beberapa kali juga ada orang yang mahu mengambil anaknya sebagai anak angkat tetapi ditolak. Padanya, bagaimana susah pun, ibu tetap sanggup membesarkan anak-anak walaupun anaknya tidak sesenang anak orang lain.

Atas kesusahan itulah, keluarga ini mendapat bantuan sarahidup bulanan dari MAIJ wang zakat, RM 300 sebulan yang serba sedikit mampu meringankan tanggungan.

Masuk Universiti

Menyedari hakikat susah payah ibu yang membesarkan anak, dua orang anaknya berjaya masuk ke universiti tempatan. MAIJ melalui wang zakat turut membantu membiayai sebahagian yuran kemasukan seterusnya memdapat pinjaman pelajaran PTPTN dari kerajaan.

Anak Dapat Ijazah

Diceritakan kepada saya, bila anak pertamanya dapat ijazah, suaminya muncul di universiti berkenaan pada pesta konvo. Kiranya, sebagai ayah, bangga kerana anaknya sudah dapat ijazah. Tetapi.... dia lupa, sebelum ini selama 7-8 tahun dia sudah abaikan anak-anak. Sekarang, anak sudah berjaya, baru dia muncul. Sebagai anak, dia menyambut dan bersalaman dengan bapanya kerana tidak sepatutnya derhaka pada bapa. Kemudian ayahnya menyatakan hendak kembali semula ke pangkuan isterinya. Tapi bagi isteri, bukan semudah itu boleh dimaafkan....

"Semua ini tak patut Tuan Kadi. Selama ini dia tak pernah hiraukan anak, dia tinggalkan begitu saja. Sekarang kenapa dia datang selepas anak-anak dah besar dan berjaya ? Kenapa dulu dia  tak datang ? Mana pergi perempuan yang digila-gilakan dulu ? Pergilah.... pergi! ". Cerita wanita ini sambil menangis.

"Sabar puan, banyakkan istighfar. Memang bukan mudah untuk menerima perkara ini. Tapi ini adalah ketentuan Allah Taala, bertenanglah buat masa ini". Kata saya.

"Betul tuan, tapi tuan tak merasai penderitaan yang saya alami selama ini selama 7-8 tahun. Bukan mudah, bukan mudah..". Cerita wanita ini lagi.

"Bersabarlah puan, semoga dengan ketabahan ini, Allah akan bersama kita". Kata saya.

6 ulasan:

  1. Allah maha adil. Bapa yang sebegini biasa Allah akan bagi balasan dan hukuman dia di dunia, depan isteri dan anak-anak.

    Betullah, bukan mudah nak maafkan suami. Tapi semoga puan dibalas dengan syurga yang tertinggi atas pengorbanan ini.

    ....Mira.

    BalasPadam
  2. Inilah namanya bapak anjing....Asyik nak senang je.

    BalasPadam
  3. hmm...

    bukannya 1-2 kisah benar mcm ni berlaku...
    banyak ada...
    apakata jika anak tadi 'tidak menjadi'...
    misalnya hanya takat 'tamat SPM'..
    kerja kat supermarket... kilang atau petrol pump.. atau lebih teruk lagi.. jika anak tadi terjebak dgn kegiatan jenayah/dadah...
    agak2nya... si bapa tadi.. cari dak..???

    BalasPadam
  4. Tuan, kebanyakan isteri tak de ilmu atau kawan2 yg berilmu yg akan menasihatkannya mana patut dia pergi & buat, klu kesnya ditinggalkan bertahun2 tu.. Bukankah ada istilah fasakh dlm Islam?

    Harap pihak berwajib, dpt bantunya & kawan2 senasibnya dgn seadil2nya.. (mmg tak bole manusia dpt adil 100%, kerana maha adil milik Allah, tapi dpt >85% adil kira ok le tu...)

    BalasPadam
  5. bukan senang nak besarkan anak-anak seorang diri.kalau dah meninggal dunia lain cerita, tapi ni hidup lagi.

    anak dah besar n berjaya baru muncul,memang susah nak terimalah.dulu di tinggal2,nafkah pun tak bagi.mujur wife dia kuat dapat besarkan anak2 n pastikan anak2 tidak terpisah.

    patutnya si bapa rasa malu...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum w.b.t Tuan...

    OrANg kampung kata, SABO jela..

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam

Dipersilakan komen.