Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata
pemantauan berterusan JAIJ mendapati kesemua mereka berada di tiga markas iaitu
di Kampung Sungai Tiram, Larkin Perdana dan Taman Daya, di sini.
"JAIJ menerima aduan daripada orang ramai berhubung penglibatan segelintir
umat Islam ini. Siasatan mendapati mereka mengamalkan ajaran syiah beraliran
Jaafariyah Isna A'shar yang berasal dari Karbala, Iran," katanya ketika
menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.
so apa tindakan jabatan agama dengan mereka yang mengamalkan ajaran syiah ini???
BalasPadam