Sebelum kawin, lelaki ini kuat hisap rokok. Dia bercinta dengan seorang awek cun tapi perempuan ini tak suka kepada lelaki yang hidap rokok. Maka dia kurangkan hisap rokok dan tak hisap rokok depan awek dia. Perempuan ini ingatkan betul-betul dan berhenti hisap rokok.
Pasangan ini bernikah dan dikurniakan seorang anak dan hidup mereka bahagia. Semasa dalam perkahwinan ini, suami tak dapat menyembunyikan diri yang dia masih hisap rokok. Berlaku beberapa sesi pertengkaran disebabkan rokok ini.
Berhenti Merokok
Akhirnya, lelaki mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Bukan itu saja, untuk meyakinkan kepada isterinya yang dia dah tak merokok, dia melafazkan satu perkataan yang cukup besar. Iaitu,
"Lepas ini, kalau abang hisap rokok lagi, jatuhlah talak tiga". Kata suami kepada isterinya. kejadian ini berlaku pada satu tarikh lebih kurang 2 tahun lalu.
Memang lelaki berpegang teguh kepada janjinya dan lafaz taklik yang dilafazkan itu.
Hisap Rokok
Pada satu hari, di sebuah kedai bersama rakan-rakan, lelaki akhirnya hisap rokok. Entah terlupa atau sengaja, sukar dijelaskan kerana berlaku terlalu pantas. Selepas itu, lelaki sedar dan menceritakan kepada isteri dia yang dia hisap rokok. Pasangan ini hadir ke pejabat agama dan mahkamah syariah memutuskan, jatuh talak tiga. Selepas mahkamah membuat keputusan, pasangan suami isteri ini menangis dan menyesal. Suami dan isteri berumur lewat 20-an dan mempunyai seorang anak. Lelaki bekerja sebagai pegawai manakala isteri surirumah.