Masa saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, buat operasi judi di Endau, Mersing. Saya tangkap seorang lelaki yang baru saja beli nombor dalam kedai judi. Bila tengok kad pengenalan, namanya Ahmad. Tapi dia kata,
"Kenapa tangkap saya ? Saya Asli "
Rupanya, hasil siasatan, dia memang orang Asli dan bukan Islam. Selepas berpuashati dia bukan Islam, saya lepaskan.
Tadi, dalam perjalanan ke Terengganu, singgah di tepi jalan di Muazam Pahang. Nampak menarik saja orang Asli jual hasil hutan seperti buah salak dan petai. Saya singgah dan beli. Sambil tu sempat juga ambil gambar di gerai tu.
anak dia tak pakai seluar, tak kisah pun
Ada jabatan agama Islam tertangkap orang kacukan Pertugis yang mukanya sebiji macam melayu, ketika sedang makan di sebuah restoran makan segera semasa bulan puasa.
BalasPadamAda orang melayu, yang rupanya seperti cina atau seperti india, dengan selesa melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang Islam dan lepas begitu sahaja.
Penguatkuasaan hanyalah antara cara pencegahanan. Yang lebih penting adalah sikap sipelaku. Mereka mungkin boleh selamat dari ditangkap oleh penguatkuasa agama tetapi mereka pasti tak selamat bila berhadapan dengan Allah swt kelak.
[url=http://anak2merdeka.blogspot.com/]AnakMerdeka[/url]