"Kalau awak tak minta maaf pada saya sebelum jam 12.00 malam ni, jatuh talak". Kata suami pada isteri.
Pasangan ini berusia lewat 20-an dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Lelaki seorang kakitangan kerajaan di Kluang dan wanita tidak bekerja. Lelaki melafazkan perkataan itu lebih kurang jam 9.00 malam beberapa hari lepas. Lelaki mengatakan demikian selepas bertengkar dengan isteri di rumah sehingga meminta isterinya minta maaf.
Bagaimanapun, isteri tak minta maaf kepada suaminya sehingga jam 12.00 malam.Jadi, dengan lafaz berkenaan, kalau isteri tak minta maaf, maka jatuh talak. Pasangan ini kedua-duanya datang ke pejabat dan merujuk semula perkahwinannya.
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak. Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak secara automatik.

Talak ni sesuatu yang sangat sensitif.. Banyak orang keliru kan? Sebab tu kena merujuk ke tempat yang betul bila ada keraguan..
BalasPadamKesian mereka yang bercerai tapi tak berniat pun nak berpisah...
orang2 muda sekarang dah pergi kursus kahwin pun banyak betul songelnya
BalasPadamSebab tulah talak ni pada lelaki.. kalau perempuan lg kacau bilau. Itupun ramai jugak lelaki yang sesedap rasa talak-menalak ni.. (ingatan utk diri sndri gak ni..)
BalasPadamsuami yg ego dpt dicairkan isteri yg pandai pujuk. kalau isteri pun ego, camni la jadinya. dia tak sedar syrga bawah tapak kaki suami. so isteri tak payah la ego sgt. hormat la suami tu. ni suruh mintak maaf pun susah, sanggup jatuh talaq.
BalasPadamLelaki pun bukan betul juga. Masalah la kawin kena ikut cakap lelaki yang tak berapa betul ni
BalasPadam