Blog ini dibangunkan pada 14 September 2009. Dahulu dikenali sebagai Blog Kadi Kluang. Memaparkan semua perkara yang terlintas di fikiran, termasuk isu semasa, agama, politik, ekonomi, kemasyarakatan, sejarah,dunia,sukan, hiburan, kereta, lelong, masakan dan lain lain. Segala tulisan dan komen di dalam blog ini adalah bersifat peribadi, tidak semestinya pendapat yang mewakili mana-mana jabatan atau organisasi. Boleh dihubungi melalui Mahkota2009@gmail.com Facebook saya 'Kadi Pontian'.
04 September 2010
Modal Cuma RM 200, Nanti Dapat RM 7,000, Jom Jadi Jutawan ?
"Salam Sahabat. Saya ada potensi bisnes untuk dikongsi bersama. Insyaallah.... modal kecil je... dalam RM 200 tapi cukup mudah untuk balik modal dan kaut untung berlipat ganda...paling-paling pun RM 7,000 sebulan.
Bisnes ni hakmilik Bumiputra 100 persen, bukan MLM tapi dah meluas sampai 14 negara termasuk US. Ada kesinambungan dengan facebook dan e-bay. Ayuh sama-sama mengorak langkah bersama penyanyi ABC dan XYZ (dia tulis 2 penyanyi terkenal).
Beri peluang pada diri anda dan hubungi saya untuk keterangan lanjut. Bukan paksaan hanya sekadar ingin berkongsi. TQ."
Ulasan Saya:
Saya dapat sms di atas melalui telefon saya semalam. Siapalah yang hantar ini, tak kenal saya. Niaga apa ni ? Sistem piramit ker ? Sudah-sudahlah orang Melayu kena tipu, nak jadi jutawan punya pasal, akhirnya kayap.
Sekarang banyak skim cepat kaya berlindung di sebalik benda-benda lain termasuk perniagaan yang tak tahu statusnya. Kalau betullah perniagaan tu, sms saja nama syarikat dia, boleh kita kaji. Ni nak suruh telefon dia, apa dia nak ?
salam ustaz,
BalasPadamDia nk menghabiskan kredit hp kita la tu, termasuk duit yg dlm dompet skali.. ahaks.. :p