Amaran bergrafik pada kotak rokok yang mula dilaksanakan sepenuhnya sejak Julai tahun lalu menampakkan kesan positif, kata Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr Maizurah Omar.
Katanya, kajian ITC akhir tahun lalu menunjukkan 56 peratus perokok yang membaca amaran grafik itu tidak meneruskan hasrat merokok apabila teringin melakukannya dan daripada jumlah itu, lebih 60 peratus berjaya melakukannya beberapa kali.

Kajian yang membabitkan 1,901 orang dewasa itu juga mendapati lebih 85 peratus perokok yang melihat label amaran bergambar itu, memikirkan mengenai risiko kesihatan yang bakal dialami dan hampir 13 peratus memikirkannya dengan serius.
salam...
BalasPadambagus la kalau gitu..hrp lepas ni cepat2 la tutup kilang rokok pulak. (byk keje lain lg blh dbuat..)
mungkin kita tak dpt suruh semua smoker berenti merokok, tp kalau dpt kurangkan jumlah perokok pun dah kira bagus..