Selasa 1 Febuari 2011, cuaca serah dan tidak hujan hari ini meredakan banjir di Kluang. Semalam, seramai lebih 11,000 orang dipindahkan di Kluang di 40 pusat pemindahan. Hari ini semakin reda kerana tidak hujan seperti hari sebelumnya.
Semua jalan utama termasuk jalan Kluang- Mersing boleh dilalui oleh semua kenderaan. Ramai yang sudah pulang ke rumah dan mengemas serta mencuci rumah. Bagaimanapun, penduduk hendaklah sentiasa berwaspada sekiranya berlaku gelombang kedua dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.