Tiga hari lepas ada seorang telefon saya mengenai pelaburan, iaitu nak tanya pandangan saya mengenai pelaburan apa yang menguntungkan sekarang. Kawan saya ini sudah bersara dan ikut kiraan kasar saya, dia banyak wang. Dia mempelbagaikan pelaburannya dan bukan satu sahaja. Dia ada masuk bursa saham, tabung haji, ASB, rumah sewa, kebun sawit, rumah sewa dan lain-lain yang mungkin bukan semuanya saya tahu. Dia juga ada kerja sambilan selepas pencen yang pendapatannya banyak juga.
Pelaburan Emas
Kawan saya ni cerita, dia sudah masuk pelaburan emas tapi belum mendapat keuntungan dan dengan kata lain, kena tunggu masa yang sesuai untuk mendapat keuntungan. Okey, pada saya, kalau tak untung itu maknanya tak untunglah. Nak tunggu bila, kalau kita tunggu pun manalah tahu sama ada untung atau rugi lepas ni.
Sebenarnya sebelum kawan saya ni masuk pelaburan ini, dia ada tanya saya dan saya beri nasihat yang seimbang. Tak lah saya kata suruh masuk dan tak juga kata jangan masuk. Manalah tahu kalau saya kata jangan masuk, lepas tu naik, saya juga ada dipersalahkan. Kalau suruh masuk tapi tak untung, nanti, bermasam muka juga. Selepas saya cerita pada dia, saya tak tahu, bila masa dia beli. Perbualan telefon tu saya tak tanya pun tarikh dia beli. Berapa ribu ringgit yang dia masuk pun saya tak tanya tapi yang saya agak, mungkin puluhan ribu.
Pendapat Saya
Dalam 3-4 bulan dahulu, kawan saya ini ada tanya saya, adakah elok melabur dalam pelaburan emas. Dia cadang nak melabur di sebuah bank yang menawarkan pelaburan emas. Saya jawab soalan itu spontan, bahawa pelaburan emas ini perlu berhati-hati. Iaitu ada masa untung, ada masa rugi.
Waktu itu harga emas sudah tinggi (saya lupa harga dia waktu itu) dan adakah selepas kita beli, akan lagi tinggi atau turun ? Yer le, kalau naik, kita untung, kalau turun kita rugi. Janganlah cakap belit-belit, kata lepas ni akan naik. Tak payah akan-akan, kita cakap yang sekarang.
Jadi beli saham emas ini adalah satu yang tidak pasti. Kebarangkalian kita untung atau rugi itu tetap ada. Tidak betullah kalau orang kata beli saham emas ini semuanya untung. Kita jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang, sebab yang banyak cakap dalam bab ini kebanyakannya orang yang ada kepentingan. Nanti kalau kita rugi, orang tu tak bertanggungjawab pun.
Okey, kita tengok harga emas tahun-tahun yang lalu. Adakah semuanya naik ? Tak ada turunkah ? Saya buka satu buku yang ditulis seorang penulis terkenal, tajuknya tak perlulah saya cerita.
Tahun 1979 : US 750
Tahun 1981 : US 300
Tahun 2005 : US 500
Hari ini : US 1,780
Okey, katakan kalau kita beli emas tahun 1979 puluhan ribu ringgit. Masuk tahun 1981, nak nikah perlukan duit, kena jual saham emas itu, maka kita kan rugi besar dan dapat duit kurang dari separuh. Begitulah seterusnya..... Tapi kalau beli tahun 2005 dan jual hari ini, maka akan dapat untung besar.
Sejarah Adalah Sejarah
Tahun 1979, 1981, 2005 adalah sejarah kalau nak dibandingkan dengan hari ini. Sejarah adalah sejarah yang angkanya tidak boleh kita pesongkan. Tapi apa yang berlaku selepas ini, semua kita tak tahu. Yang mampu kita buat adalah meramalkan saja. Untuk menyedapkan hati, ramai yang meramalkan harga emas akan terus naik, betul ker ? Sekarang tahun 2011, tahun 2012 bagaimana ? 2013 bagaimana ?
Emas adalah komoditi macam bijih timah, minyak, besi, getah, sawit, koko, soya dan lain-lain. Semuanya ada turun naik. Kita tengok bijih timah, dulu tahun 40-50-an harganya cukup tinggi, sekarang apa jadi ? Kita boleh tengok dalam buku sejarah saja kegiatan melombong guna pam dan kapal korek, sekarang dah tak ada. Begitu juga dengan harga minyak dunia. Dulu tahun 2007 naik begitu tinggi, sekarang dah tak tinggi sangat. Dulu masa harga minyak begitu tinggi, kita rasa macam harga minyak tak akan turun tapi turun juga. Jadi berhati-hati dalam pelaburan emas, jangan ghairah.
...Bersambung ke Episod 5
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/harga-emas-jatuh-mendadak-susut-20.html
CERITA PALING POPULAR:
Cerita Paling Popular di Blog Ini : 'Sudah Nasibku Mat Burger'