Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Mac 2011

Siapa Orang Pertama Beli TV ?

Tadi saya ke pasaraya  Kluang yang dah dekat 2 bulan dibuka di sini. Tengok tv 21 inci tu okey juga harganya, RM 299.00. Kalau beli bagus juga, untuk elakkan berebut siaran kat rumah.

"Abang...saya nak cerita sikit" Kata lelaki jurujual kat situ.

"Apa dia" Kata saya.

"Sebenarnya abang orang pertama yang beli tv kat sini" Kata dia.

"Sebelum ini tak ada orang lain beli tv ker ?" Tanya saya.

"Yer, abang orang pertama sejak pasaraya ni buka". Kata dia.

Wah, terkejut juga saya, nasib baik tak ada hadiah bertuah kepada pembeli pertama. Terfikir juga saya, susah juga orang niaga tv ni, untung bukan banyak sangat, pembeli pula tak ramai. Mungkin juga sekarang orang beli tv model terbaru, apa nama tu, tv plasma ? Yer kot. Lagi satu, orang beli tv ni selagi tak rosak selagi tu tak ganti, kalau rosak pun repair saja.

5 ulasan:

  1. hehehee

    pakcik menang moto :-) pinjam ayat iklan

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ustaz..

    emm kalau beli TV kat citu takleh bayar bulan2 ustaz..hik hik hik....

    BalasPadam
  3. salam,
    mungkin ada sambung ayat tuh.. "abang orang pertama beli tv ni sejak pasaraya ni dibuka....(sejak pagi tadi)" hehehee

    BalasPadam
  4. lawak la jinkamen hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tv xmain la skrg nie kurang2 pun LCD

      Padam

Dipersilakan komen.