Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Ogos 2011

Penipuan Pelaburan Emas Sudah Mula dikesan, Dulu Saya Dah Pesan Banyak Kali(Episod 3)

NIBONG TEBAL 19 Ogos — Polis mencari seorang pemilik salun kecantikan di Simpang Ampat, di sini bagi membantu siasatan berhubung penipuan terhadap sekumpulan suri rumah dan warga tua yang kerugian lebih RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan emas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hashimah Hashim, 38, yang alamat terakhirnya di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat di sini.
"Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu, polis giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu menyelesaikan kes penipuan membabitkan lebih 30 suri rumah serta warga tua.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan skim pelaburan emas itu sejak tiga tahun lepas.

"Kumpulan pelabur tertarik untuk melabur apabila dia menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus sebulan, sekali gus mendorong mereka melabur RM5,000 hingga RM50,000.

"Bagaimanapun sejak Julai lepas, wanita berkenaan gagal membayar dividen yang dijanjikan dan menghilangkan diri sehingga gagal dikesan oleh pelabur-pelaburnya,” katanya.

Shafien meminta orang ramai yang mengenali Hashimah agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

.....Bersambung ke Episod 4:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/kawan-saya-masuk-pelaburan-emas-tapi.html

3 ulasan:

  1. minta ustaz siasat penipuan tabungumrah.com

    cuak betul saya...suruh saya jadi ahli bayar rm10

    pastu boleh pergi umrah free tp kena cari 6 orang

    jemaah dulu...sy takut ramai yg terkena...

    BalasPadam
  2. Wanita tipu pelaburan emas Internet dikehendaki

    BATU PAHAT 20 Jun -

    Polis sedang memburu seorang wanita yang merupakan pengurus sebuah syarikat perunding bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan saham emas melibatkan penggunaan Internet.

    Antara mereka yang menjadi mangsa ialah seorang ahli perniagaan lelaki dalam bidang pembekalan bahan binaan berusia 38 tahun yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM50,000.
    Wanita tersebut, Rimaliza Mustafa, 28, beralamat di Klang, Selangor dipercayai menawarkan khidmat pelaburan tersebut di Internet dengan menggunakan alamat di Taman Seri Mahkota, Pahang.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kes penipuan terhadap ahli perniagaan itu, mangsa melayari laman web syarikat tersebut pada Oktober lalu dan tertarik dengan tawaran disiarkan. - Utusan

    BalasPadam
  3. pelaburan emas yg betul boleh masuk www.pokli.com melalui www.publicgold.com.my

    BalasPadam

Dipersilakan komen.