Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Mac 2011

Ramai Betul Penjawat Awam Bankrap, Saya Tak Hairan

Cerita dalam akhbar hari ini, pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki. Ramai juga dalam proses nak diistiharkan muflis dan ramai juga yang hidup dibebani hutang. Nak kata orang kerja kerajaan gaji tak cukup, mustahil sangat, cukup sangat, alhamdulillah, syukur.

Mengejutkan

Wahhh... ramainya, itu baru tahun 2009, tahun 2010 pulak ? Pasti belum dapat dikemaskinikan data itu, tapi tak mustahil kalau meningkat. Kalau setahun dalam seribu orang, kalau dalam 10 tahun kebelakang tentu jumlahnya hampir 10,000. Mesti ada juga yang dah pencen tapi hidup tak tenteram disebabkan muflis ini.

Tak mustahillah angka ini, dalam kehidupan ini penuh cabaran dan ada jatuh bangunnya. Jadi kita perlulah berhati-hati dalam berbelanja. Dalam ceramah saya tempohari, saya cerita yang hidup ini umpama roda, ada masa senang, ada masa susah. Masa senang seperti harga getah dan sawit yang tinggi ini, hendaklah kita beringat, simpanlah di Tabung Haji ker, ASB ker, bawah bantal pun boleh.

Untungkah Beli rumah ?

Ramai orang kita bila ada duit banyak sikit, mulalah beli rumah sedangkan kalau tak beli rumah pun tak apa, boleh sewa. Orang kerajaan boleh dan mudah buat pinjaman, maka mereka suka beli rumah ikut kelayakan pinjaman yang dia layak, bukan ikut kemampuan bayaran bulanan dia. Maka berceritalah sama-sama kawan sepejabat dengan bangganya dia ada rumah.

Kalau ada duit lebih sikit, tak tahan lama. Dibuatnya ubahsuai, ada tambah depan, ada tambah belakang selagi ada tanah rapat ke longkang. Dalam rumah pun nak buat cantik-cantik, pasang apa itu istilahnya lupa pulak saya, yang kat syiling atas tu, oh yer, 'konis'. Ramai juga isteri yang selalu pujuk suami buat ubahsuai kalau ada duit, lebih lagi isteri tahu suami dapat bonus dan naik pangkat sikit. Buat ubahsuai pulak tu sampai habis duit terhenti sebulan dua sebab duit habis, lepas tu sambung balik.

Ada orang beli rumah tetapi lebih merugikan kalau rumah jauh dari tempat kerja, habis duit minyak banyak. Ada beberapa orang tu, dulu bekerja di Kluang kemudian kena pindah ke Batu Pahat. Oleh kerana dah beli rumah di Kluang, maka duduklah di Kluang, ulang alik ke Batu Pahat. Berapa ratus duit habis dengan minyak kereta ?

Kenapa dah kena pindah Batu Pahat, duduk saja Batu Pahat, sewa rumah di sana ? Taknaklah pindah, dah ada rumah sendiri di Kluang, duduk rumah sendirilah. Tapi sebenarnya, dia banyak habis duit atas jalan, dia tak fikir. Kenapa tak fikirkan sewakan saja rumah dia yang kat Kluang tu.

Untung Beli Rumah Bagaimana ?

Ramai yang untung dengan beli rumah kalau mereka merancang kewangan dengan betul. Belilah berdasarkan kemampuan, lokasi, persekitaran dan sebagainya. Rumah ini harta yang boleh disewa kalau kita tak duduk dan boleh dijual kalau kita mahu. Tapi fikirkanlah, cerita-cerita di atas tu cerita orang tak berapa merancang, mereka anggap beli rumah semuanya untung, sebenarnya tidak. Jadilah orang yang beruntung dengan memiliki rumah, bukan orang yang susah sebab ada rumah.

Beli rumah jangan nak berlawan dengan kawan-kawan dan jangan rasa rendah diri kalau rumah kawan kita lebih besar dan mahal dari kita. Itu duit dia dan kemampuan dia, bukan semestinya kita sama macam mereka.

Kad Kredit

Banyak yang bahayanya pakai kad kredit terutama orang yang sukar mengawal perbelanjaan. Dengan kad sekeping inilah perangkap paling besar boleh jadi muflis. Nak guna kad kredit tu, gunalah, saya pun guna tapi kena berhati-hati. Ada tempatnya, untung juga kita ada kad kredit terutama kalau membeli barang secara 'bayaran ansuran mudah'.

Personal Loan

Ramai sangat orang kerja kerajaan buat pinjaman peribadi dan mudah nak lulus. Bank sampai tawarkan bayaran sehingga 10, 15 dan 20 tahun. Orang yang baru buat personal loan ini, dalam setahun tu sedawa besar, jalan pun dah lain. Masuk dua tiga tahun, duit pinjaman tu dah mula habis sedangkan dia kena potong gaji 10, 15 atau 20 tahun. Maka dalam setahun dua lepas dia buat pinjaman tu, dia buat lagi pinjaman lain atau orang kampung saya cakap 'overlap'. Maka dapatlah sikit duit tetapi jumlah pinjamannya makin besar dan tempoh bayarannya semakin panjang lagi.

Dah ada satu personal loan, intai pula bank lain. Bila dah berkenan, buat satu lagi pinjaman di bank yang lagi satu tu. Setahun dua, duit tu habis tetapi bayar bank tu sampai 15-20 tahun.  Maka berlapislah hutang dia, tenat juga.

Beli Kereta

Kereta sedia ada elok lagi, cuma model lama, dah teringin nak beli kereta baru. Kan kereta lama tu dah dekat nak habis bayar. Kalau cat terkopek sikit, mulalah rasa kereta tu tak berapa sedap. Alah... cat terkopek sikit pergilah cat, kalau kat JB pergilah kedai Ah Cai macam kereta Man Burger tu, dia buat punbagus.

Dia lupa, kereta itulah dia pergi dating dengan isteri dia sebelum kawin dulu, hehehe..... Setakat rosak sikit-sikit tu biasalah, kereta lama ker, kereta baru ker, rosak tu rosak juga. Malah kereta lama lagi murah barang dia boleh cari di kedai-kedai biasa. Oh yer, tadi saya beli barang sebab power window Pegeot saya rosak, harga RM 220, upah pasang nanti dalam 20-30 saja. Nak kata mahal tak juga, yang penting hutang tak ada, jadi taklah rasa terbeban. Kalau kereta baru dalam waranty, belum tahu alat tu dapat waranty, beli pula kena pada agen dia, lagi mahal melantun.

Keluar saja model baru kereta, semua nak beli kereta baru. Ramai yang bukan tengok pada harga puluhan ribu tu, tapi tengok pada bayaran bulanan, tak kisahlah, sembilan tahun pinjaman tu bukan lama pada dia. Kenapa tak beli kereta secondhand yang murah-murah sekarang. Model kereta yang murah tu, satu masa dulu dia mahal malah kereta mewah pada zaman tu. Jadi kereta kita yang beli mahal tu, beberapa tahun lagi akan jadi murah malah mungkin lebih murah dari baki pinjaman kita.

Kereta Honda saya beli lelong kastam cuma 9 ribu lebih saja harga, beli hujung tahun 2005, kemudian tahun 2008 beli Peugeot 405SR harga 5,500. Bukan saya tak berkenan kereta baru, tapi kena ukur kemampuan kita. Okey, masa tu ada kawan saya beli kereta baru dalam 60 ribu lebih, bayar bulan dia hampir RM 700. Jadi dia dah keluarkan duit 8400 setahun, kalau dah 5 tahun dia dah keluar 42,000. Kalau masuk muka dia bayar, dah lebih 48000. Dia sekarang dah mula rasa kereta dia tak berapa sedap dan dah mula nak tukar kereta baru. Bila ke kedai, kedai minta bayar dalam 5000 sebagai muka kereta baru untuk trade in kereta tu pada kedai. Ada untung ker rugi ?

Nak beli kereta baru belilah kalau dia ada kemampuan. Kalau gaji mereka tinggi, rumah pun dah ada, pakailah kereta mahal-mahal, tak ada salahnya. Tapi ramai juga orang kita yang tak berapa mampu tapi nak bergaya punya pasal, belilah juga. Jangan gitu, itu perangkap muflis.

Jadi Penjamin

Ada juga yang diistihar muflis sebab murah hati jadi penjamin kawan dia. Kawan tu sebenarnya bukan kawan tapi makan kawan, masa senang dipujuknya jadi penjamin, bila dah susah, dia taknak bertanggungjawab

Jangan Terjerumus Jadi Muflis

Bukan saya nak mengata sesiapa, ini nasihat saya walau ada sedikit pedas, terutama orang yang makan cili. Tidak dinafikan, semua yang terjerumus dalam hutang sehingga muflis ini adalah kerana perancangan kewangan dia tak berapa nak betul. Jangan salahkan kerajaan yang selalu naikkan gaji, dapat elaun rumah, elaun cola, elaun kritikal dan lain-lain, cukup bertuahlah tu. Tengoklah kawan-kawan kita yang bukan kerja kerajaan, adakah mereka boleh dapat apa yang orang kerja kerajaan dapat ?

21 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t Tuan.

    Carilah pendapatan samping untuk membayar hutang ni. Jangan mengharap gaji tetap untuk membayar hutang. Ada seorang teman kawan nih yang banyak berhutang, dia berniaga kecil-kecilan barangan terpakai kat Bazar JB ini. Alhamdulillah, dia dapat membayar hutang dia dalam tempoh yang pendek saja. Suka kawan tengok dia.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  2. saya setuju.sya org bkn gomen.suami selalu ckp;JANGAN IKUT ORG.BUAT /BELANJA IKUT KEMAMPUAN DIRI SDRI.mmg kadang tu kita ni terikut dgn gaya hidup org.nak plak tu,org gomen ni senang dapt apa je,tu yg belanja smpai lupa dunia.

    BalasPadam
  3. Saya orang gomen...ya memang kalu namanya orang gomen mentaliti masyarakat seme kata senang nak approved loan/koperasi dll.tu yang orang gomen naik lemak...kadang2 bukan kehendak tuan empunya diri tapi sedara mara/mak bapak/laki/ bini yang terlebih nyibuk nak tumpang senang orang gomen buat loan.tak buat kang di kata macam2...bila dah buat taknak lak tolong tanggung sama2...time berjanji manis lebih dari madu, bila nak bayar orang gomen tu la yang tanggung sorang2...bila member tu dah muflis pandai lak ngate yang orang tu tak pandai ngurus duit...hmm fikir2 kan lah

    BalasPadam
  4. nasihat yg bagus ustaz.. peringatan untuk semua..

    BalasPadam
  5. Bagus ustaz, nasihat yang baik untuk orang kerajaan. Orang kerja swasta lebih pandai merancang ekonomi sebab mereka tidak banyak kemudahan macam orang kerajaan dapat. Saya kerja kilang gaji sederhana tapi alhamdulillah cukup walaupun tak mewah macam orang lain.

    BalasPadam
  6. kawan2 sepejabat ramai yang dah berkira2 untuk buat overlap loan lepas kerajaan umum naikkan gaji thn depan, dah nasihat dah tapi boleh lak kata kita banyak duit takpela tak buat loan sana-sini, padahal gaji kitorang lebih kurang ,suami diorang lagi besar jawatan dan pangkat dari suami saya..entahlah tak paham den ,bagilah untung kat bank banyak2

    BalasPadam
  7. semua kawan sekeliling saya suka mendesak saya supaya membeli rumah. seolah2 beli rumah tu perkara wajib sedangkan sy masih tinggal dgn keluarga. adik pun sorang jer. mak pesan, tak selamanya mak nk tongkat langit ni. so sy tak berkenan nk beli rumah walaupun mampu nk bayar monthly.

    jgn hidup ikut kata2 org lain. hanya kita yang tau kekuatan kewangan kita. pergi jahanam org lain tu...kasar sikit bahasanya sebab dah penat dgn bebelan

    BalasPadam
  8. bolehkan beli rumah kedua?
    Masih ingat nasihat ustaz Dato Harun Din bahawa penglibatan pembayaran faedah bank masa beli rumah pertama adalah riba' tapi dimaafkan kerana tiada pilihan tapi kalau beli kedua bukan keperluan , bagaimana?

    BalasPadam
  9. Harus beli rumah dgn pinjaman secara islam yg byk ditawarkn oleh bank2. Rumah prtama pun boleh secara islam dan tak harus buat pinjaman yg x menepati syariah.
    skrg dah xboleh dikatakan darurat sbb dh ada yg halal.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..
    Bacalah bila nak keluar cari rezeki.. Semoga hutang cepat langsai..amalkan doa Allahummah yassir.. Walatuassir.. Watammin bil khoir..

    BalasPadam
  11. sentiasa bersyukur..ikut kemampuan..keje swasta pon leh beli kete & umah cuma tak overlap loan..ukur baju di badan sendiri..

    BalasPadam
  12. klu beli 2nd hand keta, sy rasa kena pandai beli...sbb ada org beli 2nd hand utk jimat, last2 sy tgk makin x jimat...kenapa? selalu rosak....kejap2 masuk bengkel....sekali repair 6,7 ratus...rasanya better beli keta baru (tp ikut kemampuan). Klu rosak still ada gerenti setahun dua...selalunya keta baru kurang buat hal compare 2nd hand. (SELALUNYA, tp ada gak yg buat hal). nasib2 lah....

    BalasPadam
  13. orang yg malas mencari alasan, orang rajin mencari jalan.....

    BalasPadam
  14. Agak pelik juga kenapa org gomen suka buat loan. Tak yah tgk orang lain, tgk adik sendiri pun dah cukup. Persoalan bermain di benak saya. Kenapa tak bersabar?

    Long story short, ni nasihat saya.

    Pada yang dah terbuat hutang.
    1. Ingatlah, personal loan adalah loan yang paling highest interestnya selepas kad kredit. So jgn sesekali overlap walaupun nak gaji naik tahun depan.
    2. Kalau ada hutang kad kredit, segerakan buat personal loan untuk langsaikan hutang kad kredit. Jika ditangan ada personal loan, rujuk no 1. So just buat another personal loan.
    3. Jgn tambahkan loan walau apapun sebabnya selagi tak setel hutang dalam tangan. Keseronokan hidup lagi penting. Tu sebab gaji naik. Takkan sekarang makan ikan kering, lagi 20 tahun akan datang ikan kering gak.
    4. Dapat bonus, simpan. Jgn fikir nak beli pape sebab at the end of the day, duit tu lah penyelamat disaat2 tak terduga.
    5. Jika mampu, menabung setiap bulan 10% dari gaji anda.

    Pada yang tak buat hutang lagi.
    1. Kebiasaannya budak baru keja dan tak kawin lagi. At least ada pinjaman time belajar seperti ptptn. So biasakan diri setiap bulan, 10% dari gaji buat bayar hutang time belajar.
    2. Tak kawin mesti dok ngan mak ayah kan? So bawaklah bekal, jgn ngada2 tiap2 hari lunch kat kafe. Boleh save sehari dekat 5 ringgit. 22 hari dah 110 ringgit. so tiap2 hari bawak bekal dan setiap bulan, 110 ringgit tu simpan kat bank.
    3. Awek/bf ni penghabis gaji je. So jgnlah selalu kuar bersama. Sekali kuar time cuti minggu mesti hangus dalam 60 ringgit kan. So sebulan kuar 2 kali jelah hari sabtu/ahad. So save 120 ringgit. Duit tu simpan dalam bank.
    4. Kengkawan beli keta baru. Lantak la diorang. Biar kita kena kuar rumah awal dan balik lewat sebab naik public transport. Depa bayar keta sebulan berapa? 400 kan? Campur2 maintenance, road tax, insuran, dalam 550 kan sebulan? So tak yah beli keta, 550 simpan dalam bank.
    5. Total semua yg boleh save 770. Campur 10% maybe leh hit 1k per month. Why not kekalkan begitu at least 1 setengah tahun. Tak lama pun, hasilnya, dah dapat kumpul 18k dalam tangan tak sampai 1 setengah tahun. Tak ke hebat?
    6. Like I said before, duit simpanan ni jgn fikir nak beli pape. Simpan je, karang dia jadi penyelamat saat tak diduga seperti nak kawin, downpayment beli rumah lelong, ni najib umum dapat diskaun 20% if setelkan hutang ptptn dalam setahun. Klu hutang 15k, bayar cuma 12k, untung 3k. Sapa nak bagi 3K kan?

    For both yang dah berhutang or tak berhutang, ingatlah.... duit mmg tak pernah cukup. Kalau gagal simpan 10% dari gaji anda, it means anda dalam bahaya at any time

    BalasPadam
  15. berisikokah kita kalau kerja goment berkecimpung di dalam perniagaan. dah 10 thun bekerja goment dan niat di hati mcm nak berniaga. tambahkan pendapatan sikit.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak berniaga baik berhenti la...
      mcm ni la gov servant, bila berniaga mesti tak produktif, curi tulang, waktu ofis sibuk buat keja lain... mcm mane nak berkat hidup...

      sampai bila2 tak cukup...

      Padam
    2. Dibenarkan berniaga bagi kakitangan sokongan 2. yg penting tak ganggu waktu kerja, serta tiada conflict of interest dgn kerja sekarang.

      Padam
  16. Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

    Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

    Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

    Nabi SAW bersabda :-
    يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
    Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

    Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

    Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
    من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

    Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
    اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
    Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

    Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

    Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

    KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit.

    PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat.

    PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu.

    UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja.




    BalasPadam
  17. Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    BalasPadam
  18. Salam ustaz, saya bankrup, sedih sebab semua berlaku sebab keluarga sendiri pakai nama saya buat berniaga, tapi, saya akan berusaha untuk keluar demi agama, dan bagi kepuasan dirinya, masih lagi mencari jalan keluar, doakan saya ustaz

    BalasPadam

Dipersilakan komen.