Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2015

Gembira Sungguh Cucu Masuk Sekolah Tahfiz Asrama Penuh, Tapi Ada Ujian Yang Datang

Baru sebentar tadi saya merasmikan program 'Kem Ibadah Anak Soleh' anjuran Masjid Bandar Kluang. Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak mengikuti program ini. Insyaallah, program seperti ini akan diadakan lebih kerap iaitu semasa awal cuti enggal pertama, kedua dan ketiga persekolahan.

Cerita di Kedai Mamak

Jam 7.45 pagi sebelum saya ke majlis berkenaan, saya pergi ke sebuah kedai mamak minum teh tarik. Kemudian datang seorang kenalan saya dan sempatlah berkongsi pengalaman. Beliau seorang yang ada nama juga di daerah ini dan aktif dalam aktiviti masyarakat. Beliau sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan dan sekarang banyak terlibat dalam aktiviti setempat.

"Saya pagi ni nak rasmikan program motivasi pelajar sekolah', kata saya.

"Alhamdulillah, bagus Tuan buat program seperti ini memandangkan keadaan masyarakat yang semakin mencabar sekarang", kata Haji tu.

"Betullah Haji, zaman sekarang berbeza dengan zaman kita dulu. Anak-anak sekarang lebih rapat dengan rakan sebaya dan dunia internetnya. Zaman kita dulu tak macam ini", kata saya.

"Yer betul Tuan. Kita kekadang takut dengan keadaan persekitaran kita dan saya banyak terlibat dengan program masyarakat dan banyak berceramah dalam bab ini. Tapi Tuan, kita ini terlibat dengan masyarakat tetapi Allah pula beri ujian kepada keluarga saya', cerita Haji tu.

Saya dengar dengan baik apa yang diceritakan.

"Awal tahun ini saya bangga sebab cucu pertama saya masuk sekolah tahfiz asrama penuh selepas keputusan yang baik dalam UPSR. Sebagai atuk, tentulah bersyukur dan bangga, sekurang-kurang ada juga seorang cucu yang jadi al-hafiz nanti. Lagipun, bukan senang nak masuk ke sekolah itu, pelajar terpilih saja", cerita Haji tu.

"Tapi kegembiraan itu tak lama. Dalam 2-3 bulan saja, cucunya ada masalah di sekolah itu yang akhirnya terpaksa diberhentikan dari sekolah yang baik itu. Sekarang cucunya itu dimasukkan ke sekolah biasa di daerah ini", cerita Haji tu lagi.

Begitulah kisahnya dan betapa banyaknya cabaran dalam mendidik anak-anak sekarang ini.

29 Mei 2015

Saya Salah Masuk Ke Tandas Perempuan?


Saya ke sebuah pasaraya di JB. Lepas jalan-jalan dan nak balik, saya masuk ke tandas. Itu kali pertama pergi ke tandas pasaraya tu dan ikut penunjuk yang ada kat situ. Sampailah saya di kawasan luar tandas. Saya perhati betul-betul yang mana tandas lelaki. Saya pastilah yang sebelah kanan tandas lelaki dan di sebelah kiri tandas perempuan.

Bila masuk ke dalam tandas tu, saya terkejut sebab ada dua orang perempuan sedang mengadap cermin besar dalam tandas tu di tempat basuh tangan. Seorang perempuan tu tengah sikat rambut dia yang panjang tu dan seorang lagi pandang saja pada saya. Terkejut saya, rupanya saya silap, termasuk tandas perempuan rupanya. Patutlah perempuan yang seorang lagi tu pandang saja saya.

Saya keluar semula dan tengok betul-betul, itu tandas lelaki ke prempuan. Rupanya memang betul itu tandas lelaki dan tak lama  lepas tu, keluar seorang lelaki dari dalam tandas tu. Saya pun masuk semula ke tandas dan tahulah saya yang dua orang itu bukan perempuan tapi lelaki lembut macam cerita 'Suamiku Cik Sotong', hehe.

22 Mei 2015

Upacara Sedut Duit, Dapat RM 280,000 ?


Petang tu seorang rakan saya telefon.

"Tuan kadi, saya dan kawan saya nak jumpa tuan. Esok tuan ada di pejabat ker?", kata kawan saya tu.

"Oh... esok saya ada tapi saya sibuk sikit. Boleh beritahu, ada apa tu? Mungkin boleh diselesaikan melalui telefon saja. Berkenaan apa tu?", kata saya.

"Ermmm nak kena jumpa juga, ini kawan saya ada peluang baik dan nak ajak tuan join sama. Ini satu pelaburan yang mengguntungkan", kata kawan saya tu.

"Join sama? Apa pelaburan tu?", kata saya macam terkejut.

"Oh... tuan pernah dengar ker 'sedut duit'. Dah ada beberapa orang yang berjaya", kata kawan saya.

"Macam mana tu?" tanya saya.

Duit Ratusan Ribu Akan Turun

"Dia macam ni.... Nanti kawan saya akan buat satu kumpulan orang yang nak join tu buat program zikir. Nanti lepas zikir tu, duit akan turun", kata kawan saya tu.

"Oh... Betul ker dapat duit? Ker kena tipu jer?", tanya saya.

"Yer... Dah ada orang sini (Simpang Renggam kot) yang dapat duit RM 280,000", kata kawan saya tu.

"Betul ker?", tanya saya lagi.

"Betul. Cuma ada pantang larangnya", kata kawan saya tu lagi.

"Pantang larang apa tu?", kata saya.

"Lepas dapat duit tu, dalam masa seminggu tak boleh menggauli isteri. Lepas tu duit tu tak boleh berjudi atau beli nombor ekor dan tak boleh beli rokok. Sebahagian duit tu pula kena dermakan pada anak yatim dan pembinaan masjid", terang kawan saya tu lagi.

"betul ke dapat duit ni. Ker ada apa-apa kita kena bayar duit pulak?" tanya saya.

"Yer, dia ada sedikit pengeras nak beli alat-alat dan nak suntik duit tu supaya keluar", kata kawan saya tu.

Suruh Datang Opis

Cerita bab sedut duit atau tarik duit ini saya dah ada pengalaman pada hujung tahun 90-an dulu sewaktu saya jadi penguatkuasa JAIJ di Johor Bahru. Takut-takut taktik yang sama digunakan yang hujungnya menipu orang atas nama agama.

"Oh macam tu. Macam inilah, esok jam 8.30 pagi sila datang dengan orang tu di pejabat saya. Nanti bersama saya ada Imam  Daerah untuk dengar apa lafaz yang dia zikir tu. Lepas tu saya akan panggil penguatkuasa JAIJ untuk siasat perkara ini kalau-kalau ada unsur penipuan. Okey, boleh datang jumpa saya esok", kata saya.

"Okey tuan Kadi, terimakasih. Nanti saya beritahu kawan saya ni", kata kawan saya tu.

Kawan saya ni umur 50-an dan tinggal di Simpang Renggam dalam daerah Kluang. Dia kata, kawan dia tu ada orang dari sebuah negeri utara yang baru dikenali dan menyewa rumah di Simpang Renggam.

Apa kesudahan kisah ini. Sengaja saya tak habiskan kerana akan ada episod kedua nanti.

............BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA, klik sini Episod 2

21 Mei 2015

Pengantin Lelaki Simpan Duit Mas Kahwin Dalam Songkok

Selesai saja majlis ijab dan qabul, nampaknya pengantin lelaki gembira bukan kepalang. Lelaki ini berstatus duda 40-an dan perempuan berstatus janda.

"Okey, sekarang serahkan duit mas kahwin. Mana duit maskahwin?" tanya kadi.

Nampaknya tak ada duit kat situ. Tiba-tiba lelaki buka songkok.

"Minta maaf tuan Kadi, saya nak ambil duit maskahwin", kata pengantin lelaki tu.

Pengantin lelaki buka songkok, selak di tepi songkok dan ambil satu sampul surat dan dia serah pada kadi duit maskahwin tu.

Hehe... tergelak juga saya bila trengok orang ambil duit maskahwin dari songkok. Teringat juga saya masa sekolah rendah. Masa tu kalau ada duit syiling dan nak pergi solat Jumaat, letak duit syiling dalam songkok. Kalau letak tempat lain takut hilang.

Yang lagi nak tergelaknya, pengantin ini bukan budak-budak belasan tahun tapi dah 40-an. Boleh saja dia simpat duit celah songkok yer.

13 Mei 2015

Siyap (Episod 4)


Kalau kita beli kereta, jurujual tu kata,

"Harga 45,000 siyap"

Maksudnya harga 45,000 itu sudah termasuk insuran, roadtax dan lain-lain termasuk Puspakom dan tukar nama. Siyap tu ikut ejaan betul adalah 'siap'. Maksud dia orang sebenarnya nak cerita yang 45,000 itu dah siap semua sekali tampa ada bayaran lain lagi. Tapi jangan ingat 'siyap' tu maknanya siap dengan minyak penuh tangki.

...........BERSAMBUNG KE EPISOD 5

07 Mei 2015

Harga Tak Boleh Dengar (Episod 3)

"Okey bos, berapa harga u boleh?" kata jurujual kereta tu.

"Kalau harga 30,000 saya boleh" kata lelaki yang nak beli kereta tu.

"Oh, itu macam harga tak boleh dengarlah" kata jurujual tu.

Perkataan 'tak boleh dengar' bukan bermaksud orang itu tak boleh dengar disebabkan masalah pendengaran atau pekak. Tapi maksud 'tak boleh dengar' itu kira harga yang pembeli itu mintak jurujual itu tak boleh terima.

Janganlah pulak dialog begini:

"Oh, itu macam harga tak boleh dengarlah" kata jurujual tu.

"Kenapa you tak boleh dengar, you ada masalah pendengaran ker?" tanya pembeli tu.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 4 klik sini

Bahasa Jurujual Kereta Terpakai (Episod 2)

"Kalau dokumen encik kuat, baru senang loan lulus", kata jurujual kereta tu.

Dokumen yang dimaksudkan adalah gaji, surat sokongan kewangan dan lain-lain yang boleh menyokong permohonan seseorang pembeli dalam urusan pinjaman bank. Kalau orang-orang biasa tidaklah guna perkataan 'dokumen' tetapi guna istilah gaji yang mencukupi dan tidak dibebani dengan pinjaman bank yang banyak.

Perkataan 'dokumen' ini bukanlah bermaksud kad pengenalan atau sijil perperiksaan atau sijil kursus motivasi atau surat sokongan YB macam orang baru minta kerja. Itu pun kita tak sebut dokumen tapi kita panggil 'surat sokongan'.

Lagi satu adalah istilah 'kuat' untuk menyatakan dokumen itu kuat. Perkataan kuat lebih tepat digunakan kepada orang yang kuat tenaga atau kuat makan, orang kuat tidur atau orang kuat kentut juga. Bagi dokumen tidak tepat dengan perkataan kuat.

.............BERSAMBUNG KE EPISOD 3. klik sini

06 Mei 2015

Bahasa Jurujual Kereta Terpakai (Episod 1)


Kalau kita ke kedai jual kereta, kita akan dapat jumpa beberapa istilah yang mungkin kita tak biasa dengar. Episod pertama ni saya nak cerita istilah 'pinjam'. Contohnya ayat jurujual tu:

"Abang nak 'pinjam' berapa ribu?"

Kalau ikut perbualan harian, 'pinjam' tu adalah kita nak pinjam barang tu dari seseorang. Contohnya, "saya nak pinjam pen ni sekejap". Fahamlah kita yang pinjam tu kita nak pinjam sekejap dan nak pulang balik lepas kita pakai pen tu.

Tapi "pinjam" di kedai kereta adalah sebenarnya "pinjaman' atau bahasa orang putihnya "loan". 

Bila Mahu Tukar?

Agak-agak bilalah ada seseorang pergi beritahu jurujual seluruh Malaysia supaya tukar perkataan 'pinjam' tu kepada "pinjaman' atau loan supaya orang yang tak biasa beli kereta tak tercengang.

....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA
Episod kedua nanti tajuknya "Dokumen". Tajuk episod ketiga adalah "Harga tak boleh dengar". Tajuk episod keempat adalah "Siyap". Tajuk episod kelima adalah "garaj kondition". Episod keenam "Cium Pun Tak Ada"  Episod ketujuh "On The Road" . Episod kelapan "Muka Berapa" . Episod kesembilan "Arab"dan seterusnya......

Episod 2, klk sini

Bercerai Selepas Nikah Sebulan


"Tuan Kadi, saya ada masalah mengenai anak lelaki dan menantu saya", kata seorang lelaki dalam umur 50-an semasa datang ke pejabat kadi.

"Oh... berkenaan apa itu encik?", kata kadi.

"Macam ni... anak saya baru bercerai dan nak rujuk semula" Kata lelaki itu.

"Anak dan cerai ke belum cerai? Dah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ke belum?", tanya kadi.

"Semuanya belum. Mereka bergaduh berdua di rumah dan melafazkan cerai dua hari lepas. Ini dia dan isteri dia ada datang", kata lelaki itu.

"Okey, bawa pasangan ini masuk", kata kadi.

Bercerai Kat Rumah

Lelaki dan perempuan ini baru sebulan lebih sikit bernikah. Umur kedua-duanya adalah awal 20-an. Lelaki bekerja manakala isteri tidak bekerja. Kerana perbalahan kecil, akhirnya lelaki melafazkan perkataan,
"Dengan ini, aku ceraikan kau".

Pasangan ini dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di mahkamah syariah segera. Mereka kena tunggu perbicaraan di mahkamah untuk mengesahkan perceraian dan menentukan bilangan talak sekiranya jatuh talak.

Pasangan ini juga dibenarkan untuk rujuk semula pernikahannya sementara mahkamah syariah belum mendengar kes ini.