Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Julai 2010

Program 'Score' Merugikan Kanak-kanak ?


Saya baca satu iklan, satu program untuk kanak-kanak iaitu pembelajaran ePendidikan melalui internet. Kononnya kita boleh untung sehingga 30,000 kalau membuat pembayaran melebihi RM 1,700 melalui skim ini. Ada kawan saya masuk skim ini sudah 4 bulan dengan pelaburan lebih RM 5,000 tapi sampai sekarang tak dapat untung pun.

Teruja

Sesiapa yang membaca iklan ini tentu teruja kononnya, hanya perlu berusaha sekali sahaja dan akan membuat keuntungan selama-lamanya. Tapi percayalah,  janganlah kita mudah kena tipu, tak habis-habis kena tipu. Yang untung dalam skim ini adalah orang yang mengusahakan sistem ini, kita yang masuk ni semuanya kena tipu belaka.

Atau yang untung di kalangan orang yang  masuk itu tak berapa kerat saja. Di kalangan orang yang ada ramai orang bawah, lebih ada peluang dapat untung. Tapi yang ramainya masuk skim ini tak untung. Mereka yang dah tak untung itu diam saja, bising-bising nanti, dia yang kena persalahkan atau diperlekehkan pula. Saya tak kata semua orang rugi masuk skim ini kerana ada orang yang untung besar dalam skim ini. Tapi jangan lupa, ramai yang rugi kerana ada yang untung.

Cari Ahli Baru atau Mangsa Baru ?

Lepas tu, iklan ni kata kena cari 4 orang untuk mencapai matlamat ini. Tapi sebelum masuk, fikirkanlah, bukan senang nak cari 4 orang, seorang pun belum tentu. Kalau dapat 4 orang pun, malah 20 orang pun, mungkin bulan pertama saja yang untung, lepas tu kena cari orang lain pula.

Kalau benar orang yang masuk sistem ini jadi jutawan dapat beli dan pakai kereta mewah, sila buktikan. Kalau kaya, datanglah  bayar zakat. Pakai kereta mewah secara hutang dan pakai duit lain termasuk gaji, janganlah mendakwa jutawan.

Awasi Kanak-kanak

Kanak-kanak janganlah diajar sangat main internet ni. Kalau dibiarkan anak kita di depan internet, bukan dia nak belajar macam skim ini kata. Sebalikknya anak kita akan main game dan hiburan lain termasuk Facebook. Anak kita akan pandai tipu umur untuk mendaftarkan diri dalam FB. Jangan terkejut kalau anak kita 9 tahun tapi dalam FB umur dia 25 tahun sebab FB melarang orang bawah umur mendaftar. Antara permainan yang sangat menarik kanak-kanak di FB adalah FarmVille yang membuatkan kanak-kanak masuk internet setiap hari. Kalau tak masuk sehari, katanya tanamannya akan mati, layu tak disirami air.

Main Game

Lagi satu budak paling minat adalah main game. Kalau tak percaya,masuklah ke cybercafe tengok budak-budak tu tengok apa. Kebanyakannya game, nak tuduh ada judi macam saya kurang bukti pulak. Lagi satu tengok movie termasuk kartun yang cerita hantu yang jadi kegilaan budak sekarang.
Saya tertarik dengan ucapan Dato Seri Dr Rais Yatim dalam satu majlis yang menggalakkan kita membaca buku dan tidak tertumpu pada internet saja pada zaman sekarang. Memang ada banyak betulnya sebab orang sekarang semakin kurang membaca buku dan sudah banyak beralih pada internet.

 Pada saya, sekarang antara internet dan buku kena seimbang. Tapi bagi kanak-kanak kena tumpukan pada buku dan kelas. Memang lebih elok beli buku banyak-banyak pada anak terutama buku kerja dan buat latihan, harganya bukan mahal sangat. Jauhlah untungnya dari masuk RM 5,000 lepas tu tak untung apa-apa macam kawan saya yang masuk 4 bulan dulu tu. Dulu member saya ni ingat nak dapat Score  semua A, tapi nampaknya Score C rupanya.......

Kita lihatlah kajian ini :

Sebanyak 87 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari internet yang memberi kesan kuat terhadap emosi mereka. Kajian juga mendapati 46 peratus daripada golongan itu berasa marah selepas melihat kandungan dilayari, 45 peratus meluat, 42 peratus sedih, 40 peratus terkejut, 39 peratus berasa jijik dan 35 peratus takut.

Rumusan itu diperoleh berdasarkan kajian Norton Online Family Report 2010 firma kajian pasaran bebas, The Leading Edge mewakili Symantec Corporation, membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (termasuk 101 ibu bapa kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dan 110 kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun. Kajian itu mendapati kanak-kanak meluangkan 19 jam melayari internet setiap minggu, sedangkan ibu bapa menganggap anak mereka hanya meluangkan masa itu 11 jam.

Selain itu, 25 peratus kanak-kanak menganggap ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika melayari internet, manakala 40 peratus ibu bapa yakin mengetahui dan hanya tiga peratus ibu bapa mengaku tidak tahu perkara itu.

Sementara itu, kebanyakan ibu bapa yang mengetahui aktiviti anak mereka mengambil mudah anak berbual dengan orang asing di internet, sedangkan kajian menunjukkan 25 peratus daripada kanak-kanak melakukannya, sementara ibu bapa hanya menganggap ia berada pada tahap 12 peratus.

Kira-kira 72 peratus kanak-kanak mengaku ada orang asing yang cuba menjadikan mereka sebagai rakan melalui laman sosial dan 27 peratus mengaku ada orang asing ingin bertemu mereka di dunia sebenar.

Kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak bersetuju ikut peraturan ibu bapa mengenai penggunaan internet dan 42 peratus mempercayai ibu bapa melindungi mereka dari mangsa jenayah siber.

57 ulasan:

  1. hari tu ada sorang mamat ni approach saya pasal program 'score' ni tapi saya buat bodo je..hehe

    BalasPadam
  2. Azrul.....Kalau dah bergelar jutawan nanti, jangan lupa belanja.... hehehe

    BalasPadam
  3. ada positif & negatif nye kt amik yg positif jer

    BalasPadam
  4. Hmmm...

    Baru terfikir hari tu nak join.
    Tapi bila di fikir2 semula,
    memang betul,
    mana nak cari org nak masuk bawah kita.
    Sama macam buat bisnes, nak kena rajin cari prospek.
    Setiap bulan nak maintain, sakit tu.

    Walau apa pun,
    terima kasih untuk info ini.

    :)

    BalasPadam
  5. Actually program ni baik tp bila pendidikan di'MLM'kan itulah byk perkara yg meragukan..what i read from other article..initally program ini khusus utk pendidikan kanak-kanak yg boleh disertai oleh golongan pendapatan rendah, but there was lahanat ni yg nampak program ini boleh menjana pendapatan..

    As usual la diorang MLM ni will twist the condition..spice up dengan sabda2 nabi..ayat2 quran..

    what can i say dis program is good but it turns bad bile mencampurkan halal dan haram..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong apa yangawk ckp.....itulah buat org ragu dan salah anggap pulak..

      Padam
  6. Buat makluman semua! Sila rujuk link ini:

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000588324436#!/photo.php?fbid=127155580679779&set=a.127155567346447.19262.100001560133516

    Sekadar berkongsi maklumat sahaja ya!

    Terima kasih.

    BalasPadam
  7. beli dan simpan dinar emas lagi selamat
    http://salehddin-salleh.blogspot.com

    BalasPadam
  8. saya amat sokong petikan tuan tanah... sayang satu program yang baik tapi apa bila sudah di manipulasi ianya menjadi buruk... walau bagai mana pun program score a nie banyak buruknya dari yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh listkn yg buruk n yg baik x??
      klu boleh sy nk tgok la..

      Padam
  9. 90% kawan2 sebaya saya menyertai program ni,
    10%dari mereka y berjaya
    selbihnya sesat,
    5% kwn sy cube selamatkan kwn2 dr masuk program nie
    5% lg tidak amek tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ia ke percentage nie. Dah dgr betul2 ke

      Padam
  10. x yah masuk score A...mengarut je...dah la ajak orang pergi preview...tapi menipu pulak...geram betul aku...cakap ada seminar kerjaya...mudah dapat keje la...macam taik...rupenye tipu aku...LAHANAT BETUL...dah la ajak pergi preview taik...lepas tu buang masa aku lak...makan x belanja pulak...dah masuk benda ni, belanja je la...apa susah...adoyai...macam pannn....hahahahaha

    BalasPadam
  11. rugi2
    utang je yg timbol

    BalasPadam
  12. seriously la bro, i pun dok consider juga nak masuk ke programme nie ke tak...i dah banyak kali kna bro, dr swish cash, dana futures, memcm2 mlm.
    tapi nie mcm lain ckit kan approach dia.
    takpi nak cari org mmg payah, org akan pandang kita mcm hanjeng n sampah, jelous juga member guna BMW m3

    BalasPadam
  13. terbaru saye diajak pergi seminar ni x smpai 2 mggu lpas pn..lpas abes program ni, sy ikut leader blk lalu tempat tersorok..terdetik di hati bila slh sorg jutawan naik viva biru kemek kt dpn..oh damn..penipuan terkantoi ke aku nmpk?

    BalasPadam
  14. bleh x bagi saya pndapat. saya plajar ipt, mggu dpan saya join sminar brkenaan program score 2. wajar kah saya pergi?

    BalasPadam
  15. sblah kdai ak de kdai Score A ni.. diorg x abis2 nk jak ak join menda alah ni... ayat bkn main sedap.. sopan santun.. grr.. penipu belaka..

    BalasPadam
  16. kalau x tahu, jgn senang mengata...dosa kot. diam2 sudah kalau kita x tahu pape. kaji la dulu. guna akal.

    BalasPadam
  17. Pada pendapat saya Score A program ini ada baik dan buruknya. Yang baiknya pelajar boleh buat latihtubi pada setiap masa yang merupakan jalan terbaik untuk kejayaan. Yang buruknya pula, ianya di MLM kan serta mempunyai masalah sekiranya student tersangkut semasa menjawap soalan (tiada pembimbing).

    BalasPadam
  18. salam kawan2 baru2 ni aku ada join seminar ni,diowng kata paling rendh pun kena byar rm796 untuk permulaan,aku ni pelajar ipt was2 lah nk join,membe aku bnyk gk join guna duit ptptn lagi,die siap beritahu time seminar tu jgn diheboh2 kan,aku pun x tahu kenapa,bnda baik pun mcm nyorok2 tp,memang diowng ckp diiktiraf 23 kementeriaan,tp aku fikir balik ,nak tarik 4 owng bukan senang,4 owng tu mesti byr rm796 wajib,x leh byar insurans,tgok2 jelah keadaan ekonomi sekarang parents lagi sukew syor kan ank mereka pergi tuisyen,so mcm mana kite nak tarik owng,mungkin cara mereka lakukan ,tanpa kite sedari kita lah mangsa diowang,x mustahil kite akan lakukan benda yang sama seperti apa yng mereka buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. MENYESAL!!! grrrrrrrr (geram sgt2) aku da t'join benda ni hjung thun lps ats ajkan kwn yg amt rapat.. cara diorg approach mangsa diorg mmg xbley blahh.. ats percaya kt kwn- aku t'jebak same.. leader tuu basuh otak aku dgn jnji2 manis, sape xcair kn? 30000 dlm mase 3-6bulan katenye.....sape xmau duit kannn? antara ayt mereka adlh - org jd perompak sbb ape?org jd pelacur sbb ape? org jd ape ntah lg sbb ape??? smuanye sbb duit... kate nye.. grrrrrrrr.....
      diorg punyer care-xbg mase lame utk kte fkir n xbagi kte bgtau family,, mmg cm sorok2 pon ade... kate diiktiraf segala bagai.. tp knp nk sorok2 cm gituu??alasannya- xbleh bgtau org lain lg sbb msih baru(babyborn katenye)xpndai nk jwb bile org tny mcm2 nnti.. tkut spoil market katenye... huhuuuu lg... nnti leader yg bg penerangan kt downline2 yg nk masuk bwh kami... leader2 ni mmg jnis keras hati-so xpyhlaa korang nk b'debat dgn leader2 tuhh... giler keras lidah diorang bgtau mcm2... seriau klu dgr... yg jdi leader plak bkn calang2 org... bdak2 utp ramai.. aku sempat pegi sminar diorg n mcm2 lg..huhuhu.. nyesal3x .... (geleng kepala)
      diorg punye trademark- heeebattt!!! hey pleaselaa, hebat apekebenda nye??? ade kwn aku yg join bnda ni smpai hutang duit dgn kwn2... da lbih 3 bulan kot join benda alah ni, tp modal pun xdpt balik lg..... huhuu...1 bulan lps msuk benda ni da rase nk kluar... org atas asyik suh naik trun KL je.. grrrrrrr! sy student lg study, cbukk dgn assgnment n komitmen dgn p'satuan lg... tapi diorg suke putarbelit otak org bwh dgn ayt- orang kaya buat duit, orang miskin buat alasan.... grrrrr...
      lg giler gerammm, dlm mggu exam tuu- ade meeting dgn leader giler duit tuuu... cube korang fkir balik- leader ni bljr at utp sggup dtg kt u aku utk pnskan benda bodo ni.. takut basi katenye... kalau da kaye, knp sggup b'kejaran ke sini? aku baru paham sbnarnye, kalau xde kemasukan ahli- poket dia pon 0 gak.. dlm mggu exam nk meeting???
      abis exam, aku balik kg- aku fikir positif negatif..... urmmm....
      rumusan-lebih baik jgn join mane2 MLM.. mcm score A ni, org bwh kena pegi mcm2 event diorg.. xbleh xpegi wlupun aku bg alasan ade kelas or meeting p'satuan.. leader ni ajr aku ponteng kls!!! dhlaa leburkan 796, pastu kena pegi event yg kena byr- 30,70,100... duit modal blum dpt lg, tp nk kna trun naik KL... duit tuk mkn, mnum, tket bas n lrt smuanye kna tggung sndri...huhuu..
      aku xsuka MLM SKOR A or yg lain2.. aku da insaf... aku da quit benda awal bulan 2.. sakit jgklaa telinga aku bila kena bebel kt kwn aku (kwn aku taksub benar dgn score A ni).. dia xpuashati knp aku nk quit... siap ckp aku buat kputusan yg slh... tp, xpelaa- lps da ckp nk kluar, hati aku da tenang...... sungguh.... pengajaran bg aku utk mase2 depan.. kalau byk duit, tp hati xtenang-xpyhlaa... hiduplah secara b'sederhana, jgn di kejar sgt kemewahan dunia... sesungguhnya, hidup akn lebih tenang..... insyaalllah....
      aku harap kwn2 aku yg still join akn cepat t'sedar... amin...
      ~coretan budak da insaf a.k.a anti MLM@SCORE A..

      Padam
    2. trima kasih kongsi penglaman awk kat snie..sya pown dapt twaran nk masok skor a nie..tpi hati sye mcm berat jek..lgipown sye student lagi..kalo dh asyik meeting mmg abiz la study sye cm nie..

      Padam
  19. knp perkara buruk kt boleh cari
    perkara baik kt nak marah..
    beristifar banyak2

    BalasPadam
  20. tanpa usaha....tiadalah hasilnya....
    so,,,jngan kata bnda yg baik itu....menjadi buruk...

    BalasPadam
  21. tak apasal nak larang budak main fb salah ke

    BalasPadam
  22. nk berjaya perlu seiring dgn pegorbanan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. score A t'baik!!

      Padam
    2. skor a terbaik pale nenek kau!!mmglaa kalau nak berjaye perlukan pengorbanan tapi kalau da melampau2 membebankan sampai otak naik bebal ape kes..??hebattttt heyy konon tapi xde prospek poket pon zero..aku paling x suke perangai leader2 gile duit kat ZRB tuu..kelab millionaire lah sangat..pegi pagi dengar bende alah mengarut pastu balik umah dah malam2 bute je..mmg kene sgtlah namenye MLM @ MeniagaLarutMalam...hahaha

      Padam
  23. erghh bila aku dengar pasal "SCORE" ni bodoh betul lar ,mereka yng dah join ni sebelum mereka join mereka macam biasa je ckp dgn kita baik merayau sama kita bazir duit bapa dan mcm2 tapi lepas dah join program ni percakapan mereka tukar mereka anggap mereka dah kaya, tak akan bergaul dgn member yang tak join program tu, lagi kalau kita buat keje professional pun mereka cakap berapa lama u nak keje mcm ni join la aku income aku ,lagi aku nak beli civic cash kononya .....eeeee lebih lagi tipu member2 utk nak duit lebih......mereka tak erti yang mereka sedang usaha bnyk2 untuk org yng dia tak kenal langsung ....lebih baik usaha business bapa lu org lar bodoh....tlg lar kwn2 jangan terpedaya dgn kata2 manis mereka MLM ni tak akan kekal mesti ada fullstop.... mereka ckp nak beli ni lar itu lar BMW,Audi,bla bla bla kalau lar mereka dah tak ada income mereka nak bayar mcm mana , lagi ada bodoh2 yng terpedaya dgn kata2 mereka dan resign mrk punya keje dan 3 bulan ada income lepas tu ditipu ,tak blh cari org habis lar makan bubur pulak . sahaja ingat yang kalau kita usaha kerja je boleh dpt makan dgn penuh hati join benda2 penipuan ni nanti kena tido tepi jln lar . ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn salah kan score a ble score a sdh mnjadi satu kewajipan sistem pmbelajaran di malaysia...org lain kerja 5 thun lbih nk tnggu income naik..tp ble join score A bru brape bln dh menyalahkan score a ni...

      Padam
    2. mana score a di sekolah.....masing2 punya hak....ko masuk...ko buat la keja dalam tu...org x nak masuk...ko jangan la kecam....dah masuk bawah ko...ko tolong la....ni x...masa sblum masuk janji mcm2...benda yg kena buruk x cerita...cerita yg baik ja...apa la...

      Padam
    3. score a nie mmg bgus utk pendidikan buat mase akan dtg sbb sampai bile asyik nak cara lama bawak buku berkilo2 hari2 tapi entah lahanat mane boleh ternampak pulak bende nie nak dijadikan income sampingan...bende nie bgus utk buat income mase awal2 penubuhan je pastu downline baru masuk je mmg stok kene kencing jelah..last2 buat balik keje lama sbb x dpt crik downline...yg leader masih lagi dgn usaha mereka memaksa downline bwak prospek utk diceramahkan..!!!dunia dunia..gilakan duit..!!!

      Padam
  24. Tergelak baca komen-komen manusia yang tak berjaya. Dah ramai yang berjaya dalam bisnes score A. Tapi kenapa ada lagi yang tak berjaya? Tanya la diri sendiri. Yang menjadi petualang adalah diri sendiri! diri sendiri yang malas! Cepat putus asa! Man jadda wa jadda " siapa berusaha dia yang dapat" Allah tak akan bagi kejayaan yang besar jika usaha kamu yang kecil. Cuba renungkan..
    Usah bicara mengenai kejayaan jika diri tak rela berkorban! Sekian.

    BalasPadam
  25. MLM mengarutttt aku..gara2 score a lah aku terus jadi pembenci MLM terus sampai bila2 aku rasa...mcm budak aku@dia nie, nie leader2 aku selalu ckp mcm nie..dia sendiri sebenarnya habuk dalam poket pun tak dak..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong2. dia ni mesti antara salah satu leader.

      Padam
    2. betull..leader bukan ade duit pun, kebas duit kite lg..

      Padam
  26. sikit lagi terjebak dgn benda alah ni... kawan aq ajak, dia kata ada masa depan ikot benda ni, sekali aq p dengar ceramah, hmmm... bisnes apala kawaan aq ajak ni, memang lah 4 org seumur idup, tp nak yakinkan org tu ssh... pkir2 balik2 baik x pyhla, biarla org nak kata apa, janji aq senang hati jalankan khidupan aq seperti biasa, dripda nak klepet kawan aq, klu dia x dpt org camna, hangus duit dia 800... jgnlah kita jd org yg pntingkan diri sndiri kerana duit,, duit blh d cari, sahabat sejati tda ganti... jgn nnti kita khilangan sahabat kerana benda ni.. bagi budak2 internet skrg, dia xkn pegi k pelajaran, dia akan pegi fb youtube game n macm2 lagi, tp klu bagi dia buku, dia x blh lawati fb youtube game n sebagainya.........
    bagi pengikut mlm ni, betulkah kamu pggil kawan kamu ni untuk bantu dia, atau untuk kepentingan kamu sendiri, renung2 dan selamat beramal.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Produk Score A tu terbaik la. Sistem pemantauan itu yang membuatkan pelajar-pelajar rasa melekat dengan score A. Interaktif dan berkesan. siap ada cikgu online. kaedah pengaplikasian yang mantap.

      Mengenai perniagaan mungkin banyak isunya. bagi yang berjaya ada pendapatnya sendiri, dan bagi yang tidak berjaya ada juga pendapatnya sendiri. Yang penting nilai diri sendiri kot...

      Padam
    2. Betullh tu....aku pn dh pegi seminarnya..,tk der apa yg d tipu...cuma nk senang bkn senang,kalau korang yg dh joint nk hrp 30000 tu dtg bergolek...sorrylh jwbnya...itu silap besar...jgnlh suka berfikiran negatif...score a mmg hebat...selain menjana pendapatan dpt mendidik ank bangsa mnjd lebih berjaya...semua atas usaha...dlm mlm score a tiada paksaan, dlm apa2 pn mmg kn usaha...kalau korang melabur 10000 pn,padtu duduk diam...mmg tk kemnlh jwpnya.. Syabas shifu aziz...tk byk ank bangsa mcm shifu....hhhheeeeeyyyybbbbaaaaatttttttt heyyyyy....bn

      Padam
    3. saya prnah join score A . . tpi sye x hbis byr lg wktu tu. . n sye x sign lg dkat borang die yg sye sudah bersetuju untuk join. . kirenye kalau x byar x dpt la portal kan??1 hri tu sye di timpa mslh keluarge yg d mana sye perlukan duit yg sye laburkan pde mereka. . sye minta secara baik. . keesokan tu tiba2 ade 1 no ni sms bgtau id sye n pasword sye tuk buka portal tu
      sye ape lg. . trus call org yg perkenalkan score A ni. . .mcm2 alasan die bg kat sye. .ckp sye tu laa. . ni laa. . mcm2 lagi. . sye tnye mcm mne bole daftar sdngkan sye x sign borang lg. . die tuka topik dgn nshat sye bgai. . ALLAH nk tunjuk. . one day sye jmpe die. . org yg knlkan score A ni. . n die citer perkara sbnrnye. . bile sye tnye boleh dpt x duit sye??die tuka topik lain. . sye btul2 x sangke die mcm tu. .

      Padam
    4. MLM suka tindas org cam sial xde sivik langsung korang rasa best tarik org tu cubalah makan wang haram tu memaksa xtentu hal korang kalau rasa kaya sangat pergi mampus lah

      Padam
  27. siapa org MLM yang komen dekat sini confirm dah khatam skrip ayat manis yang leader korang bagi n dapatkan dr training or whatever, baguslah tuh amalkan benda yang haram sebab mustahil hidup anda tak tenteram kalau makan duit dari hasil yang tak berkat, wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana korang tau halal ke haram...aku dh pegi,setiap satu sen yg msuk ke poket semua yg berjaya itu tlh di zakatkn...kalau pendapatan itu tlh di zakatkn boleh di kira haram ke..pandai pandai jer korang buat hukum sendiri...kalau nk tau lebih joint...kalau tk tau jgn ckp...kalau baca novel cukup ke dgn baca sinopsis aje?mesti baca isi kandungannya...betul tk?kesian korang.....tak sedar2 lg....tidolh,tidolh....tk yh sedar...besok yg rugi bkn org lain korang dn kuarga korang ajer...huahuahua...

      Padam
  28. nasib baik aku xterjebak ramai yg komen...smua rase xpuas hati..jadi..betulah benda ni karut

    BalasPadam
  29. salam, aku dulu dah join score A ni, tapi malas nak aktif, aku nak jualruncit je kad score A ni lima tahun (10 kad), murah2 punya.... sapa nak beli?

    BalasPadam
  30. Score A adalah sistem pembelajaran online, MLM adalah cara perniagaan. Sebenarnya sama juga jika anda membeli makanan, pakaian, dan lain-lain. Anda bayar berkali-kali dengan yang punya kedai. Apa bezanya. Sebenarnya kita gagal kerana tidak ramai yang nak berkorban untuk membeli produk pendidikan, alasan mahal. Semua juga adalah terpulang pada diri sendiri. Keputusan ditangan kita. Score A tidak bersalah, ia adalah alternatif pembelajaran masa kini.

    BalasPadam
  31. PART 1, Memang haram jadah, sbb benda alah ni aku hilang member sorang! diorang semua mmg dh kena basuh KAW2 mcm dah kena pukau rasuk aku tgk, baru2 ni lagi awal january 2013..mula member aku ni kata nak ajak pergi
    makan dia kata nk blanja (proses pancing)so aku pergi siap nk jemput aku lagi perh lain mcm je member ak ni, dia sampai ak tgk ada 2 lagi member dia yg aku x kenal katanya kwn kolej, nasib la member2 dia tu masuk kepala dgn ak so cpt jadi peramah dan berborak gelak ketawa mcm biasa..tiba kt restoran ak jadi pelik skit..tgk ada ramai2 pakai suit/kot kemas2 mcm ada interview..bnyak kt situ budak2 muda sebaya mcm aku..tgk sekeliling ada bnyak kereta mewah mcm BMW, dlm hati ak mmg dh x sedap ak dapat rasa ni MLM,aku tgk sikap member aku ni pelik skit siap pakai kemas mcm org nak berniaga rupanya..lepas selesai makan dia kata JOM ikut "Sekejap" nk jumpa rakan niaga dia katanya..so kami ikut la dia naik kt office atas sampai je kt atas TIBE2 kami disambut oleh sipulan yg pakai kot bagai tadi dibawa duduk ke depan..eh2 apa ni dlm hati ak kata..tibe2 masuk dlm sebuah bilik besar yg ramai org seoalah2 "menghadiri kuliyah di kolej"..sangkaan aku tepat Sah MLM, aku rileks dulu ak ckp dgn member apa bende ni?? dia kata rilek la ada la ko dengar je dulu ni peluang terbaik aku bwk kt ko..aku time tu dgn kadaan rasa panas/marah aku pendam je member punya pasal aku rilek dengar..rupanya program SCORE A diperkenal HEEBATT HEYY fck..tpi dia lain mcm skit MLM yg jenis education punya..aku perhati je dr start sampai habis..mula2 diorg citer pasal produk edu x sampai setengah jam, yg lain2 tu lebih kpd ketaksuban nk jadi kaya cepat..cerita pasal kemewahan,kejayaan jadi jutawan muda la..mcm2 la cerita dia boleh buat korang yg iman lemah ni terpukau mmg KAW2 beb..aku still dgn fikiran yg waras dr start termasuk kt sini dah set minda moga jgn terpengaruh dgn pelbagai hasutan yg bakal dtg.. .lps habis ceramah dibwk ke 1 bilik tujuan dia x lain nk pastikan korang masuk la score A ni..ayat manis, sopan santun..ak time tu mmg dah buat muka panas member ak dok kata rilek2..tugas dia senyap je..dtg sorang agen brpakaian ala2 james bond ni kt aku diiringi 2 lagi agen bond kt belakang perhatikan..so mula2 borak2 biasa..berkenalan, tanya nama then baru start dia slow2 nk basuh otak korang (time ni aku dh tapis awal2 dan aku dh ready dgn game diorg ni)yg mcm sialnye diorg mcm nak PAKSA korang tau masuk gak score A lakhnat ni..aku dah cakap x berminat sorry la siap berdebat panjang tapi diorang ade je bende boleh nk mnjawab dan cantas ayat2 korang smpai speechless beb..tibe2 bwk 1 borang suruh aku isi..EH apa ni? aku ckp xnak berulang kali dia suruh gak dgn tektik sopan santun dia kata xpe u pergi je dulu 1 seminar yg kena bayar RM70..WTF? yg best kena bayar kt situ gak?? aku cakap aku ade rm5 je xpe dia kata bayar je berapa yg dulu sbb tiket terhad lebih bayar kemudian..time tu mmgg aku rasa nk TUMBUK je muka bangsat yg dok push aku dr td ni..member ak kata xpe dia bayarkan utk aku dulu lg lebih(SANGGUP)..last2 ak terpaksa gak isi borang(terpaksa)MLM score a ni mmg power cara diorg makan mangsa..mmg mantap teratur..godaan tahap jin ifrit, sblom ni aku berjaya tepis MLM yg lain2 tapi kali ni tewas, mmg diorg semua dh terlatih mcm mana nk kill korang punya debat/alasan.time tu mmg xde ruang ko nk berfikir nk decide segalanya berlaku pantas..xpasal2 rm70 terbang..aku pelik kenapa perlu PAKSA? KENAPA PERLU TIPU?..aku respect member dia terus blah dari situ secara sopan balik terus (naik teksi kot)best..iye la duduk situ buang masa 3jam lebih lepas tu kena push sapa xpanas beb..xpasal2 hilang sorang member dia..so dah habis semua..drama aku plk start, aku soal dia bagai debat pasal benda bodoh ni last2 marah2 gak tpi member rapat plk x sampai hati dia kata nk belanja pergi so aku terpaksa lagi pergi..

    BalasPadam
  32. PART 2, hari seminar menjelang..aku pergi ngan dia..Dekat UIA gombak start pagi sampai petang..aku pergi ni sbb terpaksa..pendekkan cerita la..dari pagi start sampai ptg modal dia sama je mcm preview hari tu cuma kali ni lebih HEEBBAATT HEYYY HAK TUIHH lagi..super hebat gila tahap dia membasuh otak korang..kali ni lebih details..rupanya baru tersedar aku dh kena game dgn member aku ni..dh kena marah bagai dia masih xsdar diri tipu aku lagi..rupanya dia cuma borak manis dgn korang je mula kata lain sampai jadi lain mmg haram jadah..yg kt seminar ni korang perhati ye time2 nk ending diorg akan berceramah hebat mcm org gila nk pastikan korang masuk gak..pelbagai tektik dan kata2 manis..siap kutuk perlekeh lagi mana job makan gaji ni..mmpergunakan ISLAM/HALAL dengan ayat2 alquran utk menyakinkan..time tu aku dah tgk dah mangsa2 baru ni dh mula berkhayal dan rata2 dah termakan dengan kata2 ajaib mula pagi senyap je time ptg riuh rendah dh terpukau nk jadi kaya cepat..GILA..perh senang mcm tu je diorg basuh..last mcm biasa member ko akan dibwk kpd leader dn soal korang mcm mana nk ambik pakej apa la..time ni lagi kuat super hebat cara dia paksaan halus..nampak sgt gila duit..aku perhati je dr pagi smpai ptg diorg mcm asyik nk ambik hati korang tau yg leader2 ni rupanya ak ni VIP duit diorg la..korang yg bakal masuk ni la duit poket baru diorg tu xabis2 follow up korang je dan nk PASTIKAN korang masuk JUGAK! ade ke lahabau ni suruh aku gadai laptop ke moto ke Hp apa2 aset yg xpakai semata2 supaya dpt modal utk masuk?? gila x diorg..sepatut diberi pilihan dan masa tapi diorg nk korang decide time tu gak gila x? mmg sial..aku mmg marah member aku sbb dh tipu aku lepas tu masih xsedar2 diri well aku rasa mcm dh xkenal dia lagi.mcm bukan diri dia sbenar ada hati nk rasuk aku lagi sorry la goodbye my friend..sudah la..ni sedikit pengalaman score A..yg lain2 semua dah diterangkan oleh blog dn komen2 lain, korang ada otak fikir la baik2..fikir dulu sblom buat sesuatu keputusan..korang ada hak sbgai pengguna..xde sapa2 boleh paksa/menentukan pilihan korang sendiri..rasa2 ak dh boleh buat blog ni hehe..

    BalasPadam
  33. Produk score a tak salah yang salah MLM yang dijalankan kata tak paksa???tapi ayat memujuk bukan alang2...mengalahkan pakar motivasi yang lama uda memotivasikan orang...."buatlah dalam keadaan terpaksa"...tengok pada mata hati bukan pandangan kasar...dah tu asyik jumpa2...waktu belajar pun habis...last2...study tak menjadi n hancur diri sendiri!!!!!

    BalasPadam
  34. Program Scorea A sebenarnya memang baik sebab program ni dapat membantu ramai pelajar di luar sana. Tapi apa yang membuatkan ramai orang tidak puas hati dengan program ni adalah disebabkan salah satu dia adalah "leader" yang mempelawa anda masuk dalam program ni. Kemungkinan anda mendapat leader2 yang lepas tangan or betul2 x serius buat ni program. Masalah yang kedua adalah "diri kita sendiri". Cakap nak ubah hidup,tp group meeting x pegi,blajar pasal ni program pun malas. Kalau leader bawa pegi preview,mcm2 alasan.Ramai orang x paham konsep MLM yang sebenar. So,nasihat saya kepada rakan2 semua yang hendak join ni program as a business partner, kaji dulu,selidiki dulu konsep MLM tu apa,tanya diri sendiri btl2 ke nak buat ni business. Kalau gerak hati mengatakan tak nak,baik tak payah. Tapi kalau benarlah MLM tak baik,meh kita tengok apa kata orang2 yang berjaya dalam MLM.

    http://www.youtube.com/watch?v=FANoGDj9GXk

    BalasPadam
  35. aku nak tak diri tapi dowang ckap lau tak follow deposit bern pew wah dah tanam modol 1.7k mintak balik modal xleh kene terus kan dah xdew cara lain kate nye hbis kepale otak aku dowang cuci pakai washmacchine pew.lu owang ade cara nak dapat kan balik modal aku tak

    BalasPadam
  36. okay pada pendapat aku lah. skor a tujuan dia bukan sebab nk berjaya kan budak2. kononnya nak tengok budak pandai. berjaya. membe aku yg tarik aku pun x ckp pasal program belajar, dia cuma ajar aku cmana nak carik downline and dpt duit. kalau aku lah sebagai student, aku bayar untuk pendidikan score a ni, aku nk bg kat sape? anak pun xde. score a mementingkan duit je semata2. paksa org cari downline. lepas tu sng2 je dpt duit. org lain nk berjaya, mendalami ilmu smpai phd baru dpt keje bagus. kau cari downline lepas tu org bawah2 jadi apa kau tak tau, kau dpt duit diorang. ya allah..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.