Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Februari 2011

Kes Khalwat, Judi dan Pondan

KLUANG - Empat pasangan berjaya ditangkap oleh Penguat kuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang dalam Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan baru-baru ini di sekitar kawasan inni.

Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi berkenaan dijalankan berikutan pihaknya menerima banyak maklumat daripada orang awam dan hasil maklumat itu membolehkan pejabat agama bertindak mengadakan operasi di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

“Permulaan operasi Cegah Maksiat yang dijalankan penguat kuasa berjaya menangkap sepasang kekasih yang mana lelaki berkenaan berumur 36 tahun yang dipercayai sudah berkahwin.

“Manakala, pasangannya seorang wanita warga Indonesia berumur 35 tahun yang masih anak dara dan kami telah menahan pasangan ini di sebuah rumah di Kampung Sembrong Luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, berikutan daripada tahanan itu, pihanya juga berjaya menahan satu pasangan di Kampung Melayu, Kluang iaitu lelaki warga Myanmar berumur 30 tahun bersama perempuan Melayu berusia 35 tahun dan dipercayai kedua-duanya masih belum berkahwin.

Dalam pada itu, tangkapan ketiga pula, pihaknya menahan seorang lelaki berumur 47 tahun yang berstatus suami orang bersama seorang wanita berumur 38 tahun yang juga isteri orang di sebuah rumah di Taman Puteri, Kluang.

“Manakala, tangkapan keempat adalah di sebuah rumah di Taman Sri Kluang yang mana seorang lelaki berumur 26 tahun telah ditahan oleh pejabat agama dengan seorang wanita berumur 31 tahun yang bukan beragama Islam dan dipercayai sudah berkahwin.

“Keempat-empat :pasangan ini telah berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Johor Kluang hasil maklumat daripada orang awam,” katanya.

Menurut Mohd Khalil, keempat-empat pasangan ini di dakwa di bawah kesalahan khalwat iaitu seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali,” katanya.

Dalam Operasi Cegah Maksiat ini juga, penguat kuasa Jabatan Agama Johor menahan seorang lelaki yang berlagak perempuan dan berpakaian seksi berusia 42 tahun yang ditahan di Flat Hj Manan, Kluang.

Mohd Khalil berkata, lelaki berkenaan ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan dan beberapa orang lagi sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

Sementara itu, pejabat agama juga dalam operasi berkenaan berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun di dalam kedai judi selepas membeli tiket nombor ekor di sebuah kedai judi di Jalan Mersing, Kluang.

Lelaki itu boleh di dakwa di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh di denda sehingga RM3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 10 Febuari 2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.