Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 September 2010

Lafaz Cara Jawab Nikah Pengantin Lelaki

Ada ramai orang tanya saya soalan, bagaimana lafaz ijab dan qabul masa nak nikah di negeri Johor. Oleh kerana ramai nak nikah lepas raya ni dan hujung tahun ni, saya beritahulah. Lafaz qabul boleh beritahulah, lafaz ijab yang pak imam jurunikah tu tak payahlah beritahu.

Lafaz yang betul bagi pengantin lelaki:

"Aku terima nikah............(nama pengantin perempuan) dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai".

195 ulasan:

  1. salam...

    lafaz cara jawab nikah bagi negeri terengganu lain sikit dan agak simple:

    jurunikah:
    "aku nikahkan dikau (nama penuh pengantin lelaki) dgn (nama penuh pengantin perempuan) dengan maskahwinnya sebanyak (jumlah) tunai."

    pengantin lelaki jawab:
    "aku terima akan nikahnya dengan maskahwin seperti yang tersebut itu."

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku terima nikahnya....(nma bkal isteri)dengan maskahwin seperti yang tersebut. leh x ustaz?

      Padam
    2. Klu mc nie ustaz. aku terima nikahnya bagi diri aku dgn mas kwin byk t'sebut

      Padam
    3. Ow,yaka sepa tnya?..

      Padam
    4. Aslmkm WW ! Ustadz yth, juru nikah kan orang tua atau wali pengantin perempuan. Dan yang dinikahkannya adalah pengantin perempuan. Sedangkan pengantin laki laki menerima nikahnya. Dengan demikian, akad nikah yang paling tepat yang dibacakan oleh juru nikah adalah :" AKU NIKAHKAN ANAK KANDUNGKU ( NAMA PENUH PENGANTIN PEREMPUAN ) DENGAN ENGKAU ( NAMA PENUH PENGANTIN LAKI LAKI ) DENGAN MAS KAWINNYA SEBANYAK ( JUMLAH ) TUNAI "

      Padam
  2. mcm ni ke kat trg jwab nikah?..ke atas juru nikah yang suruh..

    BalasPadam
  3. As salam..
    saya ingin bertanya,adakah sah ijab dan kabul sekira nya kadi tersalah menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin.manakala pengantin lelaki menyambutnya dengan nama pengantin perempuan dan mas kawin yang betul..saksi mengesahkan lafaz tersebut..tetapi sebelum berlangsung ijab dan kabul kadi melakukan latihan akad bersama suami, kadi menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin adalah betul.

    nama sebenar pengantin perempuan: Nurul Ain
    nama yang disebut kadi semasa akad: Nurul Aini
    nama disebut pengantin lelaki semasa akad:Nurul Ain

    apakah perlu ijab dan kabul perlu dibuat semula?

    Sekian, Terima kasih

    BalasPadam
  4. Nikah adalah sah dan jangan diragui lagi. Jurunikah memang bermaksud Nurul Ain, walaupun tersasul tersebut Nurul Aini. Yang penting, memang niat jurunikah hendak nikahkan Ain bukan orang lain. Sebelum itupun, tentu wali sudah kata serah wali berwakil kepada jurunikah Ain itu, bukan orang lain.

    Sebaiknya, saksi nikah hendaklah dengar betul-betul ijab dan qabul itu. Dan boleh menegur jurunikah sekiranya tahu jurunikah tersasul, bukan peranan saksi duduk saja. Saksi juga boleh minta lafaz ijab qabul itu diulang semula untuk meyakinkan ahli keluarga yang ada di majlis itu.

    Tapi kalau perasan selepas selesai malis, janganlah diragui pernikahan itu, sah tetap sah dan tak perlu nikah semula.

    Mengenai maskahwin, itu sunat saja disebut dalam akad nikah, kalau tak sebut pun tak apa. Kalau salah sebut pun tak apa sama ada terkurang atau terlebih. Kalau nak dikira mesti sebut tepat, nanti susah juga. Ada orang kata maskahwin dia 22.50 tapi dia kasi lebih. Jangan ragu sah atau tidak. Sah juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As'salam...ustaz..klau nama esma..tp t.kadi sebut isma..sah x lfaz akad t'sbt? Sblm akad t.kadi xde tnya mcmna nk sbt nama t'sbt n xde wat prktis...dia trus wat akad nkh..mcm mne dgn stuasi ni ustaz...hrap dpt mbntu...tme ksh...

      Padam
  5. ustaz tlg bagi cara jawab nikah di negeri kedah..saya was was

    BalasPadam
  6. ustaz, boleh ke memendekkan nama bakal isteri yang panjang semasa lafaz terima nikah?

    BalasPadam
  7. Jawapannya, tak boleh. Kenalah sebut nama penuh perempuan dan bintinya. Kecualilah mendapat kebenaran dari jurunikah, tapi tengok keadaan juga.

    BalasPadam
  8. saya orang trg...lafaz utk trg agak simple seperti sedara kata di atas hehehehe

    BalasPadam
  9. as slm ustaz..

    kdg kala terdpt "gangguan" semasa akad. adakah d0a2 selain meminta pert0l0ngan drpd Allah SWT??

    BalasPadam
  10. Banyak doa yang kita boleh baca, antaranya ayat Kursi.

    BalasPadam
  11. as salam ustaz..

    bolehkah kita menggantikan mas kawin tunai kepada seutas rantai dengan persetujuan pengantin perempuan..
    satu lagi bagaimana lafaz nikah bagi negeri sembilan..
    terima kasih

    BalasPadam
  12. Boleh. Sila maklumkan/bincang dengan jurunikah/ pejabat agama di Negeri Sembilan itu. Lafaz di Negeri Sembilan, sila tanya pejabat agama di sana.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum..
    Bagaimna pula lafaz ijab kabul bagi pngntin pmpuan yg menggunakan wali hakim kerana dia ank tdak sah taraf. adakah lafaz itu akn mmbuatkn hadirin yg mnyaksikn akad tu tahu hal yg sebenar? Sy bingung untuk bernikah di masjid atau dirumah kerana takut pihak keluarga pengantin lelaki tahu status sy yg sebenar.

    BalasPadam
  14. Insyaallah...tiada masalah, jurunikah tidak akan aibkan pengantin. Kadi atau jurunikah ada kaedah tersendiri untuk menjaga kepentingan pengantin. Tak perlulah dicerita pada umum apa kaedah itu.

    BalasPadam
  15. Askum ustaz...nak tanye,saya akn bernikah di kluang..soalan saya solat sunat sebelum dan selepas nikah mesti buat ke,atau atas tok kadi...lagi 1 upah jurunikah dan 2 orang saksi berapa?t.kasih...

    BalasPadam
  16. Upah jurunikah trmasuk saksi di johor rm150.

    BalasPadam
  17. tentang solat sunat sebelum dan selepas pulak mesti kena buat ke?

    BalasPadam
  18. Solat lepas akad nikah hukumnya sunat saja, jadi kalau buat dapat pahala.

    BalasPadam
  19. ustaz untuk negeri sembilan berapa upah kadi temasuk saksi?

    BalasPadam
  20. Ustaz akad negeriri pahang mcm mane ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustaz lafas taklik kt jhr dlm jawi atau rumi?

      Padam
    2. Lafaz taklik Johor ada jawi dan ada rumi. Kecualilah jurunikah tertinggal yg rumi tu kat rumah.

      Padam
  21. salam ustaz..niat dalam bahasa arab solat sunat sujud lepas akad nikah mcm mana..

    BalasPadam
  22. Lafaz niatnya:
    “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”. Allahu Akbar.

    Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.

    BalasPadam
  23. Salam Ustaz,

    Sekiranya bernikah berwalikan bapa, perlukah pengantin lelaki menyebut nama pengantin perempuan termasuk binti sedangkan akad dilakukan dengan bapanya.

    BalasPadam
  24. Sebutlah nama perempuan dan bintinya sekali. Ini diseragamkan di seluruh negeri Johor.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum Ustaz,

    Nak tanye, lafaz ijab bagi bapa pengantin perempuan yg ingin menikah anak nye sendiri.

    Terima Kaseh
    Ahmad AM

    BalasPadam
  26. Lafaz ijab bapa yg menikahkan anaknya, sila tanya jurunikah. Di Johor, jurunikah disyaratkan ada bersama walaupun bapa yang nikahkan.

    Untuk seorang bapa menikahkan anaknya, sila mohon kebenaran dari Kadi terlebih dahulu melalui satu borang.

    BalasPadam
  27. salam.. Andai Nama lelaki di salah sebut..jauh bezanya dari nama asal lelaki tersebut..adakah sah nikahan tersebut..?

    BalasPadam
  28. Salah sebut nama lelaki tetapi maksudnya tetap pada lelaki yang bersalam dengan jurunikah itu. Nikah sah.

    BalasPadam
  29. ustaz tolong saya bagaimana nk jawb nikah di KL?tolong tanyekan kawan2 ustaz di KL..sy nk nikah dekat da ni...terima kasih bnyk2 sy dahulukan

    BalasPadam
  30. Salam
    ustaz.. Sy sepatutnye bernikah pd bulan oct akn dtg..tempoh dr tarikh kawin kini Tggal tk sampai 2 bln.. Dan sy baru tau status sy dimane sy merupakan anak luar nikah bler bapa sy mengatakan sy kena nikah mgunakan wali hakim.. Berita ini telah buat sy amat kecewa di saat2 akhir persediaan perkawinan sy..adakah lafaz akad nikah yg berwalikan hakim akn disebut di khalayak tetamu dan adakah nama sy akan ditukar bt ke abdullah semasa majlis akad nikah? Ini kerana nama sy sek di ic dan surat beranak berbintikan nama ayah sy..Sy harap ustaz dpt membantu sy menjawab soalan sy.. Terima kasih ustaz..

    BalasPadam
  31. soalan ni saya akan jawab melalui email saya. sila email kpd kadikluang@yahoo.com. Atau melalui fb saya.

    BalasPadam
  32. Adakah sah lafaz qabul seperti "saya terima nikah dengan maskahwinnya yang tersebut".
    kemudian saksi kata sah sdgkn tidak ada nama pengantin perempuan atau nya selepas perkataan "nikah"

    BalasPadam
  33. Kalau jurunikah kata sah, maka sahlah. Perempuan walaupun tidak disebut tetapi tentu sudah dikhususkan, bukan ada perempuan lain yang bernikah. Cuma di negeri-negeri seperti Johor, sudah ada lafaz yang standart yang perlu diikuti.

    BalasPadam
  34. salam uztad,sy nk tyn..boleh ke bakal bapak mentua saya mintak dulu duit hantaran..dengan cara paksa...

    BalasPadam
  35. Mertua boleh minta dulu semua atau sebahagian duit hantaran sebelum nikah. Mungkin nak buat belanja kenduri. Tapi paksa memaksa ini tidak sepatutnya berlaku. Eloklah berbincang cara elok tanpa paksa2. Tapi kenapa bakal pengantin lelaki tak mahu kasi sehingga perlu dipaksa? Sila baca novel saya brtajuk Hantaran 10000. Menarik d byk pengajaran.

    BalasPadam
  36. jika wali adalah adik lelaki sendiri dan dia tak nak tolong jadi wali,mcm mana nak buat??? adakah makamnah akan jadi wali...tapi pengurusan \nya mcm mana?? lama tak jangka masa nya?

    BalasPadam
  37. kalau adik tak mahu jadi wali, ada adik lain yg nk jadi wali, boleh jadi wali. kalau taknak, kenalah pujuk. kalau tak brjaya, minta org lain pujuk. kalau tak, pegi ke mhkmah syariah failkan kes. lama atau kejap itu trserah pd mhkmh yg tentukan.

    BalasPadam
  38. berapa cara lafaz ijab kabul oleh pihak pengantin lelaki yang ada di malaysia

    BalasPadam
  39. Aasalamualaikum sy nak tahu kalau dalm ic sy tak ade binti boleh kah sy berkhawin? Tetapi ic abang kandung sy ade bin ttp di ic sy tak ade bagaimana cara cara untk bernikah dan dan ape perlu sy buat? Sbb sy berkhawin pd dec ni

    BalasPadam
  40. Boleh kawin, kenapa pulak tak boleh kawin. Sila bincang dan jelaskan di pejabat agama. Mungkin ada kekeliruan sedikit yg perlu diperjelaskan.

    BalasPadam
  41. Tuan.Saya seorang janda...pada awal tahun lalu saya telah dilamar dengan perkataan oleh teman lelaki saya ( Sudikah sapiah menjadi isteri saya ) dan pada masa itu saya kata sudi...ianya disaksikan oleh kawan dan teman....ada teman mengatakan saya telah pun menjadi isteri pada teman lelaki saya.saya mohon rujuk masalah ini di Selangor tapi sehingga kini teman lelaki saya tetap mengatakan saya isterinya.

    BalasPadam
  42. "Tuan.Saya seorang janda...pada awal tahun lalu saya telah dilamar dengan perkataan oleh teman lelaki saya ( Sudikah sapiah menjadi isteri saya ) dan pada masa itu saya kata sudi...ianya disaksikan oleh kawan dan teman....ada teman mengatakan saya telah pun menjadi isteri pada teman lelaki saya.saya mohon rujuk masalah ini di Selangor tapi sehingga kini teman lelaki saya tetap mengatakan saya isterinya".

    Saya tidak berapa faham dengan maksud nikah ini. Banyak keliru punya. Adakah sah nikah hanya kerana lelaki kata nikah sah? Adakah semua rukun nikah dipatuhi iaitu suami, isteri, wali, saksi dan lafaz ijab qabul ? Adakah lamar itu tandanya dah nikah ? Mungkin itu boleh bermaksud bertunang atau merisik saja.

    Bagaimanapun, rujuklah ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah Selangor dan tunggu keputusannya. Kalau lelaki tak mahu datang ke Pejabat Agama, datang seorang sahaja untuk bertanya dan dapat keputusan yg jelas.

    BalasPadam
  43. kalau kite mula dengan bismillahhirrahmannirrahim aku terima nikah simpolan binti simpolan, sah ke tidak

    BalasPadam
  44. Tak perlu baca bismillah kuat2, kalau nak baca pun dalam hati saja. Terus jer jawab.

    BalasPadam
  45. Assalam Ustz Khalil..
    Saya bakal melangsungkan pernikahan dgn bakal isteri di Parit Raja BP. Saya ingin bertanya mengenai setengah pendapat yang menyatakan sunat menjawab lafaz akad nikah selepas 3kali jurunikah melafazkan akad nikah (untuk mengelakkan gangguan syaitan)..betul ke Ustz? ada ke dalil atau hadis yang menyatakan sedemikian?

    BalasPadam
  46. Zakwan Ramli... Itu satu pendapat yang tak betul dan jangan diikut.

    BalasPadam
  47. salam ustaz,saya adam..saya nak tanya..macam mana cara lafaz nikah di kuala lumpur..sebab saya dah nak dekat nikah 6haribulan12 ni..tolong saya ye ustaz..terima kasih..

    BalasPadam
  48. Lafaz kat kl, mintak tolong ustaz2 kl tolong jawab kat sini. Saya tak tau.

    BalasPadam
  49. salam ustaz..saya baru tgk video kwn sy lafaz nikah di trganu.mmg simple. cuma yg sy t'tanya2, jurunikah xb'tnya pada saksi samada nikah sah atau x,,lalu terus b'doa..mmg xwajib b'tnya pd saksi ke??

    BalasPadam
  50. Tiada masalah, nikah sah. Kalau jurunikah dah yakin dan tiada bantahan/ pertikaian oleh saksi, jurunikah boleh beranggapan nikah itu sah.

    BalasPadam
  51. Salam Ustaz,kalau mas kahwin ialah RM888.50, macam mana nak sebut dalam lafaz ijab kabul? saya tanya sebab nak elakkan kesilapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau maskawin 888.50 sebutlah jumlah tu. Tapi beritau jurunikh dulu sblm akad nikah.

      Padam
  52. Salam ustaz, saya akan bernikah tahun hadapan. Saya ingin memberi mas kahwin berupa rantai tangan emas kepada bakal isteri saya. Persoalannya, bagaimanakah lafaz nikah yang perlu saya sebut nanti? Adakah perlu menyebut barangan tersebut atau nilai sahaja atau kedua-duanya sekali? Di dalam borang nikah, bagaimanakah saya perlu mengisi pada bahagian mas kahwin? Perlukah saya hanya menulis nama barang atau nilai atau kedua-duanya sekali. Terima kasih.

    BalasPadam
  53. Menjawab soalan ini, saya tak pasti yg brtanya akan brnikah di johor atau di negeri lain. Nasihat saya, sila brjumpa d brbincang dgn jurunikah trlebih dahulu. Jangan beritau jurunikah hanya pada majlis akad nikah, bimbang ada percanggahan.

    BalasPadam
  54. salam ustaz. sy ingin bertanya.
    situasi:
    hantaran untuk pengantin perempuan rm10000,
    tp pihak lelaki sudah menggunakan duit tersebut sebanyak rm2000..bermakna rm8000 shj diberikan semasa upacara pernikahan..
    kalau pihak lelaki membayar baki rm2000 setelah berkahwin,boleh tak ustaz??

    BalasPadam
  55. Bab hantaran ini adalah persetujuan antara pengantin lelaki dan perempuan. Di Johor,Jurunikah biasa akan tanya mas kahwin saja. Kalau jurunikah tanya pasa hantaran, jawablah. Tak payahlah jawab, dah beli bunga ke, dah beli kambing seekor ker, buat pelamin ke dll.

    BalasPadam
  56. SALAM USTAZ...LAFAZ TAKLIK DI KEDAH JAWI OR RUMI..SBB BULAN 12 NI INSAYALLAH SY AKAN DINIKAH KN..A.S.A,P

    BalasPadam
  57. Lafaz taklik Kedah jawi atau rumi, maaflah, saya tak tahu. Sila tanya di Kedah.

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya Mohd Redzuan dari negeri PAHANG, bakal bernikah dengan seorang gadis kluang pada hari jumaat nie 22.2.2013, jadi saya ingan bertanya prosudeur cara lafaz, lain2 prosedur dan bilangan saksi di perlukan sebab mak kepada tunang saya bagi tahu saksi belah lelaki di perlukan 4 org dan perempuan 4 org.

    Terima kasih

    yang Benar

    Redzuan

    BalasPadam
  59. Mohd redzuan. Sila tanya kat pejabat kadi kluang. Atau bakal pengantin perempuan yg tanya.

    BalasPadam
  60. assalamualaikum ustaz..saya berasal dari perlis dan akan berkahwin pada awal bulan 3 thn ini...soalan saya,adakah wajib kita habiskan lafaz akad nikah dalam satu nafas sahaja??sekiranya tidak mampu habiskan dalam 1 nafas disebabkan nama pasangan dan sebutan mas kahwin y panjang,bolehkan saya berhenti seketika di pertengahan lafaz untuk mengambil nafas?

    BalasPadam
  61. Tak disyaratkan satu nafas. Dua tiga nafas pun bole tapi jangan berhenti lama atau putus sblm sambung semula.

    BalasPadam
  62. Ingin brtany tntang wali hakim..sbb kwn sy brurusan dr jbatan agama stelah selesai org trsebut minta rm300 dn kwn brtnykn utk apa dn jwpan beliau utk surat2 tnpa resit..kwn sy bingung dn ingin minta resit scra lngsung dia kmblikn smula rm200 dn rm100 utk upahny..jd soalan sy pd ustaz adakah wali hakim dbyar(dminta)?atau upah?atau sdah dtetapkn..krn sy bkal akn brnikah dn pihak prmpuan akn mggunkn wali hakim..sekian

    BalasPadam
  63. Tak tahulah saya duit apa tu. Tanyalah kepada orang yang anda beri duit itu, kat pejabat agama yang berkenaan. Tanya tak tahu apa ceritanya.

    BalasPadam
  64. Assalammualaikum ustaz..yg d atas tu tanya tentang wali hakim d byar atau tidak..soalan sy pula proses utk mengeluarkn surat wakalah wali..sbb sy akn bernikah dgn org indonesia dn kluarga dsna tidak dpt hadir dan telah mengeluarkn surat utk wali hakim..d bahagian mana sy ingin memohon?tq

    BalasPadam
  65. Mana satu ni ? Wali hakim ke wakalah wali ? Elok dtg ke pejabat dan tanya. Jangan tersalah wali.

    BalasPadam
  66. lafaz taklik di kelantan jawi kew rumi

    BalasPadam
  67. bila tempoh boleh dapatkan sijil nikah untuk negeri johor

    BalasPadam
  68. Tempoh sebulan atau lebih sikit.

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum ustaz....nama arwah ayah adalah MD ISHAK....tp mase akad jurunikah menggunakan nama MOHAMAD ISHAK...namun, nama pengantin perempuan disebut dgn betul....adakah sah?

    BalasPadam
  70. Sah. Yg dimaksudkan oleh jurunikah, mamat tu ler, bukan org lain.

    BalasPadam
  71. Bagi negeri selangor macam mana?

    BalasPadam
  72. Lafaz bagi negeri Selangor, sila tanya pejabat agama di Selangor. Antara negeri dan negeri adalah berbeza.

    BalasPadam
  73. ustaz,saya telah bertanya di pejabat agama selangor tapi masih tidak dibertahu bagaimana lafaz akad nikah di negeri tersebut.mintak tolong ustaz berikan cara bagaimana lafaz akad nikah di negeri selangor serta haruskah menyebut wang hantaran semasa akad nikah tersebut.saya juga memberikan gelang kepada bakal isteri saya nanti.adakah itu juga harus disebutkan semasa akad nikah dijankan?

    BalasPadam
  74. Sy nk nkah kat thai.. mcm ne lfaz akad nkah d sna ye ustaz......

    BalasPadam
  75. alhamdulillah,, bgs la blog ni. klu la ustz2 klate buat gni juga. p pjbt agma, depa suh tnya tok imam. dok pi mai p mai.

    BalasPadam
  76. Assalamualaikum wrb Ustaz..saya bernikah hampir sebulan dan sepanjang tempoh pernikahan ini saya berasa tidak sedap hati.Saya mempunyai satu kemusykilan di mana, ketika wali (iaitu adik lelaki kandung) saya menyebut nama bakal suami saya (ketika itu) semasa lafaz izin sebelum akad nikah, beliau telah tersalah sebut nama "Ahmad" kepada "Mohd". Walaubagaimanapun, Imam yang menikahkan kami telah menyebut nama kami berdua (saya & suami) dengan betul. Adakah sah pernikahan saya?Terima kasih, Ustaz.

    BalasPadam
  77. Kesian. Sampai sebulan pendamkan masalah ini dan tak lena tidur. Nikah itu sah kerana Mohd ke Ahmad ke Mat ke, tetap pengantin lelaki itu yg dimaksudkan.

    BalasPadam
  78. Assalam ust..boleh ker tidak kita lafaz ijab dan qabul dengan membaca teks yg disediakan.sah kker tidak perkahwinan itu.tq

    BalasPadam
  79. Balasan
    1. Alhamdulillah ust.terima kasih ust.lega rasanya bila jawapn ust 'boleh' dan sah nikah.

      Padam
  80. Assalamualaikum ..
    Ustaz sye nk btanye ,, mcm ane plak bg pgantin lelaki yg tdak tahu membace ??
    Bagaimana utk melafazkan taklik? ?

    BalasPadam
  81. Lantik siap-siap member lelaki yang pandai baca. Nanti member tu baca kuat, pengantin lelaki ikut kuat-kuat.

    BalasPadam
  82. salam ustaz...upah jurunikah nsaksi bg negri johr brape

    BalasPadam
  83. salam..tk lama lagi saya akan nikah nk tye lafaz taklik bagi negeri johor jawi atau rumi?blh minta jabtn agama rumi tk?atau jbtn agama bagi jawi dan rumi dua2?saya nikah kat mersing..tlng ustaz..

    BalasPadam
  84. saya akan berkahwin pada tahun hadapan di pahang. ke dua pihak setuju dgn rm10000 sebagai hantaran, dan rm2000 dari duit hantaran di jadikan duit mas kawin. adakah ini di benarkan?

    dan bagaimana pula sekiranya saya ingin membeli rantai tangan emas dgn duit mas kawin dan perkara ini dipersetujui oleh pihak perempuan. boleh ke? dan bgaimana lafaz akad saya nanti? kena sebut nilai rantai tangan ke mcm mane?

    BalasPadam
  85. Oleh kerana nak nikah di Pahang, elok tanya dengan Jabatan Agama di Pahang saja. Kalau saya jawab tak tepat nanti, timbul masalah pula. Kalau saya, saya ada pendapat saya sendiri. Tapi biarlah jurunikah sana yang beri jawapan.

    BalasPadam
  86. assalamualaikum..
    ustaz lepas akad nikad kte perlu solat kan..
    mcm ne ye nk niat 2??

    BalasPadam
    Balasan
    1. hukumnnya sunat. Niat.. Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

      Padam
  87. lafaz arab lg pendek... "Qobiltu" dengan syarat wali dan saksi paham,,,

    (maaf jika silap..)

    BalasPadam
  88. asalamualikum ustat...sy nak tnye..sebelom nikah kena mbil air sembayang dulu kan..selepas nikah kena sarung cincin gan cium dahi isteri...pas tu kena solat nikah ke?perlu ambil air sembayang lagi ke mcm mane?

    BalasPadam
  89. jangan salam atau sentuh istri dulu sebelum solat sunat.

    BalasPadam
  90. Assalamualaikum..
    sy pihak perempuan asal dr sabah dan bakal bernikah di kuala lumpur bhgn pihak lelaki..
    soalan sy.. ada ka perlu atau wajib ketika menyebut akad waktu nikah jumlah wang hantaran sekali dgn mas kahwin di wilayah..
    atau jumlah mas kahwin shj..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di Johor perlu disebut. Kalau di KL, saya kurang pasti. Bagaimanapun, mengikut hukum dan rukun, bukan disyaratkan disebut. Sila Tanya dan bincang dengan jurunikah kerana sebut atau tidak sebut, hendaklah seragam antara ijab dan qabul.

      Padam
  91. "Salam ustaz.. Sy sepatutnye bernikah pd bulan oct akn dtg..tempoh dr tarikh kawin kini Tggal tk sampai 2 bln.. Dan sy baru tau status sy dimane sy merupakan anak luar nikah bler bapa sy mengatakan sy kena nikah mgunakan wali hakim.. Berita ini telah buat sy amat kecewa di saat2 akhir persediaan perkawinan sy..adakah lafaz akad nikah yg berwalikan hakim akn disebut di khalayak tetamu dan adakah nama sy akan ditukar bt ke abdullah semasa majlis akad nikah? Ini kerana nama sy sek di ic dan surat beranak berbintikan nama ayah sy..Sy harap ustaz dpt membantu sy menjawab soalan sy.. Terima kasih ustaz.." Assalamualaikum Ustaz, pertanyaan saya sama dengan pertanyaan di atas. Bolehkah Ustaz menerangkan serba sedikit akan Kisah wali hakim ketika akad nikah.. Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikah seperti biasa saja. Jangan risau. Silalah berbincang dengan jurunikah. Jangan heboh-hebohkan cerita mengenai anak luar nikah ini.

      Padam
  92. Assalamualaikum ustaz.bolehkah urusan wakalah wali dilakukan melalui telefon shj iaitu jurunikah menelefon wali pengantin perempuan utk minta persetujuan?ini krn bapa pengantin sakit dan xmampu bangun tapi masih memahami pertuturan org lain.lagi satu,krn bapa pengantin perempuan tinggal jauh dari tempat pengantin akan bernikah.trime kaseh ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katakan wali perempuan iaitu bapa berada di Kuala Terengganu manakala anaknya akan bernikah di Johor Bahru. Bapa tidak dapat datang ke Johor Bahru kerana uzur. Dalam keadaan ini, bapa boleh dating ke pejabat agama di Kuala Terengganu dan mewakilkan jurunikah di Johor Bahru di hadapan Kadi atau pegawai agama di Kuala Terengganu. Selepas itu, pejabat agama Kuala Terengganu akan menghantar fax atau surat kepada jurunikah di Johor Bahru mengenai penyerahan wali tersebut. Penggunaan telefon atau alat komunikasi lain adalah langkah terakhir saja dan tidak digalakkan kerana boleh berlaku kekeliruan atau penipuan. Cara terbaik adalah dengan disaksikan oleh pegawai agama di Kuala Terengganu.

      Padam
    2. Terima kasih ustaz.

      Padam
    3. salam,sy pn nk ty soalan y lbh kurg sme ttg wakalah wali ni tp bzenye ayh sy xbleh bckp dgn jelas & ssh dfhmi..skg sy nikah dkluang,perlu ke sy bawa ayh ke pjbt kadi kluang sb keadaa ayh y xbleh bgn akibt strok..

      Padam
  93. Assalamualaikum ustaz... sye nk tnya mcm mna owg OKU nk menikah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dijelaskan oku mcm mana. Kalau pekak bole guna jurubahasa guru sekolah pekak.

      Padam
  94. bagaimana jika suami warga asing dan tidak boleh bercakap melayu.adakah akad nikah megunakan bahasa english

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pengantin boleh bahasa Inggeris dan jurunikah pun tahu lafaz Inggeris maka bolehlah guna bahasa tu.

      Padam
    2. salam ustaz, klu bakal suami hanya tahu bahasa cina bagaimana?

      Padam
  95. Assalamulaikum Ustaz...Bagaimanakah cara akad nikah ( Ijab & Qabul ) di Negeri Kuala Lumpur.Serta,berapakah harga maskahwin di Negeri Kuala Lumpur.Terima kasih Ustaz

    BalasPadam
  96. In sha Allah, saya akan berkahwin dengan anak Johor dari Kulai. Doakan kami supaya kuat dalam hadapi cabaran dan supaya cinta kami untuk Allah dan Rasul Nya.

    BalasPadam
  97. Assalamu'alaikum Ustaz....soalan sy- 1. semasa akad nikah nama perempuan RUSNAH MAZNAH BINTI HAMZAH tapi bila lelaki lafaz RUSNAH BINTI MAZNAH...jurunukah dan saksi tidak perasan akan sebutan nama itu...selepas beberapa bulan bila tgk video baru perasan akan perkara itu...mohon pencerahan
    2. bila kita dalam keadaan marah dan tercakap AKU CERAIKAN KAU adakah sah cerai itu? dan mereka masih bersama seperti suami isteri sehingga kini...

    BalasPadam
  98. Menjawab soalan pertama, nikah itu sah kerana yang dimaksudkan adalah orang yang sama, bukan orang lain, walaupun nama itu tak tepat.

    Menjawab soalah kedua, yang menentukan jatu atau tidak talak dan menentukan jumlah talak adalah Hakim Mahkamah Syariah. Saya tengok lafaz 'aku ceraikan kau' ini adalah kuat atau boleh menjurus kepada cerai, sila datang pejabat agama segera untuk proses seterusnya. Sila bawa surat nikah ori. Boleh datang seorang diri atau datang suami isteri.

    BalasPadam
  99. Ustaz, pasangan suami isteri sekrg sdg mnunggu perintah mahkmah untuk mngesahkan perkahwinan shubhah, dalam masa tsebut, apakh hak2 dan btas mereka sbg suami isteri, bolehkah hubungn suami isteri spt biasa

    BalasPadam
  100. Penyoal tak cerita dgn jelas bagaimana yg dikatakan nikah syubhah tu. Kedua tak dicerita bagaimana sampai kes ini dibawa ke nahkamah sama ada atas kehendak pasangan sendiri atau pihak berkuasa.

    BalasPadam
  101. Assalamualaikum ustaz, sya nak tanya kalau lafaz akad nikah lebih 3 kali apa hukum nya? Sama ada pernikahan itu tidak sah atu sebaliknya?

    BalasPadam
  102. Tak faham saya apa maksud 3 kali itu. Kalau 3 kali jawab dan jurunikah kata sah maka sahlah.

    BalasPadam
  103. Maksud sya ustaz, lafaz akad nikah tidak boleh di ulang 3 kali. Sebab ada rakan saya mengatakan lafaz akad nikah tidak boleh di ulang 3 kali..
    Kalau maksimum 3 kali pernikahan tidak sah. Atau batal

    BalasPadam
  104. Sah. Ulang 3 kali ker 20 kali ker adalah sah. Kalau jurunikah kata sah maka sah ler. Kecuali jurunikah kata tak sah dan kena ulang lagi.

    BalasPadam
  105. salam..ustaz sy nk ty..sy da daftr nikah gne nme wali ayh sy sndri tp skg ayh kne trok n ssh bckp..sy nk ty klu gne wali abg kandung xbleh ke?sy ad ty dgn ustaz len die ckp kne gne wali wakalah,klu kt kluang ustaz ke y uruskn?

    BalasPadam
  106. Kalau ayah yg sepatutnya jadi wali itu strok atau koma, sila beritahu pegawai semasa hantar borang itu. Ada kemungkinan bapa itu boleh terus jadi wali, tapi ada kemungkinan juga wali terdekat boleh jadi wali atau wali hakim. Semua itu bergantung kepada kuasa Kadi atau Mahkamah Syariah yang menentukan. Sebagai anak, jangan rahsiakan atau jangan buat kenyataan yang tidak jelas tentang kesihatan bapanya.
    Kalau bapa diputuskan masih layak jadi wali, boleh bernikah di rumah pengantin perempuan iaitu berhampiran dengan wali. Boleh juga jurunikah menerima wakil wali dari wali, kemudian menikahkan anak itu di lokasi lain pada hari yang lain.

    BalasPadam
  107. Aslmualaikm.. Sy ad sdkit soalan.. Jika mas kahwin sy 50dirham ameriah arab bersatu... Tok kadi slalu ny akan ckp "dgn mas kahwin ny 50 dirham arab bersatu tunai...." Ataupun "dgn mas kahwin ny 50 dirham tunai...." Kadar pertukaran mata wang.. Lebih dr rm22.50..

    BalasPadam
  108. Sila bincang dengan kadi. Kat mana ni? Nak nikah kat negara Arab ker?

    BalasPadam
  109. Tak perlulah pakai dirham. Bukan laku pun kalau kita beli jat kedai pakai dirham. Elok maskahwin rm22.50. Lepas tu nak niatkan tambah duit dirham tu bolehlah. Nak tambah benda lain pun bole. Masa akad nikah tak wajib sebut semua benda sebagai maskahwin. Sebut 22.50 jer.

    BalasPadam
  110. Assalamualaikum..ustaz bacaan taklik bg ngri phang dlm jawi atau rumi?

    BalasPadam
  111. Salam...ustaz
    Sy nak tanya...sy bernikah sorg lg dgn ada satu jurunikah ni di uruskan oleh kwn sy....setelah kami di nikahkan lepas sebln isteri sy ni org seberang jd dia di tahan pihak berkuasa..lalu di memberi name card sy dan juga kad nikah...akan tetapi pihak berkuasa suruh kami rujuk dgn jais tentang kad nikah kami kerana kad nikah kami ada sedikit perbezaan...so kami pun pergi ke jais..so di pendekkan cerita rupa2..nye kami di nikah kan oleh sendiket nikah palsu...jd persoalanye adalah pernikahan kami sah ustaz...
    Seban kami tidak tahu..sy byr rm6k untuk pernikahan underground ni...
    Sekian tk

    BalasPadam
  112. Sila lantik peguam Syarie dan akan bawa kes ini ke Mahkamah Syariah iaitu mengenai pengesahan nikah. Tidak semua nikah sendikit tidak sah. Mungkin juga sah kalau semua rukun nikah dipatuhi. Atau mungkin juga tak sah. Apa-apa hal, biarlah mahkamah yang menentukan sah atau tidak. Sekiranya sah, boleh dapat surat nikah ori. Mungkin juga akan didakwa kerana kesalahan nikah sendikit ini. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  113. Salam ustaz,saya ada kmuskilan tentang ini,,sebulan lalu kawan saya telah brkahwin(perempuan)jadi persolan dsni sah ka pernikahan mereka bila lelaki lafaz akad nikah bukan guna nama sebenar perempuan.perempuan ni guna identiti spupunya yg telah mninggal dunia.tpi bpa sebenar pmpuan ni jugak yg jdi wali.jadi macam mana tu?

    BalasPadam
  114. Ada kemungkinan sah dan ada juga kemungkinan tidak sah. Semuanya akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah sekiranya pasangan tersebut atau pihak lain membuat pengesahan di Mahkamah Syariah. Yang paling penting di sini adalah rukun-rukun nikah sama ada dipatuhi atau tidak. Soal prosedur adalah soal kedua dan hukum syarak diberi keutamaan.

    BalasPadam
  115. Assalamualaikum ustaz,

    Semasa akad nikah saya tempoh hari, mas kahwin yang saya beri adalah dalam bentuk bank draft dan akad disebut "RM XXX tunai".

    Baru-baru ni saya terbaca satu artikel mengatakan kalau mas kahwin guna bank draft atau cek kena sebut hutang.

    Mohon pandangan ustaz mengenai perkara ini? Adakah akad itu sah?

    Untuk makluman bank draft berbeza dengan cek, masa buat bank draft, bank dah tolak duit dari akaun kita siap2 (maksudnya nilai duit tu dah transfer ke atas bank draft itu) berbeza dgn cek yg belum tentu ada duit dlm akaun.

    Mohon penjelasan ustaz. Tq

    BalasPadam
  116. Tujuan guna bank draft adalah sebab faktor kemudahan dan keselamatan disebabkan jumlah wang yg agak banyak

    BalasPadam
  117. Akad nikah itu sah dan tak perlu ragu-ragu lagi. Maskahwin itu adalah persoalan lain pula yang tidak menjejaskan lafaz akad nikah.

    BalasPadam
  118. Salam ustaz nak tanya la..wali tunang saya kena berlabuh.tak dapat datang masa saya akad nikah..kalau wali dah buat wakalah wali(wakil wali) dengan mas kahwin rm12000 ribu..tp masa akad nikah nk turun kn mas kahwin menjadi rm300 tampa pengetahuan wali.adakah sah lafaz akad nikah tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sah. Maskahwin silap atau bertukar tak jejas wakalah.

      Padam
  119. salam ust sy nak tanya..masa akad tu kadi sebut nama pengantin perempuan sipolan bin sipolan tapi pengantin lelaki sebut nama pengantin perempuan binti..sah ke ust?

    BalasPadam
  120. assalamualaikum Ustaz,

    kalau lafaz akad tapi nama(perempuan) tak sama dalam ic hanya sebut nama rumah dan nikah melalui sindiket sb isteri pertama tak tahu dan guna duit isteri pertama untuk semua urusan tersebut sebab si lelaki tidak mampu hanya ikut nafsu..ada kah sah nikah tersebut?

    BalasPadam
  121. Tidak ada masalah sama ada nama itu sama dgn ic atau tidak. Tidak disyaratkan kena ikut nama ic. Yang penting adalah wanita itu ditentukan orangnya. Pada adat kebiasaan, wanita yang hadir dalam majlis itu adalah orang yang ditentukan. Walaupun ada perbezaan nama, pernikahan itu masih dikira sah. Apa-apa hal, biarlah Mahkamah Syariah yang tentukan sah atau tidak sekiranya ada pihak yang bawa kes ini ke Mahkamah. Biasa yang bawa ini adalah suami atau isteri atau wali. Kalau tak ada permohonan di mahkamah, maka dikira sahlah pernikahan ini.
    Mengenai nikah sindiket pula, mungkin nikah sindiket ini adalah nikah yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa. Tapi nikah ini masih dikira sah dari segi hukum syarak sekiranya semua rukun dan syarat-syarat setiap rukun nikah dipatuhi.

    BalasPadam
  122. Asalamualaikum ustaz saya nk tanya apa akan terjadi jika kita remaja skrg ni main akad nikah dgn kawan nikahkan dgn perempuan yg kita suka dari danial iman sklh smat alrahman

    BalasPadam
  123. Akad nikah ini adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya diguraukan. Kalau seorang bapa iaitu wali yang bergurau menikahkan anak perempuannya dengan seorang lelaki dan ada akad nikah dan saksi, maka berkemungkinan boleh sah nikah tersebut walaupun bergurau. Kalau kawan sama kawan yang bukan wali berlakon nikah, tidak sah nikah itu.

    BalasPadam
  124. Assalammualaikum Ustaz. Saya ada satu pertanyaan. Macam mana pula sekiranya kadi dan pihak lelaki praktis dengan lengkap dulu ijab dan kabul sebelum akad yang sebenar. disaksikan pula dengan dua orang saksi? adakah nikahnya jatuh sah sebelum akad sebenar lagi tanpa disedari? terima kasih ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saya, saya suruh bakal pengantin saja jawab 'qabul' tanpa ada ijab. Kalau begitu, tidak dikira sah. Biasa saya buat macam ni...
      "Okey, sekarang test dulu. Okey jawab", kata saya.
      Pengantin pun jawablah "Aku terima nikah....".
      Maka itu tak sah nikah sebab tak ada ijab dari saya. Saya cuma cakap test.

      Padam
    2. Walaupun latihan, tetapi kalau ada "ijab" dari kadi atau wali dengan lengkap dan "kabul" dengan lengkap, serta saksi mendengar dengan terang dan nyata, jadi akad itu boleh jatuh sah. Betulkan ustaz?

      Padam
  125. Ada 3 perkara yg kita bergurau boleh jadi betul iaitu nikah, rujuk dan talak. Kalau ijab dan qabul itu tak putus, boleh jadi sah. Tapi tak apalah, perempuan itu pun betullah dia nak nikah.

    BalasPadam
  126. Assalammualaikum..ustaz saya nk brtnya...saya nikah sindiket..dan jurunikah yg nikahkan saya tu xde tauliah dri pjbt agama..semasa saya akad nikah wali kepada pngantin perempuan sendri yg memberi kebenaran kepada jurunikah tersebut untuk nikahkan saya..dan saksi masa tu adalah ahli keluarga saya dan keluarga perempuan..adakah nikah saya tu sah mngikut hukum syarak ustaz?mse nikah tu pengantin perempuan(isteri saya) mngandung 7bln.kami brdua sama2 bujang waktu tu...jadi sah atau tidak nikah kami tu ustaz...harap ustaz dpt beri jawapan secepat mungkin..trima kasih ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila daftar di Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan nikah. Biar mahkamah yang putuskan sama ada sah atau tak.

      Padam
  127. Tuan Ustaz, saya selaku kakak.. baru2 ini adik perempuan saya bernikah...abg sy selaku wali yg sah..kerana arwah ayah da tiada...menyerahkan kepada imam selaku wali hakim/wakil....wali (imam tersebut) semasa akad..menyebut nama adik penuh berbinti kan ayah) namun pengantin lelaki terima akad dengan nama adik sahaja dan tidak menyebut binti...tetapi saksi2 menyatakan sah dan wali (imam tersebut) jua menyatakan sah...adakah sah nikah tersebut? sebab timbul keraguan di hati saya berkenaan ini... kami ada rakam dan menonton kembali...dan mmg pengantin lelaki tidak sebut binti..

    BalasPadam
  128. Nikahnya sah kerana itulah perempuan yang dimaksudkan, bukan perempuan lain.

    BalasPadam
  129. Ustaz saya brtnya adik perempuan saya dia bernikah dan masa tu nama betu dia azimah keluargakat dia tambah nurul azimah semasa dia nikah dangan nama nurul azimah sah ke x ustaz

    BalasPadam
  130. salam ustaz, kalo name dalam ic penganti lelaki kharul
    tetapi jurunikah sebut khairul semasa akad nikah.
    adakah sah nikahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikah sah sama ada sebut Kharul atau Khairul kerana itulah lelaki yg bersalam masa akad nikah.

      Padam
  131. Salam ustaz..saya nk tnye..ape hukumnya klu sy ltkkan nama ayah yg dh meninggal dunia dlam kad kahwin..slpas itu baru nama ibu...mohon penjelasan.

    BalasPadam
  132. Hukumnya harus sekiranya letak bertujuan untuk rakan-rakan ayah mengenali itu anaknya.

    BalasPadam
  133. Nikah sah sama ada sebut Kharul atau Khairul kerana itulah lelaki yg bersalam masa akad nikah.

    BalasPadam
  134. Saya akan nikah tidak lama gi 29th August 2015

    BalasPadam
  135. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya masa akad nikah kadi tersalah sebut nama ayah sah ke x ustaz

    BalasPadam
  136. Assalammualaikum ustaz...sy da satu pertanyaan jika pernikahan tu tak di daftarkn di malaysia dn di thailand ,semasa akad blangsung hanya dirumah imam di padang besar sah kah? Pernikahan tak pernah di daftarkn langsung dn ada penipuan di stu lafaz mas kahwin hutang tapi lafaz tunai sedangkn imam yg nikahkn pn x btanya mana mas kahwinnya sah kah pernikahan itu,harap ustaz tlg jelaskn

    BalasPadam
  137. Saya amat2 mgharap penjelasan dr ustaz

    BalasPadam
  138. Sila daftarkan pernikahan ini di Mahkamah Syariah. Terpulang kepada mahkamah untuk menentukan nikah itu sah atau tidak.

    BalasPadam
  139. assalamualaikum..sya n suami nikh d thailand..suh suami dftr..dia kata nti2 la..skrg suami nk ceraikn sya..perlu ke sya rujuk ke pjbt agama @ lepas suami lafaz...terus kosong je mcm tu

    BalasPadam
  140. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya masa akad nikah kadi tersalah sebut nama ayah sah ke tak pernikahan itu ustaz

    BalasPadam
  141. Assalamualaikum ustaz. macam mana lafaz akad nikah jika mas kahwin yang diberi adalah perhiasan emas cincin,rantai dan gelang. Perlukah sebut jumlah nilai perhiasan emas itu atau bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila jumpa dan bincang dgn jujunikah sebelum nikah.

      Padam
  142. Salam ustaz, sy akan bernikah pd 27 Sept ni di pejabat agama Johor. Soalan sy:

    1. Dari segi pemakaian, leh ke sy memakai kemeja?
    2. Ketika tarikh tersebut sy diminta utk membawa rm150. Adakah ia utk upah jurunikah saja?
    3. Sy diminta membawa 4 org wali saksi. Sekiranya tidak cukup 4, adakah sy leh menggunakan wali di pej agama tersebut?

    BalasPadam
  143. kawan saya, lelaki ditangkap khalwat dan dipaksa berkahwin ketika itu juga.. wali dan yg menikahkan adalah bapa prmpuan.. nama yg disebut ketika nikah lain ttp kemudian baru tahu nama prmpuan tu lain..saksi dr kedua2 keluarga dan org masjid shj.. adakah sah nikah mrk?

    BalasPadam
  144. Saya tak boleh jawab isu ini sebab tak tahu kes ini secara terperinci. Sila rujuk ke Pejabat Agama.

    BalasPadam
  145. Ustaz saya nak tanya ..adakah terdapat perbezaan lafaz akad nikah antara janda dan perawan..

    BalasPadam
  146. Assalamualaikum.. Ustaz. Apakah akad yg betul bg Mas kahwin yg menggunakan dinar? Contohnya
    Aku terima nikahnya Nora BT Abu dengan Mas kahwinnya RM 300 tunai.
    Boleh k gtu sedangkn guna emas dinar sebagai Mas kahwin.

    BalasPadam
  147. Salam ustaz..sy nk nikah..tp sy xtau d mna ayh sy brada...boleh x klau sy guna walihakim..dan sy berstatus janda

    BalasPadam
  148. Sila bincang dengan jurunikah sebelum nikah

    BalasPadam
  149. Assalamualaikum.. Ustaz. Apakah akad yg betul bg Mas kahwin yg menggunakan dinar? Contohnya
    Aku terima nikahnya Nora BT Abu dengan Mas kahwinnya RM 300 tunai.
    Boleh k gtu sedangkn guna emas dinar sebagai Mas kahwin.
    Jawapan saya: Sila bincang dengan jurunikah sebelum nikah.

    BalasPadam
  150. Salam ustaz..sy nk nikah..tp sy xtau d mna ayh sy brada...boleh x klau sy guna walihakim..dan sy berstatus janda.
    Jawapan saya: boleh.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.