Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 September 2011

Masak Sambal Nasi Lemak

Malam ni, baru sebentar tadi siap masak sambal nasi lemak. Nak cerita ni, sebenarnya samballah yang paling penting dalam hidangan nasi lemak. Sambal tak boleh pedas sangat atau masam atau tawar.

Esok ada orang nak datang raya kat rumah, jadi kenalah masak. Yang lain tu oder luar je le. Rasa macam puas kalau tengok orang makan masakan kita ni. Minggu lepas, ada rombongan marhaban datang rumah saya masak nasi lemak juga. Sampai tak cukup dia punya sambal walaupun dah masak lebih. Dah tu ramai pulak puji, sampai kembang semangkuk juga saya, hehe.

Esok saya nak masak nasi lemak, jadi sambal buat malam ni. Esok tinggal buat nasi saja. Satu lagi, nak masak itik panggang madu. Itu pun kalau ada itik kat Gaint esok.Jadi, tak janjilah ada itik. Okeylah, nak ajar resepi masak sambal nasi lemak malam ni.

Bahan-bahan:
Bawang besar, ikan bilis cili kering, belacan, asam keping, halia, bawang putih, minyak masak, garam dan gula secukup rasa. (Tapi ada satu bahan yang saya tak beritahu kat sini, rahsia).

Cara masak:
Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan halia. Bawang besar potong nipis-nipis dan bawang tak payah kisar.

Lepas tu goreng ikan bilis tak garing sangat, lepas tu angkat taruk tepi. Kemudian masak sambal dalam kuali dan masukkan bawang besar yang dah dipotong tadi. Bawang lagi banyak lagi bagus.

 Lepas tu masukkan bahan rahsia tadi. Tambah minyak lagi dan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masuk asam keping dan buangkan semula asam ni sebelum hidangkan. Kemudian masukkan ikan bilis bila dah nak masak. Siaplah sambal.

Masak nasi lemak mudah saja. Masak macam nasi biasa tapi letakkan santan, santan segera pun boleh. Lepas tu taruk minyak dan garam. Nak lagi sedap, kukuskan, iaitu bila dah masak dalam periuk letrik, letakkan dalam kukus dalam 5-10 minit.

Kemudian siap untuk dimakan. Lagi satu, taruk timun tapi kalau hidangan hari raya dah banyak benda, timun dah tak wajib. Bahan rahsia tu bukanlah rahsia sangat tapi kalau tak taruk pun mungkin dah okey.

Cara Buat Teh Tarik

Cara Masak Nasi Ayam

Masak Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kansah,klik sini

24 ulasan:

  1. salam ustaz,..kalau tak nak bagitau bahan rahsia tu,..tak payahle letak kat sini,..tak de faedahnya kedekut ilmu kan,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju...ilmu untuk dikongsi.

      Padam
    2. alhamdulillah allah kurniakan mama kelebihan dalam bab masak , masakan perbagai bangsa mama mampu masak. ramai yg kenal mama kerana setiap masakan mama dikatakan sedap .setiap yg minta resepi mama tak pernah berahsia. paling mama suka orang dtg rumah belajar masak resepi yg mereka suka . maaf ustaz ilmu yg kita ada hak allah .

      Padam
    3. Rahsia S??? Seyum,smile??Atau pun serai ustaz ??? =_=||

      Padam
  2. ada rahsia-rahsia la pulak ustaz ni tapi rasanya saya tau yang rahsia tu. Kalau dieja mulanya dengan huruf S. macam mana ustaz? kena tak bidikan saya :)

    Zuluzulu

    BalasPadam
  3. ustaz masak mmg sedap, sebab air tangan bnyk air sembahyang, nyum2...

    BalasPadam
  4. tidak bermaksud nak kecilkan hati sesiapa.. saya bersetuju dengan @siti ajar bt yaakob

    BalasPadam
  5. salam...xbeslah xnk bgitau bahan rahsiatu..kami nk belajar..

    BalasPadam
  6. setuju sgt dgn pandangan siti hajar

    BalasPadam
  7. bahan tu belacan kot.. :)

    BalasPadam
  8. belacan dah ada dlm senarai resepi tu. maybe ajinomoto kut, tak pun guna bahan perasa lain seperti kiub ikan bilis/kiub ayam/knorr/pastisedap atau yg seangkatan dengannya. ada orang suka tambah bawang goreng yg dikisar, ada juga suka tambah santan pekat sikit dalam sambal. rasanya lain2, pilih la yg mana ikut kesesuaian selera anak tekak masing2.

    BalasPadam
  9. Tak letak bahan rahsia itu pun dah okey, kena cuba dululah masak. Nak tahu apa rahsianya ? Kena selalulah baca blog saya ni.

    BalasPadam
  10. berahsia la pulak.. setuju dgn akak siti kat atas tu

    BalasPadam
  11. apa yang ada pada kita x akan dibawa mati. termasuk bahan rahsia tadi. apa salah berkongsi. ustaz akan di beri pahala berlipat ganda. setiap kali orang makan dan rasa keenakkandan kelazatan sambal yg ustaz ajar setiap tulah ustaz dpt pahala. jomlah share....sharing is caring...mohon...

    BalasPadam
  12. Nak tahu rahsia tu, sila mesej saya kat facebook 'Kadi Kluang'. Dah ramai yang saya dah beritahu.

    BalasPadam
  13. ustaz, tak leh la rahsia-rahsia, bagi je

    Kami jual nasi lemak ni pun sampai zakat perniagaan ustaz 2.5% ikut kiraan PZS hehehe.

    BalasPadam
  14. Heehee setuju dgn akak siti tuu ...ustaz letak gula merah atau kerisek kut hihihihihihih

    BalasPadam
  15. setuju dgn kakt siti tu hehehe.....agak nyer gula merah atau kerisek kuttt.....

    BalasPadam
  16. dh agak rahsia tu msti gula melaka.. resepi mskn pntai timur wajib ltak gula melaka dlm sambal, gulai, kari or seangkatan dgnnya..

    BalasPadam
  17. Salam!

    Saya selalu buat sambal ikan bilis tak letak belacan sebab saya tak suka rasa belacan dan saya tak letak halia. tapi saya masak dengan cili kering, sedikit bawang putih , bawang merah banyak dan ikan bilis. Bila dah tumis semuanya letak air banyak sikit biar rasa ikan bilis dan bawang merah keluar.. akan menyedapkan rasa sambal. Tumis sampai agak kering kemudian letak brown sugar, asam keping dan garam.... sampai secukup rasa. nak letak aji pun boleh.

    Nasi lemak pula saya pakai beras baryani... memang sedap tak sama dengan kedai.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.