Ramai bertanya, bilakan saya akan menghabiskan cerita ini. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana berkait dengan masa dan kemahuan saya sendiri. Satu yang mengejutkan saya mengenai novel ini adalah, ada kawan saya beritahu, blog ini sudah dicopy dalam pdf dalam blog orang lain baru-baru ini. Saya bimbang dengan niat dan tujuan orang ini iaitu bimbang kalau dia mengambil kesempatan dengan hasil tulisan saya ini. Tapi sesiapa pun tidak boleh berbuat demikian kerana cerita ini belum tamat.
14 September 2011
Dua Tahun Berlalu, Blog Saya Genap Dua Tahun Hari Ini
Alhamdulillah, hari ini 14 Sept 2011, genap kelahiran blog saya dua tahun. Mengimbas kembali kenangan dua tahun lalu, blog ini dibina secara tidak sengaja. Iaitu pada 14 Sept 2009, saya menghadiri kursus komputer anjuran jabatan saya di Larkin, Johor Bahru, waktu itu pada bulan Ramadhan. Dalam kursus itu diajar cara buat blog secara ringkas. Saya cuba daftarkan blog saya kemudian mendapat tunjuk ajar dari kawan-kawan.
Rupanya bukanlah susah sangat hendak buat blog sendiri. Betul tidak susah tapi yang orang rasa susahnya adalah apakah idea untuk dimuatkan dalam blog tersebut setiap hari. Saya lihat blog yang ramai pengunjung adalah yang update setiap hari dan membawa cerita yang menarik. Sebelum itu, saya minat membaca blog seperti blog peribadi Mazidul Akmal Sidek, Ondscene.my dan Tun Dr Mahadhir. Mereka mempunyai pengalaman dan daya penarik sendiri untuk menarik minat pembaca.
Lantas saya rasa, saya tidak kurang pengalaman yang saya lalui yang saya rasa boleh dikongsi dalam dunia penulisan. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa Jabatan Agama yang agak lama membuatkan saya memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki. Begitu juga pengalaman saya sebagai dalam pelbagai bahagian di jabatan saya seperti pendakwa syarie, dakwah, penyelidikan dan sekarang sebagai kadi.
Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun, blog saya sudah dibaca lebih 811,489 kali. Saya boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Kerana kekadang kita lihat ada blog yang lebih lama lagi, belum tentu mencapai 6 angka. Saya juga sudah mencapai 947 rakan Google saya, satu angka yang agak besar juga.
Sepanjang 2 tahun ini, rupanya saya sudah menulis 1582 artikel, jumlah yang tinggi juga. Bila diimbas kembali, sebenarnya saya pun tidak menyangkaMengenai artikel ini, saya menulis mengikut kesempatan masa. Sesetengah artikel tidaklah memerlukan masa yang lama. Antara artikel popular adalah novel Sudah Nasibku Mat Burger.
Ramai bertanya, bilakan saya akan menghabiskan cerita ini. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana berkait dengan masa dan kemahuan saya sendiri. Satu yang mengejutkan saya mengenai novel ini adalah, ada kawan saya beritahu, blog ini sudah dicopy dalam pdf dalam blog orang lain baru-baru ini. Saya bimbang dengan niat dan tujuan orang ini iaitu bimbang kalau dia mengambil kesempatan dengan hasil tulisan saya ini. Tapi sesiapa pun tidak boleh berbuat demikian kerana cerita ini belum tamat.
Ramai bertanya, bilakan saya akan menghabiskan cerita ini. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana berkait dengan masa dan kemahuan saya sendiri. Satu yang mengejutkan saya mengenai novel ini adalah, ada kawan saya beritahu, blog ini sudah dicopy dalam pdf dalam blog orang lain baru-baru ini. Saya bimbang dengan niat dan tujuan orang ini iaitu bimbang kalau dia mengambil kesempatan dengan hasil tulisan saya ini. Tapi sesiapa pun tidak boleh berbuat demikian kerana cerita ini belum tamat.
Beberapa kali juga saya bercadang untuk menerbitkan buku novel ini. Tapi banyak kali saya membatalkan hasrat ini kerana memikirkan banyak perkara. Jadi, isu cetak rompak hasil tulisan saya ini, mungkin saya bertekad untuk membukukan saja novel ini tanpa menghabiskan tulisan di internet, itu mungkin saja. Cuma hingga sekarang, belum ada keputusan muktamat.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan kepada saya selama ini. Mohon maaf kalau ada tulisan saya yang mengguris hati dan perasan pembaca. Teruskanlah membaca blog saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah ustaz...
BalasPadam(Mira)
Tahniah ustaz...semoga terus berkarya...
BalasPadamTahniah Ustaz...
BalasPadamSebagai Bloggers.. kita menulis untuk menyampaikan sesuatu.. bagi ustaz menyampaikan ilmu dan peringatan kepada semua pembaca...
Kerana Ilmu itu sesuatu yang amat berharga dalam hidup ini...
Insallah saya tetap akan terus mengikuti blog ustaz dan saya telah linkkan blog ustaz dengan blog saya...
Perjuangan dengan kata kata adalah lebih tajam dan pedas berbanding perjuangan secara fizikal...
Semoga ALLAH terus memberikan kesihatan dan kelapangan pada ustaz untuk terus menyampaikan ilmu, pandangan serta berkongsi cerita.. buat semua....
Den kenal blog ustaz melalui forum TKO. Tima kasih TKO juga & tima kasih ustaz kerana menambah ilmu.
BalasPadam(eden asal johor)
teruskan menulis ustaz..sy antara followers ustaz
BalasPadamTahniah ustaz, artikel ringkas dan mudah difahami dan tidak "bias" dalam pandangan politik malaysia
BalasPadamsaya minat blog ini kerana stailnya yang santai dan banyak cerita pasal 'kawin'..huhu
BalasPadamustaz bole saja nyatakan dalam blog ustaz ni segala hasil karya adalah hak ustaz...copy paste tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan...bukan keuntungan yang nak dicari tp ruangan bicara ustaz ni sedikit sebanyak membuka mata pembaca yang selama ini tidak tahu pun kisah2 luar biasa dalam lingkungan masyarakat kita ni...teruskan ustaz...saya menyokong ustaz...bila nak mai tawau...ble kita pekena lobster...sedap wooo...
BalasPadamtahniah ustaz...bukan semua orang berbakat menulis...Sy suka blog ustaz...
BalasPadamUstaz, sikit2 idea ustaz (contohnya ttg resipi dll), tok war2kan dlm facebook & blog tok, secara tak lansong tolong promosi blog ustaz. Tok akan tulis sumber artikel & idea tu. Tak salah kan ustaz? Sbb niat & kembangkan yg baik2, kan pahalanya berterusan..
BalasPadamBegitu juga klu tok amik sikit2 dari buku2, majalah2 dsbnya, tok akan tulis sumbernya.
Lagipun fb & bolg tok tu tak cari untung. Harap ustaz relakan.
tok