Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 September 2011

"Bila Masa Yang Sesuai Saya Nak Beritahu Isteri, Saya Sudah Nikah Lagi Satu ?"


"Janjinya hari raya baru ni nak beritahu isteri, sudah nikah lagi satu.... Kiranya itu masa yang paling sesuailah, sebab tahun ni raya rumah isteri dan isteri pun dapat hadiah yang special juga. Jadi masa tengah-tengah gembira sambut raya tu, itulah masanya yang sesuai untuk ceritakan segalanya.

 Nak berahsia lama-lama pun macam tak patut juga, maka kenalah berterus terang saja....Bernikah sudah nak genap setahun tapi sorok-sorok, macam orang nak buat maksiat pulak, padahal dia dah nikah cara sah. Lama kelamaan nanti kena berterus terang juga pada isteri pertama. Lagi satu, kalau tak berterus terang, atau berterus terang tak kena tempat, nanti pasti huru hara jadinya.

Dah fikir juga, kalau nak gaduh ker, nak meletus gunung berapi ker, empangan Sembrong pecah ker, terpaksa terima sajalah. Benda dah terjadi, isteri kena terimalah yang dia sudah dapat madu free. Bukan aper, nak selamatkan janda... kalau bukan dia yang selamatkan, siapalah nak selamatkan.

Tapi, tunggu punya tunggu, mulut tak tercakap walaupun dah siapkan skrip dari awal. Mulut macam rasa terkunci pulak. Tiap kali nak cakap, terbayang lesung batu kat dapur yang kalau dia kena baling, boleh bocor kepala dia....."

....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
(kepada yang tak hingin dimadu, jangan baca episod 2, hehehe...)Episod 2, klik sini

3 ulasan:

  1. Menarik, ramai yang 'terlibat secara langsung ni'
    Harap ada ending yang menyelesaikan kemelut.

    Tetapi apakah 'hukum'nya menyembunyikan pernikahan sah ni??

    BalasPadam
  2. Hurmmm...x patut berlaku n tak suka baca...grrrrrr

    BalasPadam
  3. rasenye kalau nak kawin ke-2 dalam negara, kena mintak sign bini 1, agaknya nikah siam kot..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.