Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 November 2009

FILEM MADU TIGA: MODAL SUAMI KAHWIN DUA

Sebut saja filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, semua golongam meminatinya, tidak kira kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Saya tak terkecuali meminati filem ini terutama lawak dan nyanyian merdunya.

"..Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang...   
...Tetapi jangan sampai, hai pecah tembelang 
...kalau dua-dua merajuk, ana kawin tiga...."

Antara soalan saya kepada lelaki ini, adalah berkenaan isteri pertamanya seorang guru yang tak tahu tentang perkahwinannya yang sudah masuk setahun itu. Soalan saya.

"Sampai bila hendak berdiam diri dan tidak beritahu isteri pertama ? "
Lelaki ini terus terdiam, mungkin soalan itu sukar dijawab atau dia tak pernah terfikir saya akan bertanya soalan maut seperti itu. Selepas diam, kemudian dia jawab.

"Ustaz, bukan saya taknak beritahu, nanti mesti isteri saya tak boleh terima"

Saya kata:

"Betullah tu, tapi sampai bila nak biarkan dia tak tahu, kalau tiba-tiba dia tahu nanti kan lagi payah"

Dia jawab:

"Saya ada sindir-sindir isteri pertama saya, tapi dia tak pernah faham"

Bila dia jawab sindir, saya tanya apa maksud sindir itu. Dia jelaskan.

"Sebenarnya ustaz, saya ada sindir-sindir isteri pertama saya dengan buka vcd filem P Ramlee, Madu Tiga. Hari-hari saya buka di ruang tamu. Tapi masalahnya ustaz, isteri saya tak faham-faham pun, buat tak kisah saja"

Itu ceritanya....
Vcd Madu Tiga ini dijadikan alat untuk menyindir isteri pertama. Bila saya fikir-fikirkan, memang bijak suami ini, seorang yang kreatif.  Yer le...... kalau tak, takkanlah dapat kawin dua. Jadi kepada tuan-tuan, suami yang dah kahwin lagi satu, eloklah beritahu isteri pertama. Sampai bila nak berdiam diri. Kalau berat sangat, belilah vcd Madu Tiga cetak rompak kat Kip Mart Tampoi, lepas tu pasang kat rumah. Jangan lupa ajak isteri pertama tengok sama.

Kalau Ada Hajat Nak Nikah Lagi

Kepada yang tak kawin dua,

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)

7 ulasan:

  1. salam tuan...
    bagus juga idea orang tu nak bagitau isteri pertama dia kan...
    tapi saya agak la kan, bukan isteri pertama dia tu tak faham-faham, cuma dia buat-buat tak faham kot. ye laha mana lah tau belum sampaikan maksud yang tersirat dalam cerita p ramlee tu, bini pertama dia dah melenting...kikiki...
    alamatnya makin terbantut la hasrat hati nak bagitau....bukan restu yang dapat, malahan mohon resqu pulak...huhu..
    so jaga-jaga lah para isteri sekalian, kot-kot lepas ni sang suami asyik berhajat nak pergi kip mart tampoi nak beli vcd cerita madu tiga P ramlee...kuang kuang kuang....

    BalasPadam
  2. HMMM...POLIGAMI...BOLEH DILIHAT SECARA POSITIF DAN NEGATIF...BG SAYA LA,KLU SUAMI SAYA NK KAHWIN SATU LG...TOLONG LA TERUS TERANG...TAK PAYAH NK SINDIR2 CAM TU...SAYA DAPAT LIHAT YG ORG SKRG NI, DAH KURANG FAHAM DAH BAHASA BADAN ATAU PON SINDIR NI...LEBIH BAIK CAKAP DIRECT JER...TERANG, JELAS DAN NYATA...SI ISTERI DAPAT ETRIMA ATAU TAK..TU PERKARA NO2...YANG PERTAMA SEKALI MESTI TERUS TERANG DULU...

    BalasPadam
  3. bukan restu yang dapat,

    DALAM ISLAM BUKAN MODIFIED (IBM), SUAMI TAK PERLU MINTA IZIN ISTERI UNTUK BERPOLIGAMI SEBAB SIAPA YANG BOS?

    BUKANKAH SYURGA ISTERI DI BAWAH TELAPAK KAKI SUAMI? SO JANGAN CUBA PUTAR BELITKAN FAKTA PULAK!

    BalasPadam
  4. memang syurga di bawah tapak kaki suami..tapi,si suami still harus memberitahu isterinya..insyaallah,kalau si suami ikhlas berterus terang..sang isteri mungkin akan lebih memahami dan bertimbang rasa daripada kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama..lagipun,bukankah perkahwinan itu harus dihebahkan..jadi kalau nak berahsia mengenai isteri muda,,takut nanti mengundang fitnah pada masyarakat yang memandang si suami dan isteri ke2nya..

    BalasPadam
  5. ALLAH MEMBENARKAN KAUM LELAKI BERISTERI LEBIH DARI SATU DAN SETIAP YANG DI IZINKAN ALLAH SUDAH TENTU JALAN KEBAIKAN.BERTERUS TERANG ADALAH JALAN TERBAIK, PERGI MAHKAMAH SYARIAH, BAWA ISTERI PERTAMA, SAKSI,BAKAL WALI, BAKAL ISTERI DAN MENGADAPLAH TUAN HAKIM...BIAR MAHKAMAH YANG MEMUTUSKAN SAMADA KITA LAYAK ATAU TIDAK..KALAU LAYAK TERUSKAN NIAT BAIK TU, KALAU TAK LAYAK BAIKI SEMULA KEKURANGAN YANG ADA. RASANYA ITU JALAN YANG TERBAIK.

    BalasPadam
  6. Mmg berkahwin tak di rahsiakan kepada ahli keluarga tapi cuma berrahsia dengan isteri pertama aje. ada tak cara yang baik untuk terus terang supaya dia boleh menerima hakikat.

    BalasPadam
  7. nak kawin dua tu bagus tapi jgn pilih yg lawa jer cari la janda anak 5 ker bru berkat hidup isteri pertama pon tak marah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.