Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 November 2009

Wanita Melayu Kahwin Bangla




"Jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan janji-janji manis lelaki asing bagi mengelakkan diri daripada diheret ke dalam gejala tidak sihat, demikian nasihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada wanita Malaysia.Katanya wanita Malaysia perlu berfikir panjang apabila dihampiri lelaki asing yang memberi pelbagai janji dan ganjaran sebagai umpan untuk memerangkap mereka".    TAWAU, 2 Nov (Bernama)

Pandangan saya :

Memang betul, lelaki dan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan hidup. Saya percaya nasihat menteri ini iklhas untuk menjaga kepentingan orang kita supaya tidak teraniaya. Tapi tidak semestinya berkahwin dengan rakyat asing seperti Bangladesh dan Indonesia tidak bahagia. Di Kluang saja ada 2 pasangan warga Bangladesh dan 1 warga Nepal yang boleh saya jadikan contoh dalam ulasan saya. Lelaki Bangladesh pertama di Taman Intan Kluang, bekerja sebagai pembantu kedai, berkahwin secara sah. Seorang lagi lelaki Bangladesh di Jalan Yap Tau Sah Kluang sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Lelaki Nepal, masuk Islam di Kluang sekarang bekerja sebagai buruh binaan juga bahagia.
 
Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dulu dalam tahun 1996, waktu saya mula kerja di JAIJ sebagai penguatkuasa, saya rasa marah bila jumpa wanita Melayu pilih Bangladesh. (Sekarang bila dah lama kerja, saya rasa nak kawin kawinlah, buat apa nak larang) Waktu itu rakyat Bangladesh lebih ramai berbanding sekarang, sehingga berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Bangla di sebuah taman di Johor Bahru yang ceritanya sangat popular.
 
Dalam satu kes yang saya tangkap di sebuah rumah di Taman Cempaka Johor Bahru, wanita melayu berstatus janda anak dua ditangkap dengan lelaki Bangla lebih kurang jam 12.00 malam. Mereka berjumpa dan berkenalan kerana bekerja di kilang yang sama. Selepas dihadapkan ke mahkamah, sekali lagi pasangan ini datang jumpa saya, menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dalam hati saya, tidak adakah Melayu yang wanita ini minati, kenapa sangkut pada Bangla ?
 
 Saya kata, di Bangladesh, belum tahu lelaki ini ada rumah atau tak, mungkin duduk bawah kolong saja. Wanita ini kata, dia tak akan duduk di Bangladesh, tetapi lelaki ini hendak mohon sebagai warganegara Malaysia. Kemudian banyak lagi saya katakan kepada wanita ini bertujuan supaya membatalkan hasrat daripada meneruskan niatnya. Bagaimanapun, dia tetap hendak kahwin, maka tak boleh halanglah. Lepas itu, saya tak jumpa lagi pasangan  ini,  saya percaya mereka dah berkahwin, cuma tak tahulah perkembangan mereka sekarang.
 
Apakah rahsia kehebatan Bangla ?
 
Kenapa orang kita minat Bangla yer.... Sudah tentu ada yang istimewa  pada Bangla, yang orang kita tak miliki. Apa dia keistimewaan Bangla ? ......Saya boleh beri  jawapannya, tapi sukar untuk ditulis di sini. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ sudah berdepan, menangkap, menyiasat, mendakwa dan berkawan dengan Bangla, sebab itu saya boleh jawab soalan apa keistimewaan Bangla itu. Rumah sewa saya di Johor Bahru pun dihuni  orang Bangla yang bekerja di Maidin JB, lagilah saya kenal Bangla. Sebab itu kalau saya masuk Maidin JB, pekerja dia panggil saya 'bos', naik segan pula dibuatnya. Segan kalau orang lain dengar, pernah ada perempuan jeling saya sinis, mungkin dia ingat saya ni 'tekong'  Bangla kot.   SEKIAN.

26 ulasan:

  1. mungkin ada yg terpikat sebab ada iras2 pelakon Hindustan kot... (^_^)

    BalasPadam
  2. dah jodoh nk wat cmne kn..

    BalasPadam
  3. banyak skit bulu, lelaki kita banyak yg licin

    BalasPadam
  4. barang baik kot...ada kawan saya kata,bangla ni satu hari sepuluh kali pun x pe...masih steady sebab dia orang banyak makan rempah..betul atau tidak.. tak tahu la plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak apa yang nampak sendiri itu hanya boleh cakap, janganlah... kalu tak nampak apavila, langan cakap macamtu 111

      Padam
  5. Kalau wanita melayu nak kwin nepal dan nepalnya masuk muslim mcm mana..?nepali ni mau ikut proses yg betul.agar x da masalah..

    BalasPadam
  6. mengikut pngalaman saya..lelaki bangla ni xpilih pmpuan cantik...die pilih pmpuan yg bleh terima die seadany....lag 1 dieorg ni setia skit berbnding org kita..ada awek pon ngaku sngle...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,lelaki malaysia ayat je lebih,nak mkn duit perempuan je,habis madu,sepah di buang

      Padam
  7. pemikiran orang m'sia terhadap perkahwinan wanita mlayu dengan lelaki luar...
    melayu kawin pakistan (muslim)--salah
    melayu kawin indonesia (muslim)--salah
    melayu kawin bangla (muslim)--salah
    tp
    melayu kawin orang inggeris (non-muslim) --diagung2kan...sedangkan orng inggeris 2 msuk islam hnya untuk berkahwin...lpas kwin xikut cara islam pon...kalau kawin buat wedding of the year...smbut bsar2an...sbb ape??
    sbb orng inggeris negara mreka maju...mreka kaya...x cm orang pakistan,indonesia n bangla...yg miskin kat sne..org m'sia xpndang pda agama lelaki 2 tp pada harta...sbb 2 org inggeris kwin mlayu xjd hal...org mlayu kwin 3 glongan td...smpai kne buang oleh keluarga...sedih btul>>> :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...saya sokong....betul tu....mentaliti orang Malaysia memang susah nk ubah...mereka selalu menganggap warga asing dr negara miskin tidak boleh menjamin masa depan anak mereka...walaupun si lelaki warga asing mempunyai peluang utk maju dlm hidup...mereka hya fikir kesenangan dunia..tp tidak fikir kesenangan akhirat utk anak2 mereka...

      Padam
  8. manyak sodddaaaapppp

    BalasPadam
  9. Sy bru 5 bulan kawen dgn Bangladesh OK je...dia Owg lagi OK klu nk di bndingkn dgn lelaki Malaysia enjoy...Pmpuan malas Keje jgn terasa Ade segelintir sje.sy harap hubungan sy smpai ke jannah

    BalasPadam
  10. makin ramai la banglasia yg ada kat negara kita nie...ne sume salah pmpuan melayu...ayat skit lentok..amoi cina,india xde lak sgt..

    BalasPadam
  11. Sy kawen dgn nepal,, bahagia jew,, nepal pn manusia bkn binatang ok,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. malah mereka lg bertanggungjawab.. nak harap lelaki m'sia, mind set diorg bini ni org sruhan je..

      Padam
  12. Laki bangla xbyak kawen mcm owg melayu..xkaki betina...isteri mereka kebayakn taat pada suami...agame mereka kuat....mereka xhdup berpoya2 xmendabik dada.....sy kwen dgn bgla..suami pertama sy owg mlysia mlayu mls keje hrp rupe je ade sy hdup dlm kdaifan.skrg sy kwen bgla hdup sy snang ade rumah sndiri kereta,compny...smua ckup.jodoh ptemuan at tangan allah spe kita untuk mghalang.....

    BalasPadam
  13. Saya merancang utk berkahwin dgn warga asing dari india. Tetapi terdapat halangan dr pihak keluarga. Antaranya status mualaf dan bukan warganegara. Banyak anasir negatif yg diterima dr mereka. Skrg sy dlm keadaan dilema. Mereka meletakkan terlalu banyak syarat-syarat utk sy berkahwin walaupun dgn sesama bangsa melayu. Tekanan demi tekanan yg sy perlu terima hingga sekarang :(

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...akak2 yg kahwin dgn Bangla tu boleh tak bg tau ape document2 yg perlu...akak2 kawin Kat Malaysia ke luar dari Malaysia....tolong balas...saya..dah 2 tahun bertunang..urusan pasport..x siap2 lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik awak kalau pempuan kahwin ngan sya jika awak sudi...

      Padam
  15. Assalamualaikum...saya pon sama dalam proses nak Kawin...Kursus Pra PerkhawiNan dah buat.cuma boarng kawin dan proses saja tak tahu...keluarga saya dah terima sebab dieorg yang knalkan pada saya..tapi dah 2 tahun bertunang..tahun nie insyaallah nak ikat dengan perkahwinan..tapi urusan belum buat lgi...Nak memohon kat Duta Bangladesh macm mna yer..sya kurang faham prosuder dia...terima kasih..

    BalasPadam
  16. Ape yg blaku dsekeliling kite klu kite prasan, byk blaku pnceraian apabile lelaki melayu kite merasekan kuase ditngan mereka... xmampu pun, sibuk nk kawin lg...x salah rase nye bkawin ngan owg asing ni jika jlnnya btul... owg spt ini lebih mghargai wanita klu nk dbandingkan ngan lelaki melayu kite... xsuke ambil duit dr prmpuan... lelaki kite lembik, wat keje berat skit da x bleh da... sbb tu wanita skrg lebih mbangun dr lelaki... lelaki kite byk mganggur.. sbb tu negara kite dipenuhi warga asing sbb lelaki kite malaz bkerja... rezeki Allah da tentukan... x payah la mghina wanita yg bkawin ngan owg asing... dy pun manusia yg diciptakan Allah.. dy pun x minta duit sape untk dy bahagia... ssh senang , dy yg tanggung sendiri... doa yg baik sudah la..

    BalasPadam
  17. Salam...sya nak tahu mcm mana cara2 bernikah secara sah dgan warga banglasdh..

    BalasPadam
  18. Pandangan sya..sya lebih suka perempuan melayu mengawini lelaki asing muslim..jngan la taksud sngt dngan darah bangsa ni..walhal nabi kita muhamad mengikat kita semua tali persaudaraan muslim..sedangkan nabi kita juga pnh mengawini perempuan berkuturunan yahudi..tidak semua yahudi jahat..yg jhat tu yahudi zionis..org yahudi yg brpegang teguh ajaran taurat pon menolak penjajahan israel ke atas palestin..bla org slalu tnya sya,sya akan mnjawab sya bangsa melayu muslim yg beragama islam..sya lbih rela org malaysia menerima org asing yg beragama islam dripada menerima laki2 tau gurl2 dti vietnam,myanmar apa semua tu..tngok la nsib org islam rohingya..sedangkan depa benci kaum tu tp bla depa mai negara kita,kita layan baik depa yg muka putih dn hensem lgi dri mat bangla,pa semua tu..pikirkan..moga prkhawinan brlainan bangsa dpt menambahkan bkal pejuang2 mahdi akhr zaman nnti sslkan diikat oleh tli persaudaraan islam..asalam..

    BalasPadam
  19. Saya ada berkawan dgn bangla...mentang2 la muka handsome..ramai perempuan suka,dan tergila gila padanya.....tambah lagi pndai pulak ckp melayu....awek dia bertukar ganti mxm tukar baju je..rasa mcm nak sekeh je kepala dia...sesuka hati mainkan perasaan org pmpuan...hidup umpama roda..hari ini kita diatas esok lusa dibawah pulak ..
    Saya bahagian tengok je lakonan dia

    BalasPadam

Dipersilakan komen.