Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Mac 2011

Bapa Mertua Tak Kisah Sangat Siapa Bakal Menantu


Pak haji seorang ni tak kisah sangat siapa bakal menantunya iaitu kalau dah pilihan anak, dia turutkan saja. Hairannya, hinggakan pekerjaan bakal menantu pun dia tak tanya.

"Anak perempuaan pak aji ni, bakal suaminya kerja apa ?" Tanya saya.

"Tak tahulah kerja apa". Kata pak aji tu.

"Yer ke tak tahu pak haji ? Takkan tak tahu ?" Tanya saya lagi macam tak percaya.

"Yer, memang tak tahu kerja apa. Yang anak kita dah berkenan, kita terima sajalah, itu kehendak dia" Kata pak aji tu lagi.

Pak haji ni anak perempuan ramai, ramai dari anaknya jadi cikgu. Anak lelaki dua orang, anak perempuan 6 orang. Katanya lagi, anak sulung perempuan dah nikah, lepas nikah baru dia tahu menantunya kerja pensyarah, sebelum nikah dia tak tanya sikit pun. Ini anak kedua nak nikah, anak dia cikgu, bakal menantu dia tak tahu kerja apa.

"Pakcik jumpa sekali saja masa hari raya dulu datang rumah, anak  jemput. Pakcik nampak orangnya baik dan bersetujulah buat menantu. Baru sebulan bertunang dan nak nikah dua bulan lagi". Kata pakcik ni lagi.

Ceritanya lagi, anak perempuan ketiga pun nak bertunang juga lepas anak kedua bernikah. Dia pun tak tahu lansung apa kerja bakal menantunya.

7 ulasan:

  1. Salam Ustaz,

    Pak aji leh tgk perwatakan org sekilas pandang je kot, sbb tu dia confidence..

    BalasPadam
  2. haihhhh..boleh pulak main sebattt je sape bakal menantu ek? ;)

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    BalasPadam
  3. ataupun dia yakin dengan didikan yang telah diberi pada anaknya. jadi mesti dia percaya anaknya pndai memilih..

    lagipula UBAT ORANG ANGAU BERCINTA hanyalah NIKAH. jadi kalau dihalang-halang dan disusah susahkan jadi banyak cerita pula.

    Ustaz tak tanya ke, kenapa pakcik tu tak tanya?

    BalasPadam
  4. Pakcik tu bertawakkal saja pada Allah..dia tahu anaknya hanya akan buat yang terbaik.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum w.b.t Tuan.

    Ehem-ehem. Anak ke-4 dia tentu belum berpunyakan. Orang kampung kawan ni sedang mencari pasangan hidup.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  6. Pak Haji tu suka bersangka baik sesama insan. Tak salah pun. Benda-benda elok macam nikah ni elok dipermudahkan. Orang kita ni jenis suka menyusahkan perkara yang mudah. Nikah patut buat yang rukun pun dah boleh, tak mau. Nak jugak buat majlis besar-besaran sampai habis ribu-ribu.

    Bila perkara nikah ni jadi perkara sukar, lagi ramai la anak muda berzina. Seronok la orang-orang jabatan agama buat kerja skodeng.

    BalasPadam
  7. jodoh tu Allah dah tentukan tak kira pangkat, keje, pendidikan...kekadang kita bercouple dengan lelaki yang sempurna hidup berpangkat, berharta n berpendidikan tapi andai kata bukan jodoh kita, maka bukanlah..dan kalau tuhan letak jodoh kita dengan driver.. maka itulah jodoh kita...Dan kita kena yakin Allah dah sediakan dah rezeki kita banyak mana.. nak senang atau nak susah..bahagia dan sengsara bukan bergantung kepada keje dan pangkat sang suami.. cuma kita sebagai isteri kena pandai merancang dan bersedia untuk hadapi hidup dengan siapa pun Allah letak sebagai suami kita

    BalasPadam

Dipersilakan komen.