Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Oktober 2010

Isteri Jadi Singa, Ada Untung Ker ?

Seorang isteri 30-an, punyai 2 anak yang masih kecil, hadapi masalah yang kusut juga. Sekarang ini, ada masalah antaranya dengan suami sejak 5-6 bulan ini. Akibatnya, suami selalu keluar rumah, kekadang tak balik rumah lansung. Saya dengar cerita atas cerita, saya tak berdepan pun dengan orang ni.

Sebelum ini, rumahtangga yang terbina lebih 5 tahun itu bahagia. Perempuan ada kerja yang baik, gaji ijazah, suami pun ijazah juga. Cuma akhir-akhir ini, suaminya dikatakan ada wanita lain yang menjadi punca berkocaknya rumahtangga itu. Satu hari tu, adik kepada perempuan terserempak dengan suaminya begitu mesra dengan seorang gadis cantik lagi gedik di sebuah kedai makan. Maka diberitahu kepada isteri, hingga isteri yang baik sudah jadi singa jadian.

Perang Dingin

Suami balik saja ke rumah, peperangan pun berlaku. Penjelasan dan penafian sudah tidak didengari lagi kerana isteri terlalu percayakan pada adiknya. Katanya, adiknya tak pernah berbohong. Suami tetap menafikan dan bermulalah gelora dalam rumahtangga mereka. Isteri seterusnya menyimpan spy menjejaki suaminya yang hensem itu. Maka dapatlah satu cerita lagi yang suaminya memang selalu jumpa gadis ini di luar. Isteri pula membuat andaian yang suaminya nak kawin dengan gadis itu tetapi hanya andaian saja.

Biasalah Lelaki

Betul atau tidak suami ada wanita lain di luar, itu saya tak nafikan. Mungkin betul atau mungkin tuduhan saja. Biasalah lelaki kan suka tengok gadis cantik di luar. Walaupun isterinya kata dia pun cantik, sebenarnya pada pandangan mata lelaki, gadis yang diluar itu lebih cantik.

Kalau kata ajak keluar makan, itu biasalah pada lelaki. Kalau lelaki ajak anak dara keluar, anak dara pun nak, biasalah tu. Keluar pun senyap-senyaplah, buat apa berlaku jujur pada isteri. Kalau jujur dan nak beritahu isteri, kan nanti jadi perang gerila. Maka setakat pergi makan ditemani gadis ayu, lelaki mana yang berjaya tepis, itu peluang baik.

Isteri Jangan Jadi Singa

Sekarang suami selalu keluar rumah, isteri pula datang mengadu. Pertama, ini menunjukkan isteri masih sayangkan suaminya. Betul ? Kalau tak sayang, dia tak mengadu kan ?

Melampau sangat saya kata isteri jadi 'singa'. Perkataan ini dari tak jadi singa pun boleh jadi singa. Bukan apa, saja nak bakar sikit perasaan isteri-isteri, biar isteri menyinga sikit. Tapi untung ke jadi singa ?

Okey, kalau dia sayangkan suami dia, kenapa jadi singa dan melenting tak tentu pasal. Sekarang suami selalu keluar dan kekadang tak balik. Dia rasa suaminya duduk rumah gadis cun melecun tu. Yer ke ? Jangan buat tuduhan tak berasas. Kalau betul, sila buktikan. Sekadar andaian, lebih baik tak payah.

Suami Kepanasan di rumah

Jawapan yang saya berikan adalah suami tak selesa duduk rumah. Masuk saja rumah, isteri membebel dan ungkit semua kesalahan suami. Kalau dah tak tahan bebel, suami pun jawab juga. Bila dijawab, bukan boleh berhenti, habis semuanya keluar dari mulut si isteri macam bertih jagung. Mampukan suami duduk rumah ? Issssh, mana boleh tahan beb. Jadi kalau ada tempat tidur lain, rumah kawan ke, pejabat ke, lebih tenang tidur di situ. Duduk rumah dengan isteri dah tak tenang.

Betul Suami ada salah, tapi.....

Betul suami ada salah, manusia mana yang tak ada salah. Tapi sebagai isteri, takkanlah tak boleh maafkan suami. Suami nakal-nakal sikit kat luar itu perkara biasa. Suami tu kan manusia, bukan mesin. Nak tuduh dia buat benda berat-berat, tak boleh juga, tak ada bukti. Kenapa tak maafkan suami ? Hari raya pandai minta maaf yer.. 

"Tak, ini melibatkan hati, sekali hati perempuan dah terluka, takkan maafkan suami lagi"
Perkataan ini selalu keluar dari mulut isteri. Suami pulak kalau dengar perkataan ini, suami pasti kata yang isterinya tak boleh memaafkannya.

Sebenarnya ini melibatkan perasaan dan tolak ansur dalam rumahtangga. Kalau isteri tetap taknak maafkan, sampai bila benda ini nak selesai. Jadilah isteri yang pemaaf. Tak boleh ke lupakan saja cerita tu, cerita suami keluar dengan perempuan tu ler.

Suami tak mahu berubah, kenapa isteri perlu berubah ?

Bila nasihatkan isteri suruh berubah, susah sangat isteri nak terima. Lawan cakap Kadi tu dah perkara biasa. Sampai Kadi pulak dituduh bersubahat dengan suaminya. Mintak maaflah nak subahat-subahat ni, banyak lagi kerja lain. Suami dia tu bukanlah orang hebat sangat, nak subahat dengan dia pulak.

Isteri beri syarat, macam perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824 pulak. Syarat dia, dia boleh berubah kalau suami dia berubah dulu. Cakap isteri ni memang mudah tapi boleh ke nak laksana. Nak beri syarat tu pada lelaki bukan senang, biasalah lelaki. Jadi nak tunggu sampai bila isteri nak berubah, nak tunggu juga ke sampai suami berubah. Kalau suami taknak berubah ?

Isteri Berubahlah

Jalan terbaik, isteri berubah dulu.......... Mana boleh! Tidak! Tidak!

"Suami yang salah dialah kena berubah. Dia kena minta maaf dengan saya".
Biasa kita dengar perkataan ini keluar dari mulut isteri. Maknanya isteri taknak mengalah.

Kalau dah nama lelaki, bukan senang nak mengaku kesilapan dan minta maaf. Kenalah kenal, itulah lelaki. Ingat, suami anda lelaki bukan maknyah. Lelaki susah nak minta maaf. Mengalah dengan suami apalah yang rasa ruginya. Kat tempat kerja tu pandai mengalah dengan bos, kan ? Kalau bos cakap, walaupun dia tak setuju tapi ikut juga, kan ? Itu bos tempat kerja. Ini suami, dulu sebelum kawin janji nak taat pada suami. Nampaknya janji tinggal janji saja, mungkin tertinggal kat pelamin masa kawin dulu atau tertinggal kat tukang andam maknyah yang tukang mekap dia dulu.

Jadi, isterilah yang kena berubah dulu. Mudah-mudahan kalau dia berubah, suaminya akan dapat ketenangan. Lama kelamaan suami akan berubah juga, saya amat pasti.


Tak Nak Dengar Nasihat Sudahlah

Tak ada orang lain yang boleh merubah sesebuah rumahtangga kecuali suami dan isteri itu sendiri. Kadi, ustaz dan lain-lain semua tak boleh ubah, cuma boleh beri nasihat, itu pun kalau boleh dengar nasihat.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)


4 ulasan:

  1. Salam..

    Ustaz, saya pernah terjumpa satu kes yang unik.
    Pasangan ini telah berkahwin hampir 6 tahun, mempunyai 3 orang anak, yang paling kecil baru umur 2 bulan.

    Isteri tidak bekerja. Dunianya hanya di rumah dengan anak-anak. Suami bekerja swasta, tetapi ada bisnes sampingan, jadi pendapatan agak masyuk juga laa..

    Suami kerap balik lewat malam - alasan kerja lebih masa. Sabtu Ahad selalu tak lekat kat rumah, sebab bisnes dia memerlukan dia ke merata tempat pada hari hujung minggu. apa yang bagus, suami tetap pulang ke rumah setiap malam, walaupun lewat.

    Si Isteri jarang mempertikaikan kegiatan suami. balik lewat malam pun, masih dilayan makan minum dan kehendak nya dengan baik. tiada bebelan, apatah lagi singa jadian.

    Lama kelamaan, angin gossip mula bertiup sepoi sepoi bahasa mengatakan bahawa suami mula menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang lebih muda.

    apa yang pelik, isteri langsung tak melenting, sebab baginya, dia tak nampak perkara tersebut, dan suami pula tidak pernah mengabaikan dirinya dan anak2.makan pakai nafkah sentiasa cukup. tidak pernah berkasar dengan isteri / anak2.cakap pun penuh kasih sayang. cuma kurang masa diluangkan ajer.

    walaupun puas dinasihatkan supaya berbincang tentang gosip tersebut dengan suami, tapi si isteri masih enggan berbuat demikian, kerana takut ditinggalkan suami.

    Malangnya, sang suami semakin bermaharaja lela di luar rumah. sudah banyak mata yang nampak. setakat makan bersama itu tidak mengapa, tetapi sehingga sampai ke tahap berpegangan tangan, macamana?

    simpati kami kepada si isteri kerana menjadi hamba cinta. tidak mahu menyakiti hati suami, walaupun jauh di sudut hati, dia terluka dengan perbuatan suami.

    macamana nak sedarkan hak2 seorang isteri yang berfikiran macam ini?

    BalasPadam
  2. Berat Tuan Kadi hendak menjawabnya. Silakan Tuan, saya pun nak tahu juga macam mana penyelesaiannya itu.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  3. Salam Tuan,

    Just my 2 cents: Kalau diterbalikkan cerita ni (suami ke isteri)...jika s isteri yang buat camtu, tak ke tanpa usul periksa isteri tu kena sembelih dulu?

    Note: tempat seorang isteri adalah di sisi seorang suami, bukan di bawah untuk dipijak atau di atas untuk dijunjung, lidah tak bertulang, manusia sanggup bersumpah walau sambil menjunjung Quran..isteri takkan berleter kalau segala keperluan zahir&batin dicukupkan, sama lah jugak lelaki takkan cari lain kalau keperluan zahir&batin dicukupkan..
    *peace*

    BalasPadam
  4. sy banyak jumpa isteri2 skrg yg dpt suami baik tapi isteri tak bersyukur... selalu berleter & langsung tak membantu masalah kewangan si suami... dah tau suami tak mampu demand yg bukan2 tapi tak nak bantu sedikit pun... isteri bekerja tapi duitnya hanya utk dirinya sendiri saja...

    suami berhutanglah dgn kawan2 pejabat, boss tempat keja, hutang koperasi, mcm2 lagi... nasib baik tak hutang dgn along...

    kalu tak membantu tapi mulut manis & lemah lembut cakap dgn penuh kasih syg tak pe la juga... ni setiap masa berleter... sebijik macam MAMI JARUM tu... maklum ppuan Penang...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.