Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Disember 2009

Nak Kawin Lagi Satu, Tapi Kena Tipu



Petang semalam, saya dikejutkan dengan berita kononnya saya akan menikahkan satu pasangan di Masjid Jamek Kluang. Pasangan itu rupanya sudah tunggu di masjid sejak jam 3.00 petang lagi untuk menunggu kedatangan 'kadi'. Tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bulan tak muncul-muncul (macam cerita P Ramlee Bujang Lapok). Rupanya memang tak ada imam nak nikahkan dan tak ada borang permohonan pun untuk dia kahwin.

Dia dah kena tipu dengan wang sebanyak RM 3,700 yang sudah dibayar kepada orang tengah. Orang tengah itu berjumpa dan berkenalan dengannya di Seremban.  Lelaki itu dari Kuala Lumpur umur 40-an sudah mempunyai isteri dan tak tanya pula berapa orang anak dia. Wanita dari Muar berumur 30-an masih anak dara. Mereka siap dengan pakaian pengantin dengan diiring oleh wali dan keluarga pihak perempuan bersama 2 biji kereta. Dia kena tipu dengan orang tengah kononnya boleh nikah di Kluang, duit dah bayar. Rupanya orang tu tak muncul. Mudahnya dia kena tipu.

Bila dah tahu kena tipu, saya minta lelaki itu buat laporan polis, tetapi dia tak mahu. Saya faham le lelaki macam ini, takut nak buat report, takut isteri kat Kuala Lumpur tahu. Tujuan asal nak nikah senyap-senyap, kena tipu rupanya. Lagi takut kalau masuk akhbar, disensasikan berita tu, sampai isteri kat rumah mengamuk.

4 ulasan:

  1. Kalu dah tersurat jodoh suami ada dengan wanita ke 2, or ke 3, kenapa nak mengamuk?

    Relakan jer.. Poligami jika tak betul cara diikut, bukan isteri saja teraniaya, kesan buruk pun pada suami juga..

    elok elok bleh tido lena, tak pasal-pasal tak tido malam.. Lama-lama jadi pembohong tiap hari...
    parah...

    BalasPadam
  2. Ini ujian kepada lelaki... Orang lain kalau dapat peluang macam ni pun, belum tentu boleh tolak. Kawin isteri muda maaaaa, anak dara lagi tu.....Broker pulak tu beri janji dan jaminan macam-macam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.