Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Disember 2009

Kes Khalwat Rakyat Malaysia di Arab Saudi


Rakyat Malaysia yang berada di negara asing sepatutnya menjaga akhlak dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah dan maksiat. Kisah khalwat warganegara kita yang saya paparkan dalam artikel saya sebelum ini menjadi perhatian ramai. Alhamdulillah, kes tersebut akhirnya selesai. Kepada individu yang terlibat dan juga orang lain, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jagalah nama baik  negara kita waktu berada di luar negara.

Sila rujuk akhbar Berita Harian Hari ini:
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi. Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

4 ulasan:

  1. YA ALLAH muga mereka diberi petunjuk.sepupu saya jua jururawat di sana berkahwin dgn jurutera Perancis menetap di JeddH. Muga jadi iktibar.

    BalasPadam
  2. itu pengampunan dari Kerajaan Arab Saudi, bagaimana dgn pengampunan dari Allah.

    BalasPadam
  3. Appa raa... Tak takut langsung hukuman Allah. Harap jd pengajaran kepada rakyat Malaysia Muslim yg lain.

    BalasPadam
  4. KASIHAN... TU LAH MAK BAPAK PUN TAK AJAR AGAKNYA ANAKNYA MASA KECIL DULU JIKA NAK ROMEN TUH, P LAH AMBIK LESEN DULU WALAUPUN DI LUAR NEGARA! AWAT, NIKAH OVERSEA TAK LAKUKAH SEBAB ISLAM MEREKA LAIN DARIPADA KITA?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.