11 Mac 2010
Warga Emas 72 tahun Kaki Judi
Di Mahkamah Rendah Syariah Kluang pagi tadi, 10 lelaki didakwa atas kesalahan judi nombor ekor. Di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, membeli atau berada dalam rumah judi adalah satu kesalah yang boleh dihukum denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Yang menjadi tumpuan, kes lelaki umur 72 tahun, pesara kerajaan, mempunyai 5 anak dan ramai cucu, mengaku salah membeli tiket judi 5 keping, seringgit setiap satu. Pendakwaan dilakukan pendakwa Syarie Hafizul Hakim bin Ibakarim di hadapan hakim Mohd Zahri bin Salikin. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 2,000 kepada warga emas ini. Sebelum menjatuhkan hukuman, Yang Arif menasihati beliau supaya insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam tuan,
BalasPadamSaya ada kesah berkenaan dengan kaki judi. Berlaku dalam masyarakat di tempat kelahiran eelobor. Akhirnya dia mati dalam keadaan yang cukup amat menyedihkan sekali. Setelah melihat sendiri dengan kepala mata sendiri (telah lebih 15 tahun), sehingga kini ia menjadi satu pengajaran yang berguna untuk pegangan eelobor.