16 Mac 2010
RUMAH LELONG: TERUS BERHATI-HATI (Episod 5)
Lelong Kondo Bukit Alif tinggal beberapa hari lagi. Namun saya masih memikirkan, wajarkan saya beli rumah itu. Ini bukan sebarangan beli, bukan semudah beli telefon bimbit. Kalau telefon bimbit yang harga bawah 1,000 kalau rasa tak sedap pakai, letak saja kat rumah atau jadikan telefon kedua. Ini rumah, kalau silap beli, merana seumur hidup tau.
Jangan Gopoh
Ramai yang beli rumah pada usia muda, seawal berkhidmat dengan kerajaan dan swasta pada usia 25 tahun. Pada saya, umur 25-30 itu adalah proses mematangkan diri, tambah lagi dalam perancangan kewangan. Yer,beli rumah ini masuk dalam bab perancangan kewangan, bukan sebarangan beli. Kenapa baru kerja dah nak beli rumah ? Ini selalu orang cakap,
"baru-baru kerja ni elok beli rumah". Pada saya pendapat ini lebih banyak tak betul dari betul. Ini lebih pada ayat jurujual rumah untuk lakukan yang dijualnya. Katanya, beli pada usia muda untung dan boleh ikat pinjaman lebih panjang. Betul, itu memang betul tapi umur seawal 25 tahun masih belum matang nak pilih rumah. Sudah saya nyatakan dalam episod 1-4 yang terdahulu dalam bab pemilihan beli rumah.
Hati-hati beli rumah baru.
Ada kawan saya beli rumah di Larkin, sebelah stadium larkin tahun 1997. Sampai sekarang rumahnya tak siap-siap. Tak jauh dengan masjid larkin pun begitu, rumahnya tak siap sampai sekarang. Jadi pembeli tetap kena bayar duit bank atau pinjaman kerajaan. Di Kluang rupanya ratusan orang terutama kakitangan kerajaan terpaksa membayar dalam lingkungan 600-800 sebulan sedangkan rumahnya tak siap sejak lebih 10 tahun dulu di Jalan Mengkibul. Kasihan. Maka gaji orang ini sudah kurang, kena sewa atau beli rumah lain pula.
Buat pinjaman paling panjang
Penting kalau beli rumah, sebaiknya buat pinjaman paling panjang. Kalau boleh 35 tahun, 30 atau 25. Mungkin itu sebabnya sesuai beli rumah pada usia muda. Jangan ikat pendik untuk habiskan cepat pinjaman kita contohnya 10 tahun. Ikat panjang supaya bayaran bulanan kita rendah, kalau ikat pendik nanti mahal. Biarkan dia panjang sebab rumah kita ini kita bayar setiap bulan dengan hasil gaji kita dan sewaan kita, jadi memadailah dengan harga murah. Kalau mahal nanti, tentu membebankan gaji kita atau sewa bulanan tak boleh tampung.
Jangan Beli Rumah Tunai
Elakkan beli rumah secara tunai walaupun kita mampu. Kalau beli tunai, duit kita habis. Contohnya kita ada duit tunai 100,000 jangan beli sebiji rumah saja yang harga 100,000. Sebaiknya beli 10 biji rumah yang harganya 100,000 dengan keluar duit 10,000 setiap rumah, selebihnya buat pinjaman.
Mana lebih Untung, ada duit atau ada rumah ?
Jawapannya ada duit lebih untung. Maksudnya, lebih baik kita ada duit di tangan daripada kita ada rumah. Duit boleh beli apa saja yang kita nak, tapi rumah tak boleh buat apa. Kita hanya dapat apa hanya selepas kita jual rumah itu. Jadi janganlah kita bangga kononnya kita ada rumah mahal. Sedarkah kita, rumah adalah rumah, kalau harganya mahal sekalipun, dia bukan duit. Rumah itu hanya akan bertukar jadi duit kalau kita jual. Tapi ramai orang, jual rumah pun tidak tapi bangga dengan rumah mahalnya. Sedangkan orang ini tak berapa banyak duit di tangan sebab bayar tinggi pada bank.
Kenapa Beli rumah ?
Jadi kenapa ada orang suka beli rumah sedangkan dia tak ada duit ? Sebab cakap-cakap orang yang merisaukan kita. Sebenarnya, hidup ini biarlah orang nak cakap apa tapi kita sendiri yang merancang kewangan kita. Saya tak ada rumah sejak mula kerja, cuma tahun 2008 saya baru nak beli rumah, sedangkan saya mula kerja kerajaan 1995. Itupun saya beli rumah lelong, adakah saya silap ? Ok, kalau saya beli rumah dulu tahun 1995, saya dibebani hutang dalam 600 sebulan. Jumlah 600 itu cukup tinggi sedangkan gaji saya belum cukup tinggi lagi waktu awal bekerja, tak seperti sekarang. Itu belum kira duit untuk kereta dan perbelanjaan lain pula. Jadi, kalau saya beli rumah di awal bekerja, saya cuma bangga sebab ada rumah tapi saya tiap bulan tiada duit di tangan.
Lebih baik tak ada rumah Lansung
Sebenarnya, adalah baik juga kalau kita lansung tak ada rumah. Sekarang kita duduklah rumah sewa atau kuarters kerajaan. Senang kita cari rumah kat tempat kita kerja. Nanti kalau kena pindah, kan susah nak cari penyewa, belum tentu boleh sewa lebih tinggi dari bayar bulanan kita. Lebih susah lagi kalau kita taknak sewakan rumah kita sebab sayang. Maka kita lebih sanggup biarkan rumah tu kosong saja, ini sangat rugi.
Lebih baik dia dapat gaji penuh setiap bulan, tak pening kepala pikir masalah hutang rumah. Mesti orang tanya, takkanlah tak ada rumah lansung, nanti dah pencen tak ada rumah, macammana ? Pada saya biar kita tak ada rumah pun. Masa pencen tu kan ada duit banyak, pada yang tak pencen, ada KWSP. Waktu itu belilah rumah idaman kita. Tidakkah harga naik waktu itu ? Pada saya, rumah ini ada had kenaikannya. Harga rumah tak akan naik macam harga makanan. Kalau harga makanan, tak turun tapi sama ada kekal atau naik saja. Tapi rumah tak begitu. Tengok dulu tahun 1996 harga rumah di JB dalam 160,000 sekarang selepas 14 tahun pun begitu juga. Malah ada juga rumah yang turun sebab ada banyak rumah.
Adakah rumah sekarang adalah rumah idaman masa kita pencen nanti ?
Jawapannya sudah tentu tidak. Waktu saya pencen nanti, akan wujud banyak lagi rumah idaman. Contohnya, rumah idaman sekarang adalah rumah teres jenis yang ada sekarang. Pencen nanti macam-macam model rumah baru dan lokasi baru yang muncul. Jadi rilek lah, tak payah beli rumah sekarang.
Hubungi Bank
Saya teruskan untuk beli rumah di Bukit Alif. Sebelum itu saya temui seorang pegawai bank, Susan (bukan nama sebenar) di Johor Bahru, dia umur 50-an. Susan saya kenal di tempat lelongan waktu beli rumah pertama dulu. Dia nampaknya peramah dan suka membantu. Dia kirakan bayaran yang perlu saya bayar kalau nak beli dengan harga 79,000. Nampaknya bayarannya rendah. Saya pegi ke bank yang kedua. Bila saya ke kaunter bahagian pinjaman, seorang wanita Melayu lewat 20-an melayan saya. Tapi saya nampak dia ada sedikit gugup dan tak berapa berpengalaman layan pelanggan. Bila saya tanya beberapa soalan mengenai kadar bayaran, dia tak berapa boleh jawab, dia kata dia nak tanya pegawai dia dulu. Kejap-kejap dia masuk bilik jumpa pegawai dia, susahlah macam ni. Saya pun balik, susahlah kalau bank macam ni.
Jadi saya cadang nak ambil pinjaman dengan Susan kalau saya menang lelong nanti. Cuma saya tak beritahu dia rumah mana saya nak ambil. (bahaya kalau beritahu rahsia ni pada orang lain, termasuk orang bank).
BERSAMBUNG KE EPISOD 6
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Beli rumah lelong banyak risiko nya. perkara yg perlu dipertimbangkan -- penting -- hutang-hutang tertunggak oleh pembeli terdahulu. sesetengah bank akan tanggung hutang sehingga ke tarikh lelongan, sesetengah nya ditanggung pembeli baru. Dan jangan lupa buat carian rasmi atas hartanah yang nak dibeli tu...
BalasPadamOk, Siti Murni. Saya cerita bab ni dalam episod ke 6 nanti
BalasPadamepisod ke 6 bulan sampai lagi ke?
BalasPadamdah menang rumah tu ?
tuanbri.com
Salam..
BalasPadamUstaz, terima kasih atas entry ni. Akhirnya ada jugak yan sependapat dengan saya tentang kegopohan membeli rumah. Saya baru bekerja tapi dah ada tekanan beli rumah walaupun saya tak sedia lagi. terima kasih.
(saya orang baru di blog ustaz.)
Bismillah,
BalasPadamustaz beli rumah guna bank loan ke...kenapa tak guna loan kerajaan ya.
Elok guna loan bank kerana kadang-kadang loan kerajaan lambat. Kalau tak bayar kepada pihak yang melelong dalam tempoh yang ditetapkan, pembelian rumah kita akan dibatalkan dan deposit tidak dipulangkan semula.
BalasPadam