Bagaimanapun esoknya Harun menelefon Zihan untuk bertemu di bandar. Kemudian mereka berdua sempat tidur di hotel budget di bandar. Mereka berbincang untuk berhenti kerja lamanya dan mencari kerja baru ke Johor Bahru untuk membina kehidupan baru di JB.
Pindah ke Johor Bahru
Petang itu juga mereka terus ke Johor Bahru menaiki motosikal dan berjumpa dengan seorang kawan satu sekolah yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau. Diceritakan semuanya mengenai perkahwinan dan hantaran 10,000 pada kawan baiknya, Zaid. Kawannya bersimpati dengan nasibnya dan boleh tolong dapatkan kerja mereka berdua di kilang itu dengan gaji 800 sebulan, belum masuk kerja lebih masa. Maka kalau berdua bekerja kira lumayan juga.
Mereka berdua dapat menyewa sebuah rumah tidak jauh dengan tempat kerja dengan sewa 300 sebulan hasil pertolongan kawannya tadi. Mereka boleh terus bekerja keesokan harinya tapi minta tangguh selama 3 hari untuk urusan perpindahan. Pulang ke kampung, perempuan serba salah untuk memberitahu ibu bapanya untuk berpindah ke JB.
Nak beritahu bapanya lagilah takut, akhirnya dia beritahu ibunya saja. Ibunya tak melarang dan merahsiakan kepada bapanya. Esoknya, Zihan keluar rumah dengan sebuah beg pakaian saja. Suaminya yang jemput naik motosikal waktu bapanya sibuk dengan dam hajinya. Mereka terus bertolak ke JB, sekitar 100 km juga. Maka tinggallah di rumah baru dan membina hidup baru sebagai suami isteri.
Kisah dan masalah hidup mereka belum berakhir. Ada banyak perkara lagi yang belum selesai, tapi mereka seolah-olah tidak mahu fikir. Kerana yang penting pada mereka, mereka dah kahwin dan sekarang sedang sibuk berbulan madu. Harun dan Zihan tukar simkad untuk mengelakkan sesiapa menelefon terutama bapanya.
BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-perkahwinan-tanpa.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.