Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Mac 2010

LINTAH BUNUH MANUSIA

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatak an ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.
Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman. Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.
..............

Sebelum ini, pada 15 September 2009, saya tulis satu artikel TajuK LINTAH MEMBUNUH sila baca http://kadikluang.blogspot.com/2009/09/lintah-boleh-membunuh.html

Ini kisah orang mati selepas 'bekam lintah'. Ingat, bekam bukan boleh sebarang bekam, boleh membawa maut.

1 ulasan:

  1. Pernah suatu ketika dulu ketika zaman kanak-kanak, lintah termasuk dalam mulut semasa berenang dalam parit (masa tuh air parit boleh buat mandi). Masa tu kawan-kawan semua larikan diri. Terkial-kial masukkan tanah merah dalam mulu untuk supaya lintah melepaskan gigitannya supaya senang dikeluarkan.

    Alhamdulillah selamat.

    Lintah sejenis hidupan yang boleh kekal hidup di dalam usus dan lebih merbahaya berbanding cacing.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.