11 Mac 2010
Sungai Utama di Kluang Kering Terus
Sungai Sembrong kering terus, tiada ada mengalir lagi. Kalau dari Kluang hendak ke Mersing perlu melalui jalan ini. Gambar ini diambil di dalam kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh semalam, Rabu. Menurut masyarakat di sini, sungai ini tidak pernah kering. Dulu masa banjir besar tahun 2006 dan 2007, ada rumah di tepi sungai dihanyutkan air dan jambatan tidak boleh dilalui. Ini mengakibatkan jambatan runtuh dan belum siap sepenuhnya sehingga sekarang.
Sungai ini merupakan sumber air mentah ke rumah-rumah, menyebabkan catuan air dikenakan di Kluang sejak beberapa minggu ini. Dua hari ada air, sehari tiada. Kedai yang menjual tong dan bekas air besar juga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menurunkan rahmat hujan ini. Sudah dua hari ada sedikit hujan turun dengan lebat tapi tak lama. Tadi sewaktu saya ke penjara Kg Gajah Kluang, sungai ini masih surut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semoga kita semua tabah menghadapi salah satu ujian yang di turunkan ini
BalasPadamsemoga hujan turun di empangan2 yg makin kekurangan air nie...
BalasPadamsaya salah seorang penduduk batu pahat juga mengalami kejadian yang sama..semoga perkara ini tak berlarutan untuk jangkamasa yang lama...InsyaAllah...
minta kadi Ust khalil buat arahan semua masjid2 buat solat mohon hujan khususnya selepas solat jumaat ni...
BalasPadamPuasa sunat esok dan malamnya solat minta hujan
Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini
KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.
Salam. Saya sependapat dgn saudara Hamdan. Sama2lah kita sujud dan menadah tangan memohon hujan kepada Tuhan pemilik bumi dan segala isinya ini. Nabi pun pernah buat dulu, maka kita sepatutnya lebih lagi..
BalasPadamSolat Istisqa adalah ikhtiar yg insyaAllah berkesan...
Abu Umar