Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Mac 2010

Penceramah Terlondeh

Ini cerita kisah benar. Beberapa tahun lepas, seorang penceramah yang hebat dalam mengupas sesuatu tajuk, berceramah  dalam suatu majlis rasmi. Majlis tu dihadiri oleh orang besar-besar juga dan ramai orang yang hadir.

Ceramah tu berjaya memukau pendengar hingga tiada seorang pun yang berganjak. Bagaimanapun, selepas berucap kira-kira 20 minit saja, penceramah berhenti. Orang yang hadir seakan tidak berpuashati kerana penceramah itu diundang dari luar, masa pun banyak lagi, sepatutnya sejam lebih. Tapi kenapa dia berhenti ?

Saya amat tertanya-tanya, kenapa penceramah tu berbuat demikian. Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia berhenti cepat.... . Saya tanya kepada orang yang ditugaskan mengiringi penceramah itu. Tapi dia tak jawab, cuma dia senyum menahan ketawa. Saya terus tertanya-tanya.

Rupa-rupanya, seluar penceramah itu melurut dan hendak tercabut sewaktu berdiri memberi ceramah tadi. Sebab itu dia hentikan ceramah. Rupanya dia lupa nak kancing seluarnya bila ke tandas sebelum memulakan ceramah tadi. Dia pakai baju Melayu.  Saya nak tergelak juga, tapi macam tak elok pulak kalau saya gelakkan.

Lepas tu ada orang tanya saya, bukan seorang yang tanya, malah ramai juga. Saya tak kata apa-apa,

"tak tahulah yer, kena tanya orang iring dialah". Bukan taknak jawab, cuma taknak cerita aib orang.

1 ulasan:

  1. Nasib baik penceramah tu perasan seluar dia nak londeh kalau dia tak perasan alamat audiens pakat gelak wpun peceramah dok cite pasal mati mcm2 saya penah kena tpi samping nk terlondeh( Subuhku BP)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.