Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Mac 2010

Hantaran 10,000 : Gelora Cinta Syahdu (Episod 6)


Pak Imam rilek saja dan meneruskan bicara. Cuma suara dia saja yang ada sedikit tersekat-sekat, tidak selancar tadi.

“Baiklah, kita nak mulakan majlis akad nikah. Baki hantaran tu boleh dibayar beransur-ansur selepas nikah“. Kata imam itu.

Harun menyambutnya dengan gembira, tersenyum dan memandang ke arah tunangnya yang dari tadi mengintai di celah lansir pintu bilik. Bila dipandang ke arah bapanya, bapanya mengangguk, tanda setuju. Abang Harun juga tak kata apa-apa walaupun masih mengekalkan muka garangnya dari tadi. Lelaki pun melangkah ke depan mengadap pak imam. Di situ dari tadi sudah tersedia satu karpet sejadah baru yang memang dibeli khas untuk majlis akad nikah sebelum ini.

Pernikahan Bermula
Pak imam terus salam dengan lelaki. Suasana dalam rumah itu kembali sepi macam suasana dalam mahkamah.

“Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan..... dengan maskahwinnya 22.50 tunaiiiii“. Kata pak imam sambil salam tadi.

Harun terdiam, seolah-olah terpaku dan tak menyangka dia akan bernikah. Dia seakan tidak percaya pak imam terus menikahkannya. Dia kemudiannya melepaskan tangan tadi dan tangannya tadi mengelap peluh di dahi dengan tuala.

Debaran di dadanya semakin bertambah kencang. Tanpa disangka-sangka, air mata Harun mengalir deras. Dia tak boleh menahan kesedihan ditambah pula dengan perasaan bersalah tapi dia tak dapat nyatakan apa kesalahannya. Di dalam hatinya, dia mula rasa dia bukan orang berada atau orang kaya, maka nasibnya sebegitu. Kalau dia bekerja dan bergaji besar, 10,000 pasti tidak jadi kesukaran.

Air Mata Keinsafan

Fikirannya dengan pantas  mengimbas kembali masa alam persekolahan, dia selalu malas belajar, malah suka lawan cikgu dan ponteng. Bila periksa, dia dapat nombor hampir tercorot. Kawan-kawan sekolah dia yang masih berkawan hingga sekarang hampir kesemuanya berjaya termasuk Cikgu Amat di kampungnya, atau Wan yang ada klinik sendiri. Dia rasa dirinya terlalu rendah dan tak berguna lagi. Semakin banyak air matanya menyirami karpet pengantin, membuatkan orang lain termasuk pak imam terdiam terus.

Bila dipandang ke arah bakal isterinya, rupanya sedang menangis juga dari tadi sambil ditenangkan oleh ibu perempuan. Abang Harun yang tentera tu, yang tadi mukanya garang dan bengis, sekarang nampak tunduk seolah-olah menahan air mata dari keluar. Dalam hati abangnya pasti sedih, adiknya dalam keadaan begitu. Kalau abangnya pun berada di tempat adiknya, mungkin dia juga tidak mampu menahan air mata.

Walaupun suasana dalam rumah itu sudah bertukar menjadi majlis air mata macam ada orang meninggal dunia, tapi bapa perempuan tenang saja dan tak ada berubah apa-apa. Dia memberi isyarat kepada pak imam dan pak imam tersenyum lagi..... Apa  maksud senyuman pak imam ini ? Tunggu episod seterusnya.

5 ulasan:

  1. ada sambung lagi ke?..alaa, perhabiskan ajelah tuan.

    BalasPadam
  2. Mancemas dan mendebarkan nak tunggu penghujung cerita ni...hehehe

    BalasPadam
  3. sambung byk episod, sampai x igt dh episod2 lepas...tp yg penting nak tau kesudahannya

    BalasPadam
  4. Sambunglah banyak-banyak episod, jangan habiskan dulu. Kalau dah habis nanti pembaca tak syok pulak. Kalau cerita ni sampai sebulan lagi pun tak per....
    ...Sharifah

    BalasPadam
  5. huaaa pjgnyer... baca x abis2

    BalasPadam

Dipersilakan komen.