Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Mac 2010

Anak Mengandung Luar Nikah: Salah Ibu bapa Juga

Baru ni ada satu kes, wanita 19 tahun mengandung luar nikah, dah mengandung 7 bulan. Dia tak kerja, cuma duduk rumah dengan nenek dia saja. Bila ditanya latarbelakang dia, rupanya datang dari keluarga yang bermasalah sangat.

Sejak lahir sehingga dewasa, wanita ini tak pernah jumpa ibu bapanya. Dia ditinggalkan bersama nenek di kampung. bila saya tanya, nenek dia pernah jumpa ibu dia ker ? Katanya, neneknya iaitu ibu kepada ibu dia pun dah tak jumpa sejak wanita itu ditinggalkan sewaktu masih kecil. Neneknya tidak bekerja, duduk di kampung hanya mengharapkan bantuan sara hidup bulanan dari Majlis Agama Islam Johor. Bolehlah sedikit menampung keluarga walauoun tak mewah.

Wanita ini berkenalan dengan seorang lelaki waktu bekerja di sebuah kilang, sekarang dah berhenti kerja. Dan dalam perkenalan yang singkat, boleh tidur bersama dan melakukan huungan seks sehingga mengandung. bila dah mengandung 7 bulan, barulah nak berkahwin. Bernikah pula dengan wali Hakim, mak ayah dia tak dapat dikesan berada di mana. Bila saya kaji kes ini, ibu bapa juga yang boleh dipersalahkan sehingga anak gadisnya jadi begini. Hidup anak terabai bila ibu bapa bercerai dan mengabaikan anak-anak.

5 ulasan:

  1. ustaz..ibnu marzuki buat hal plak kat blog saya..isk2..pening la layan mamat tu

    BalasPadam
  2. Saya tak mahu kalau pembaca blog saya jadi gila disebabkan orang macam ni. Sebab tu semua komen dia dah disekat dalam blog saya.

    BalasPadam
  3. nak kena pandai jaga diri..dan ada iman yg kuat dari kecil tak pernah jumpa mak ayah tak boleh di jadikan sbb..
    sy juga dari kecil tak pernah jumpa mak dan ayah sampai hari ni..tetapkan iman dihati insyaallah...

    BalasPadam
  4. saya percaya, walaupun latarbelakang kehidupan yg bermasalah, pokok pangkal nya datang dari diri kita sendiri.manusia mempunyai akal untuk menilai mana yg baik, mana yg buruk. tidak wajar jika ibu bapa saja yg dipersalahkan.

    BalasPadam
  5. kalau da hamil,macam mane procedur untuk nikah..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.