Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Februari 2011

Entah Cerita Lawak Ke Tidak, Pasal Lupa Nama


Baru-baru ini saya hadir ke satu majlis, saya dijemput berucap. Masuk saja di situ, saya dijemput duduk di hadapan. Saya sangka yang duduk di depan itu  jemputan saja atau orang yang ada jawatan di kawasan itu.

Dah hampir nak berucap, tiba-tiba saya terlupa nama tok penghulu. Hairan juga macam mana boleh lupa hari tu, padahal kenal sangat dan dah biasa jumpa. Risau juga saya, takkan berucap nanti tak sebut nama tok penghulu, nanti salah protokol. Saya tengok dalam hphone saya, saya tulis penghulu mukim tu tanpa nama sebab saya biasa panggil gelaran 'tok' saja. Jadi terpaksalah tanya orang yang kat sebelah saya tu.


Saya sangka kat sebelah tu sama ada ketua kampung atau JKK atau pengerusi masjid atau lain-lain, sebab tu ler duduk di depan baris depan. Orang lain termasuk saya pakai baju Melayu, tapi lelaki tu pakai baju macam baju Melayu tapi seluar biasa. Terpaksa jugalah tanya.


"Haji, tok penghulu sini nama siapa yer ?" Tanya saya. Panggil pak hajilah sebab dia pakai songkok haji. Kalau tak haji pun tak kisahlah.

"Nama Mohd Ali" Jawab lelaki sebelah saya tu.

Saya terdiam dan tengok muka tok penghulu tu. Saya tahu, tok penghulu tu bukan nama Mohd Ali, bukan. Cuma saya dah lupa sangat hari tu, tapi bukan Mohd Ali, hairan juga saya. Kenapalah orang tu sebut nama lain. Kemudian  saya tanya lagi soalan.

"Haji, sudah lama duduk sini ker ?" Tanya saya. Terus dia jawab.

"Saya lapan orang duduk sini kerja, datang Bangladesh". Kata dia.

"Awak Bangla ker ". Tanya saya, masa tu muka saya dah malu.

"Yer bos, Bangladesh bos". Jawab dia.

Ishhh, silap orang saya tanya rupanya. Nasib baik tak ada orang tahu, kalau orang tahu, ketawa besar orang nanti. Patutlah nama tok penghulu tak tahu. Dia jawab Mohd Ali tu rupanya nama dia, dia tak faham soalan saya, dia ingat saya tanya nama dia siapa. Masa berucap tu terpaksalah sebut penghulu mukim saja, tanpa sebut nama, tapi orang tak perasan saya lupa sebut nama. Dah balik rumah baru ingat semula nama tok penghulu tu.

2 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Hahaha. Tuan pun tak dapat nak bezakan yang mana warga Malaysia dan yang bukan warganegara.

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  2. ada ketikanya benda2 yg kita tahu mahupun nk cakap tup2 penyakit 'blur' datang secara tetibe...masa tuh nk cakap tp tk tahu..tp dalam hati tahu..camner tuh?..ekekeke..
    saya pun penah mengalami jugakkk.. ;)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.