Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Oktober 2010

Isteri Bising-bising Suami Balik Lambat, Hulur Duit Baru Diam


Dalam forum Ehwal Islam Sabtu lepas, Ustaz Morsid Mahrof buat satu cerita yang agak kelakar juga. Ceritanya pasal ada seorang lelaki tu, isterinya suka bising-bising sebab suami selalu balik lambat sampai jauh malam. Suami bukan buat kerja tak baik pun, tapi ada mengajar kelas di Singapura. Biasalah Ustaz Morsid kata, kalau mengajar di Singapura ni dapat duit banyak dan duit dia dua kali ganda dengan RM.

Orang tu tanya kat Ustaz Morsid, macam mana nak kasi isteri dia jangan bising-bising lagi. Ustaz Morsid kata, kalau balik tu hulurlah duit dalam RM 50 ker, mesti isteri terdiam punya. Betul juga, orang tu kata duit tak ada masalah dan orang tu pun hulur duit dalam RM 50 setiap kali balik jauh malam dari Singapura tadi.

Memang betul, tiap kali ketuk pintu, isteri dia dah tunggu depan pintu. Buka jer pintu, suami terus hulur duit. Lepas tu, isterinya dah tak bising-bising lagi, seronok pulak dapat duit. Itulah antara cerita Ustaz Morsid Mahrof tentang 'kuasa duit'. Forum di Kluang malam tu ahli panel saya dan Ustaz Morsid, dipengerusikan ustaz Hamizan Sayuti, berjaya menarik minat orang ramai.

2 ulasan:

  1. woww..ni macam is3nya mata duitan jew...
    emm..kalau dah tau suami keluar sbb mengajar tu jgn rr bising..lain laa kalau dia keluar tak bg tau kemana dia pergi...
    tapi biasanya is3 bising2 bukannya apa...sbb risau juga...biasa ngajar balik kul 10 malam..hari ni titiba balik kul 1..pastinya risau kan ..kan kan kan...hehehehe opsss ^_^

    BalasPadam
  2. sya mash ;lagi tak kisah klo suami sy blk pkul 1 pg, tp smlm dia balik sampai pkul 3 lbh pg. Hingga pagi ni saya senyap je dgn suami..sakit hati, dia kata bisnes g jumpa org smpai pkul 11 tp sampai pkul 3 pg. bila sy sdar dr tidur dia takde sy call then dia britahu dia tgk dduk kat kedai dgn member. So, saya ckp, "dduk je la kdai tu sampai esok pg tak yah balik rumah." Skrg rasa bersalah, tp saya rasa tak dipedulikan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.