Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Jun 2016

Kebakaran kereta di Stesen Minyak, Apa Kisah Sebenarnya?

Semalam berlaku satu kejadian yang menggemparkan di sebuah stesen minyak iaitu kebakaran kereta sewaktu mengisi minyak di stesen minyak. Kejadian dikatakan berpunca dari sikap pemandu itu menggunakan  telefon bimbit semasa mengisi minyak.

Masalahnya, betulkan itu puncanya yang sebenar? Pada saya, mungkin juga itu puncanya dan mungkin ada punca lain.

Setakat menggunakan telefon bimbit bercakap atau buka internet adalah perkara yang kita biasa lihat. Ini termasuklah keluarga saya yang kadangkala juga menggunakan telefon bimbit semasa saya berhenti mengisi minyak.