Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Januari 2010

Tahun 2010: Kalau Nak Jimat, Belajarlah Memasak


(Gambar tempat bakar ayam, untuk nasi ayam)

Tadi saya ceramah kursus kahwin, sekali lagi saya kata, bakal isteri kena belajar memasak. Masak kenalah sedap, bukan cincai saja. Macam biasa, peserta kursus kahwin tak boleh betah apa yang saya cakap, takut nanti tak dapat sijil. Hahaha....

Belajarlah Masak

Memang kita banyak berjimat kalau masak sendiri. Sebab itu ilmu masak penting. Belajarlah masak yang biasa-biasa, bukan macam nak niaga restoran pulak. Patut lepas ni kena ada satu tajuk ceramah khas 'masakan' dalam kursus kahwin, nanti saya cadangkan kepada pihak atasan. Boleh panggil chef berpengalaman beri ceramah satu sesi. Nanti saya akan cadangkan.

Kalau chef sebenar tak ada, saya boleh menyamar jadi chef, curi topi chef. Saya boleh ajar cara masak nasi ayam, nasi lemak serta sambal, mee goreng simple, char kueh tiaw Penang dan teh tarik. Tajuk ini bolehlah saya tunjuk sementara chef belum sampai. Kalau chef sampai je, saya cabut topi chef, pakai songkok semula. Selamat memasak...

BERSAMBUNG.

5 ulasan:

  1. salam..ustaz..bakal is3 kena belajar memasak..bakal suami kena belajar apa..??
    kalau bakal is3 kena belajar memasak..bakal suami kena belajar pandai memuju..bg sokonggan...
    ni kalau pandai memasak macam mana pun suami tidak memuji lama2 bosan gak...

    masakkan dah cukup sedap hingga org lain kata sedapnya macam belikat kedai.. tapi suami sendiri tidak memuji..sakit jugak ati...

    mmg betul kata ustaz is3 kena pandai memasak dan rajin memasak...
    suami pula kena pandai dan rajin memuji,memujuk,membelai laa is3 dia.........

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, sebab suami anda tak kata apa-apa, maknanya sedap le tu. Makan sampai tak terkata.

    BalasPadam
  3. hehe..yalah ustaz..tapi apa salahnya sesekali tu memuji cikit...ni is3 dgr puji dari org lain jee...terasa laa jugak..

    BalasPadam
  4. salam ustaz...resepi char kuew tiaw bila nk ajar

    BalasPadam
  5. tgk tmpt bakar ayam pun den dh tkot...
    huhu

    BalasPadam

Dipersilakan komen.