Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Januari 2010

Harga Saham Dijangka Meningkat


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak lebih tinggi dalam rali sebelum Tahun Baru Cina, kata penganalisis. Ketua Penyelidik Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng Hooi berkata, pasaran bakal memperlihatkan kitaran dagangan yang berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu yang akan datang dalam semua sektor saham-saham bermodal besar dan kecil. Momentum belian yang kukuh, katanya akan menolak Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) ke paras ketahanan 1,305 dalam tempoh terdekat selepas melepasi paras 1,300 pada Jumaat.

"Bagaimanapun aktiviti pengambilan untung akan menyekat indeks daripada terus meningkat," katanya.

Penganalisis Teknikal MIMB Investment Bank, Mohd Nazri Khan berkata, sentimen pasaran akan terus rancak dalam separuh pertama 2010 apabila pakej rangsangan kerajaan mula dirasai dalam ekonomi negara.
Beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi yang besar oleh semua negara bagi menangani kesan kelembapan dunia juga merangsang minat pelabur tempatan dan asing dalam pasaran saham.

"Pakej-pakej rangsangan akan membantu sentimen pasaran, bukan sahaja dalam FBM KLCI, malah dalam pasaran global," katanya.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, indeks akan terus mencatatkan aliran harga meningkat, namun perlahan-lahan sehingga Februari. Beliau berkata, pelabur yakin sentimen pasaran akan terus meningkat dan kebanyakan mereka menunggu keputusan kewangan Public Bank dan pengumuman model ekonomi baharu yang merupakan asas dan arah tuju ekonomi negara untuk masa depan.

"FBM KLCI akan diniagakan dalam aliran harga meningkat memandangkan terdapat banyak mudah tunai yang akan merancakkan pasaran," katanya.

6 ulasan:

  1. Jika harga saham naik, harga Saham Amanah (Unit Trust) juga akan turut naik...rezeki teww...

    BalasPadam
  2. ustaz...saham yg paling baik utk dibeli sebagai simpanan masa depan ialah membeli emas kerana emas akan terus naik dari tahun ke tahun :)

    BalasPadam
  3. Pada saya, tak ada suatu pun saham yang boleh beri jaminan yang dia akan naik, termasuk emas. Jadi tak semestinya hari ini kita beli emas, nanti dia naik.
    kalau rezeki tak baik, dia akan turun juga. Kalau dulu kita beli emas, lepas tu kita untung, belum tentu sekarang kita beli dan pasti buat untung. Manalah tahu harganya turun lepas ni. Semua benda termasuk emas, minyak, saham, komoditi, matawang pasti ada untung dan rugi. Jadi, berhati-hatilah.

    BalasPadam
  4. Jadi kesimpulannya, malabur dlm saham akhirat spt saham wakaf, sedekah dll adalah saham yang plg menguntungkan & pulangan yg berkali2 gandanya...

    BalasPadam
  5. sejak dari tahun 1985 sampai skrg emas tak pernah turun ustaz asik naik jek.beli emas hari ini esok jual mmg la tak untung malah ada yg rugi.maksud combi dlm jangka masa panjang.

    kalau kita beli dari skrg insyaALLAH 5 tahun akan datang mungkin kita bole untung dlm 30% sehingga 50%.

    saham akhirat masing-masing mau ingat sendirilah!betul tak? :p

    BalasPadam
  6. echah_syed..hehe awk boleh berkawan rr dgn abang sy..duk dgn dia emm x habis2 laa dia suh beli mas..hihi...apa yg awk cakap ni pun dia dah pernah cakap kat sy..hihihi

    BalasPadam

Dipersilakan komen.