Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Mac 2013

Tengok Operasi VCD Haram di Bandar Baru Uda JB

Malam semalam dalam jam 8.30 malam saya ke Bandar Baru Uda JB, sebelah masjid, makan nasi ayam sekeluarga. Turun dari kereta, tengok ada seorang perempuan bangsa Cina, agak-agak umur dalam 40-an sedang jual vcd. Saya tengok juga sekejap sambil lalu dan banyak filem luar.
 
 
Sedang saya makan, saya nampak macam ada benda kecoh kat depan kedai tu. Mula ingat ada orang kena ragut. Tapi rupanya operasi dari sekumpulan pasukan berbaju biru. Ada lori besar, rupanya MBJB. Rupanya operasi vcd haram. Baguslah macam ni. Teruskan operasi.

24 Mac 2013

Janda 20-an Kena Keroyok Dengan Dua Lelaki


Lebih kurang jam 9.30 pagi, penguatkuasa Jabatan Agama mendapat aduan mengenai kes khalwat di sebuah hotel beserta dengan nombor bilik. Lebih kurang 30 minit kemudian, pintu bilik diketuk lebih kurang 5 minit. Hasil pemeriksaan, terdapat dua orang lelaki dalam bilik berkenaan bersama seorang perempuan. Ke semua mereka berpakaian lengkap.
Perempuan tersebut berumur awal 20-an berstatus janda bercerai, datang dari sebuah daerah berhampiran. Manakala kedua-dua lelaki dari daerah ini, masih bujang dan berumur 20-an. Kesemua mereka ditahan atas kesalahan khalwat.

22 Mac 2013

Kepala Manusia Ditemui di Kuil di Kluang

KLUANG - Polis menjumpai kepala tanpa badan milik seorang warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di dalam Kuil Muniandy yang terletak di kawasan Ladang Coronation, Sri Lalang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian itu lebih kurang jam 7.30 pagi daripada orang awam.

Beliau yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui oleh penjaga kuil terbabit.

“Pada masa ini polis sedang berusaha mencari bahagian badan mangsa dan siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain.

“Selepas itu kepala mangsa yang telah dipotong dengan senjata tajam di letak di kuil yang sudah berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Abdul Majid berkata, hasil siasatan mendapati warga emas itu merupakan seorang gelandangan dan sering tidur di sebuah tokong di Sri Lalang selepas isteri dan anaknya berpindah ke Johor Bahru.

Polis masih belum menemui senjata yang digunakan untuk membunuh warga emas berkenaan.

"Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor setakat ini percaya lelaki itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum kepalanya ditemui berdasarkan titisan darah yang ada di tempat kejadian.

“Polis percaya lebih dari tiga suspek terlibat dalam kejadian bunuh ini malah dipercayai suspek sempat mengadakan upacara pemujaan menggunakan kepala terbabit sebelum melarikan diri.

“Polis sedang mengesan kesemua suspek yang berumur 30 hingga 50 tahun itu dan empat kenderaan yang digunakan mereka bagi melarikan diri.

“Apa yang penting, kejadian ini bermotifkan pemujaan dan bukannya perkauman mahupun gangsterism. Kita tidak mahu orang ramai membuat pelbagai spekulasi mengenainya kejadian ini,” katanya.

Abdul Majid berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Manakala kepala terbabit dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang dan polis juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintendan Ahmad Zamry Marinsah di talian 019-7266998 bagi membantu siasatan.

20 Mac 2013

Baca Al-Quran Dalam Lokap Lepas kena Tangkap Khalwat


Di tepi sebelah lokap sementara, saya dengar perbualan dua lelaki yang berada di dalam lokap itu. Kedua-duanya sedang menunggu proses jaminan setelah ditangkap kerana kes khalwat di sebuah hotel.

"Entah macam mana yer aku boleh kena tangkap. Aku bukan orang jahat-jahat sebenarnya. Aku ni boleh jadi imam dan bilal tau". Kata lelaki pertama 20-an.

"Ehhh yer ke kau boleh jadi imam, try aku nak dengar". Kata lelaki kedua 20-an.

Kemudian saya dengar dia baca surah Al-Fatihah sampai habis kuat-kuat. Saya kira bacaan dia baik dan kalau bacaan macam tu, kira boleh ler jadi imam. Lepas tu dia baca surah Yaasin pula. Kira betullah yang dia baca tu dan saya rasa dia hafal walaupun saya dengar dia baca tak habis.

"Betullah ko boleh jadi imam yer". Kata lelaki kedua.

Seronok juga saya dengar perbualan orang dalam lokap ni. Mereka berdua berkenalan dalam lokap dan jadi mesra juga. Dia orang ini kira macam tak ler murung jer kena tangkap tapi masih boleh berbual dengan kawan selokap. Sebab ada orang, kena tangkap, bercakap pun taknak. Macam-macam fikir.

Tak lama lepas tu, bapa dia datang dan jamin dia. Tengok pada gaya bapa dia yang pakai kopiah tu, kira macam seorang bapa yang baik. Tapi entah macam mana, anak dia boleh kena tangkap khalwat. Tak nak ler saya komen lebih-lebih. Mudah-mudahan dalam usia muda ini, dia orang sempat bertaubat dan jadi baik serta jaga nama baik ibu bapa dia orang.

19 Mac 2013

Gotong Royong Amalam Mulia

Ini hari, semua staf lelaki pejabat Kadi Kluang mengadakan gotong royong di kubur Kg Melayu Kluang.

18 Mac 2013

Umur Dah Tua, Tak Boleh Demam


Seorang lelaki tanya kepada seorang budak belasan tahun.

"Ayah kat mana ?" Tanya lelaki tu.

"Ayah demam kat rumah ". Jawab budak tu.

"Erm... orang tua boleh demam ker ". Kata lelaki tu.

Bila saya dengar, macam hairan juga. Adakah orang dah tua tak boleh deman. Kalau gitu, demam ini sampai umur berapa saja yer. Ermmm.

17 Mac 2013

Suami Tangkap Isteri Curang Dengan Jantan Lain

 
Sudah lama juga suami 30-an kesan isteri dia 30-an yang selalu keluar rumah. Bila ditanya, jawabnya sibuk dengan bisnes. Bila orang beritahu suami dan suami tanya isteri, isteri kata lelaki yang dia keluar tu kawan biasa, rakan sebisnes.
 
Sehinggalah satu malam, suami pasang penyiasat persendirian (P.I) tak berbayar. Bukanlah P.I bagus sangat tapi geng-geng rempit gitu. Maka penyiasat tu kata, isteri dia sedang bercengkerama di bawah sinaran lampu suram di sebuah bilik hotel.
 
Walaupun dihalang oleh pekerja hotel, suami and the gang pun ketuk pintu bilik hotel dan bila dibuka, memang betullah isteri dia dengan seorang lelaki dalam bilik tu. Dia kata tak ada belasah pun. Amboiiiii, yer ker tak belasah. Tengok muka lelaki tu lebam saja, entah-entah muka dah kena tuam.
 
Maka si suami pun menghantar kes ini ke penguatkuasa jabatan agama untuk diambil tindakan. Jabatan agama, tak mahu panjang cerita, terimalah saja apa yang ada.
 
Pesanan Saya, Jangan Tangkap Sendiri
 
Cuma saya nak pesan, sebaiknya buatlah laporan kepada penguatkuasa dan biarlah penguatkuasa yang bertindak. Mereka lebih mahir dari segi undang-undang dan mempunyai kuasa dalam membuat tangkapan. Kalau orang lain termasuk suami, kuasa menangkap dan kepakaran sangat meragukan.
 
Okey, kalau si suami kata dah buat aduan tapi pengatkuasa tak datang, bagaimana ? Bagaimana apanya, serahkan saja kepada penguatkuasa untuk bertindak, janganlah paksa-paksa. Ada sesetengah kes, mungkin penguatkuasa tidak bertindak terus tetapi ada beberapa perkara yang difikirkan terlebih dahulu. Lagi pun, jumlah penguatkuasa bukan ramai, bukan seramai anggota polis yang ada sekarang. Cuba-cubalah faham tugas penguatkuasa walaupun anda suami yang dah menyirap darah bila tahu isteri dia dah syok kat lelaki lain.
 
Okey, kalau penguatkuasa terus tak datang dan lelaki dan perempuan itu dah keluar dari hotel, bagaimana pulak ? Jawapannya, rileklah, rilek. Tadi kata isteri dah lama buat kerja macam ni, masuk hotel dengan lelaki. Jadi, biarkan saja dulu dan selepas ini kemungkinan besar akan dilakukan lagi, mungkin di hotel yang sama atau lain. Jadi, ini kerja penguatkuasa untuk lengkapkan tugas perisikan dia, pengadu jangan lebih-lebih pulak. Tanyalah penguatkuasa yang dah lama kerja termasuk saya, lambat laun kalau mereka tak taubat atau kembali ke pangkal jalan, akan tertangkap juga.
 
Ada Kes Yang Tidak Didakwa Lansung
 
Seorang cerita pada saya mengenai satu kejadian di sebuah negeri, bukan di Johor. Lelaki telah menangkap isterinya dengan lelaki lain dalam rumah dia sendiri. Kemudian diserahkan kepada jabatan agama di negeri berkenaan. Si suami membuat laporan polis dan diambil keterangannya untuk melengkapkan siasatan.
 
Dalam pada itu, suami menfailkan kes rumahtangga di mahkamah syariah iaitu perceraian dan kecurangan isteri. Peguam lelaki perlu membuktikan kecurangan isteri untuk mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya. Bagaimanapun, kes khalwat isterinya dengan lelaki itu lansung tidak dituduh di mahkamah pun. Si suami tak puashati dan membuat tuduhan menyatakan jabatan agama mengamalkan pilih kasih pulak.
 
Bila soalan ini diajukan kepada saya, saya taklah rujuk khusus kepada kes yang terjadi itu saja. Tapi pengalaman saya jadi pendakwa syarie, kuasa pendakwaan itu adalah terletak kepada pendakwa syarie. Sekirannya pendakwa beranggapan kes itu tidak perlu dituduh di mahkamah, maka tidaklah dituduh. Kalau nak tuduh, maka dituduhlah. Kedua-duanya ada alasan tersendiri nak tuduh atau tidak.


14 Mac 2013

Wanita Pagi Nak Bicara Kes Cerai, Malamnya Kena Tangkap Khalwat


Penguatkuasa Jabatan Agama dikejutkan apabila wanita 30-an yang ditangkap khalwat malam tadi, katanya pagi ini ada perbicaraan kes perceraian dia. Suami beliau juga kebetulan hadir ke mahkamah syariah untuk perbicaraan itu. Pasangan suami isteri ini katanya sudah lebih setahun tidak duduk bersama dan dalam proses perceraian di mahkamah.

Dalam kejadian sebelah malam, wanita 30-an yang sudah berkahwin ditangkap khalwat di sebuah hotel dengan seorang lelaki 20-an yang masih bujang.

12 Mac 2013

Presiden Cuepacs Ulas Pengumuman Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam

 
SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.

Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.

"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).

"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.

"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya.
 

11 Mac 2013

Pengumuman Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Hari Ini


 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
 
- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
 
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
 
- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

08 Mac 2013

Suami Kawin Dua, Tembelang Dah Pecah, Tak Dapat Cover Lagi Dahhhh


Lain kali, lelaki kalau nak kawin dua secara rahsia kena betul-betullah skrip dia. Jangan skrip mula-mula cantik, tapi hujungnya entah apa-apa. Bila dah pecah tembelang, Ahmad Nisfu pun dah tak boleh halang.

Lelaki ini 40-an,  suami punyai 3 anak bernikah perempuan cun awal 30-an. Lelaki ini bahagia dengan isteri dia 40-an dan tak ada apa-apa masalah. Tapi nak buat macam mana, bila dah kena serang angau, doktor pun belum cipta ubat angau. Maka lelaki ini  bernikah di luar senyap-senyap.

Dalam hati dia, bukan tak mahu beritahu isteri, tapi katanya belum sampai masa. Bila tanya bila nak sampai masa, entahlah bila nak sampai masa. Lepas nikah, isteri pertama dia dengan isteri kedua jaraknya dalam 6 km saja dan taman berlainan, daerah yang sama.

Disebabkan Surat

Entah macam manalah satu hari tu, surat dihantar ke rumah. Isteri pertama dia mula curiga sebab surat itu ada cop mahkamah syariah. Sebelum ini isteri dia tak pernah pun buka surat dia. Terkejut isteri dia sampai terkentut. Rupanya itu surat panggilan suami dia dengan isteri kedua ke mahkamah syariah di Johor Bahru. Tembelang dah pecah, tutup hidung pun tetap ada bau telur tembelang. Nak buat macam mana, terimalah seadanya. Nak cerita pun tak guna, benda dah jadi.

Tujuh Bulan Saja Bergolak

"Sekarang dah okey Tuan Kadi" Kata lelaki ini selepas 7 tahun dia kantoi.

Entahlah...... apa yang dah okey tu. Nak tanya lanjut, nanti orang kata kadi lebih-lebih ini macam kadi pulak ada cita-cita nak kawin dua, hehehe.

04 Mac 2013

Duit Baru 20 Ringgit Mengelirukan Atau Saja Buat keliru


Semalam saya ke sebuah stesen minyak setelah saya biarkan minyak kereta saya sampai tanda amaran. Kerana minyak macam di paras rendah, saya nak isi petrol RM 70.00. Iaitu saya kasi satu keping duit RM 50 dan sekeping duit RM 20.

Bila saya isi minyak, hanya boleh isi RM 60 sahaja. Saya rasa, minyak itu tak penuh sebab penuh boleh sampai RM 100. Lagi pun, kenapa dia berhenti tepat pada RM 60. Saya rasa ini mesti juruwang tadi tekan RM 60, bukannya RM 70. Saya syak, ini mungkin disengajakan atau mungkin dia tersalah.

Juruwang tu beritahu, dia ingatkan saya kasi RM 60, rupanya RM 70. Saya tak marahlah pada dia dan saya minta duit baki RM 10. Dia kasi saya RM 10, sengaja saya tak mahu tambah minyak RM 10 lagi.

Mungkinkah Duit RM 20 dan RM 10 hampir Serupa

Mungkin juga duit RM 20 dan RM 10 hampir-hampir serupa. Saya pun pernah terkena, almaklumlah, umur dah tua sikit, mata pun dah tak macam mata orang muda. Pernah sekali tu,  kat satu kedai lepas beli ayam dua ekor, saya tanya semula kepada tuan kedai tu yang dia pulang duit baki saya tak cukup. Tapi dia kata cukup. Saya kira sekali lagi, saya kata tak cukup juga. Akhirnya saya mengaku salah sebab saya ingat duit RM 20 yang dia kasi tu duit RM 10.

Duit 20 dan 10 ini kena berhati-hati sikit. Kekadang kita nampak macam sama. Kalau malam, lagilah kena berhati-hati.

Pernah Juga Stesen Minyak Tipu Saya

Bab juruwang stesen minyak ini, dah ada beberapa kes juga termasuk yang saya kena. Satu stesen minyak tu, saya bayar RM50 tapi bila tuang, cuma RM40 saja. Saya jumpa juruwang tu dia kata tak sengaja. Tapi kalau saya tak perasan, cammana...Saya pun pernah tulis kat blog saya sebelum ini,..klik sini.