Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Mac 2011

Kedai Kopi Halal atau Tidak ?

Pesanan ringkas saya:

1. Pergilah makan di kedai orang Islam, macamlah tak ada kedai orang Islam kat negara kita ni. Selain makan, dapat juga membantu ekonomi orang Islam yang menjadi pembayar zakat.

2. Sekiranya kedai bukan Islam, pastikan ada tanda halal yang sah

3. Sebaiknya, pilih kedai yang bersih dan pekerja beragama Islam.

4. Kepada kedai makan bukan Islam, silalah mohon sijil halal kalau hendak orang Islam masuk. Malangnya, banyak kedai bukan Islam yang tiada sijil halal tapi ramai pelanggan Islam yang datang.

5. Kalau sudah dapat tanda halal, silalah patuhi dan jangan sampai kena tarik balik, lagi besar kesannya.

6. Kalau sebelum ini orang Islam dah termakan dan terminum 'bendaalah' tu, tidak dikira berdosa kerana tak tahu. Tapi kalau sudah tahu, makan dan minum juga, adalah haram dan berdosa.

7. Sebagai seorang Islam, perlu memandang berat soal halal dan haram dalam makanan. Bukan sahaja elakkan yang jelas haram tapi yang syubhah atau keliru atau was-was perlu dielakkan. Makanan akan menjadi darah daging kita dan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Sekarang banyak kes maksiat, jenayah, doa tidak diterima, nak beribadat malas, anak-anak jadi nakal dan sebagainya yang ada kaitan dengan pemakanan kita.

14 ulasan:

  1. Salam..
    Terima kasih atas ingatan tuan. Hakikatnya umt islam skrg dah hilang sensitiviti. jika kita prihatin dan berhati2 memilih tempat mkn, insya allah kita terpelihara dr mkn mknn yg syubhah n x halal..
    Maksud hadis qudsi : Hai orang-orang yg beriman makanlah di antara rezeki yg baik-baik. Kemudian Rasulullah menyebut seorang yg melakukan perjalanan jauh rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: Ya Robbku Ya Robbku sedangkan makanannya haram minumannya haram pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yg haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya?

    BalasPadam
  2. Ustaz,
    Betullah tu. Pi makan di kedai orang Islam. Belambak ada. Buat apa pi makan di kedai non muslim. Depa mana ada halal haram, yang depa utamakan ialah RM atau $$$$.

    BalasPadam
  3. salam..

    setuju tu ustaz. saya dan suami selalu pegi kedai kopi tu tapi kami betul2 tak tau. sekarang dah tau mesti tak pegi lagi. Satu yg jadi masalah, kat Sibu ni tak byk kedai Islam dan kebanyakannya saya was-was nak makan terutama bila di kedai sah2 bukan Islam tapi ramai org Islam datang makan. Wallahualam..

    BalasPadam
  4. dulu saya pernah pi makan juga. depa kata kedai tu muallaf punya. Minta-minta allah ampunkanlah dosa saya. PAtutlah tiap kali minum kopi tu balik rumah asik cirit je. 2 3 pas makan situ dah tak pergi dah. dah anak dua lagila dah tak pernah pegi sebab tempat sempit. tapi dah pernah termakan dulu..huh!!! kenapa ye ada dna babi lam kopi tu??? mungkinkah marjerin yang goreng kopi tu ada DNA babi juga. patut siasat Marjerin apa dia guna takut2 marjerin tu juga ramai pengguna guna.

    BalasPadam
  5. Ustaz kazim kata kita orang islam kena buat produk yang kita sendiri yakin. Sekarang ni banyak sifat kebabian dan kejahatan sebab bukan kita yang keluarkan produk makanan. Memang lemak babi tu mahal tapi apa depa peduli sebab nak lemahkan orang islam.

    http://rulza.blogspot.com/2011/01/supporting-muslim-products-tiada-babi.html

    BalasPadam
  6. Rasanya lebih baik kita makan minum di kedai orang islam je. Sekarang ni tanda halal tu pun tak dipatuhi.

    BalasPadam
  7. Namun begitu nak makan di kedai orang Islam pun pilihlah tempat yang bersih. Mungkin ramai orang Islam yang makan di kedai orang bukan Islam yang ada tanda halal tu pasal mengambil kira aspek kebersihannya. Halal juga berkait rapat dengan kebersihan. Barulah makanan tu halalan thoiyyiban.

    BalasPadam
  8. Salam Ustaz...
    Peniaga Islam pun kena pastikan bahan mentah untuk makanan benar-benar halal dan thoiyyiban.
    Ini kerana ramai peniaga makanan Islam mendapat bekalan bahan mentah dari pembekal bukan Islam.
    Sebagai contoh tauhu...kebanyakkannya di buat oleh bukan Islam...kat mana tanda halalnye...
    Proses kat belakan rumah...anjing banyak...

    BalasPadam
  9. tapi ape yg saya pernah belajar, kita sebagai pembeli kena tahu peniaga itu jaga solat 5 waktu atau tidak, kalau dia jaga solat baru boleh makan di tempat dia, kesimpulannye, makanan yg dijual oleh org kafir dan mndapat sijil halal pun x dibenarkan makan, dan paling trbaik adalah air tgn ibu dan isteri je.. nk pi memana tu bawak bekal je lah..... sekadar berkngsi pendapat...

    BalasPadam
  10. setuju sangat sangat,pilihlah kedai terbaik dan pastikan mula mula kedai muslim sejati...pernah sekali tersalah masuk kedai apexi(non muslim),tu pun x tahu sebab dari luarannya adalah nampak keislaman dan kemelayuannya..so terus je masuk dalam duduk dan order...pekerjanya cantik dan bertudung.....lepas ambik order anna ke toilet belakang dan ternampak kat dapur seorang lelaki cina sedang membancuh air yang diorder...dengan seluar pendek dan bersinglet je..hehe jadi anna terus kansel order dan pergi dari situ...so hati hati,kalau boleh sekali sekala check juga di bahagian dapur kerana walaupun elok di luaran,di bahagian dapurnya belum tentu...

    BalasPadam
  11. Apa status terkini 'Kluang Rail Coffee' tuan kadi?

    BalasPadam
  12. Salam Ustaz. Dulu di tepi sungai mengkibol ada restoran J*****H. Dikatakan orang tiada dapat sijil halal. Sekarang dah tukar tempat. Ada sijil halal ke tidak?

    BalasPadam
  13. Dah berapa banyak makanan tak halal masuk dalam badan kita ni. Mungkin sebab tu doa tak dimakbulkan...Subhanallah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.