Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Oktober 2010

Jangan Berniaga Dengan Orang Kaya ?

Pagi tadi saya baca satu buku mengenai usahawan. Buku tu, ikut catatan, saya beli tahun 2008. Kisah bagaimana nak jadi usahawan berjaya. Antaranya buku tu cerita, kalau nak berniaga, kena berhati-hati berniaga dengan orang kaya.

Satu kisah yang dia cerita dalam buku tu pasal seorang ni berniaga alatan perkahwinana dan jamuan. Pelanggan orang tu seorang wanita kaya dan orang tu seronok sebab dapat projek dalam RM 20,000. Bagaimanapun, selesai majlis kawin, wanita kaya tu tak bayar baki bayaran. Bila datang ke rumah, pagar berkunci dan kalau telefon asyik sibuk dengan kerja luar saja. Dah setahun minta hutang, lepas tu kira lesap lah.

Saya teringat sedara saya berniaga ayam tepi jalan, yang sembelih sendiri dan proses tu. Dia cerita, orang hutang dia dah lebih 30,000 terutama orang nak kawin. Yang hutang tu orang sekampung juga, nak gaduh lebih-lebih tak boleh pulak. Biasanya orang nak kawin tempah kat dia dalam 100-200 ekor, bayar deposit saja dulu. Katanya bayaran baki lepas majlis kawin, katanya hasil sumbangan tetamu yang datang.

Tapi bila majlis dah habis, bayaran baki tak juga bayar, kalau bayar pun tak cukup. Mungkin sumbangan tetamu jemputan tak seberapa. Masalahnya, peniaga ayam yang rugi. Saya simpati juga dengan dia dan tanya, tak marah ker. Dia kata nak marah macam mana, kekadang kesian orang kampung. Banyak tu, sikit-sikit pun kalau dikira jumlahnya dah masuk 30,000.

5 ulasan:

  1. Iskk, tak risau ke nanti dituntut di akhirat....kalau setakat seratus dua, boleh gak sipemberi halalkan...kalau beribu2 sure tak dihalalkan.

    BalasPadam
  2. Salam..

    Macam ayah saya, juga berniaga ayam di pasar.
    Ada satu orang, berhutang dengan dia, hampir RM 10,000.Selalu diingatkan oleh emak saya supaya tuntut duit tersebut..
    Tapi kata ayah - "adik sendiri yang hutang, macamana nak tuntut?nanti dia kecil hati,aku meninggal,langsung tak datang jenguk"..

    Pakcik saya berniaga sate. Income memang masuk. Sale satu hari RM 5,000 (katanya). Tapi hutang dengan abang sendiri, liat nak bayar.Dapat pulak abang sulung macam ayah saya yang memang sayang sangat dengan 11 orang adik-adik nya dan tidak pernah berkira sesen pun.

    Nak buat macamana...

    BalasPadam
  3. boleh tau tajuk buku? macam menarik

    BalasPadam
  4. salam,

    Insya Allah dia halalkan, org mcm nie lg murah rezekinya, tidak semestinya dpt blk duit, byk lg rezeki bentuk lain, kadang-kadang rezeki yg kita dpt bukan utk kita, tp Allah bg melalui kita utk org lain, sbb Allah nk bg kita pahala atas rezeki itu..

    renung2kan & selamat beramal..

    BalasPadam
  5. Sebenarnya dlm perniagaan ni..walau apa2 pn.. mana boleh diberi hutang ...Jika buat juga dan x tegas jadilah begitu..tapi x pa lah belajar dari kesilapan selepas kerugian berpuluh Ribu Ringgit...perkara2 begini selalunya dilakukn oleh org2 yg x berAgama..x ada ilmu Agama,x dpt bimbingan Agama,x belajar Agama dan x amalkn Hidup berAgama..kita tgk kisah sipeminjam2 dut along 2 pn cukuplah,Time nak meminjam tunduk je tunjuk muka 10sen tapi bila dh dapat x reti2 nak bayar balik..sampai along bagi worning 2,3 kali..baru dia bertindak..alih2 skali bila dia dah marah,benci,Geram sgt2 sampai ambil tindakan drastik ngan sipeminjam alih2 sipemberi pinjam lak pulak..kena dgn pihak berkuasa,cuba jika dh pinjam pandai2lah jelaskn x da la apa2 kejadian pn berlaku..bila terlalu banyak sgt sipeminjam yg x bertanggung jawab buat kecoh saja2 cari jalan cm mana nak hapuskn hutang diorang..,along disekat kerajaan diorang merdekalah...Mcm2 pnya perangailah manusia ni....!!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.