Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Oktober 2010

Hati-hati Pelaburan Burung Walit


Kat Kluang dan beberapa tempat sekarang tersebar satu bisnes baik iaitu burung walit. Ada dianjurkan kursus dari seseorang yang dikatakan sudah berjaya. Satu cerita yang saya dengar, lelaki yang buat kursus ni orang Kota Tinggi. Satu cerita lagi saya dengar orang Pasir Gudang. Orang yang anjur kursus ni kata dia dah berjaya dalam perniagaan ni.

Kalau nak ceburi bisnes ni modalnya bukan sikit, tapi capai sampai ratusan ribu. Bukan saya kata bisnes burung walit ni penipu tapi skim yang ini, betul ke tipu kita kena teliti. Betullah ada yang berjaya tapi adakah seperti yang orang ni bawa.

Saya tak mahu cakap banyak, cuma saya pesan supaya berhati-hati. Jangan sampai orang kita kena tipu macam cerita 'Lebai Malang'. Dulu orang kita pernah kena tipu pelaburan lintah, cacing, ketam batu, rumpai laut, stromberg, Faza Amal, Buluhmas dan yang paling terkenal Pak Man Telo. Maaflah, saya bukan nak sekat orang kita dari maju, janganlah kata saya bukan-bukan. Saya sebenarnya tak mahu tengok orang kita kena tipu, jadi hati-hatilah.

Sila baca artikel saya sebelum ini pasal penipuan bisnes burung walit ni....Klik Sini

1 ulasan:

  1. Artikel ini bukan bertujuan untuk menafikan pelaburan burung walit ini, ramai juga orang dah berjaya terutama bukan Melayu.

    Saya cuma menasihatkan supaya berhati-hati dan mengkaji dahulu sebelum menceburi bidang ini.

    Maaf, kalau artikel ini tidak disenangi oleh sesuatu pihak.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.