Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Oktober 2010

Lelong Rumah : Kondo Persiaran Tanjong, Saya Berjaya (Episod 7)

Lama juga saya tak menulis pasal rumah lelong, tentu ada sebab. Antara sebabnya sekarang saya duduk Kluang, bukan duduk JB macam dulu. Di Kluang ni pasaran hartanah agak perlahan berbanding JB. Dah makin kurang saya baca buku pasal rumah lelong, maka minat menulis pasal rumah lelong pun kurang juga.

Tengok Satu Rumah Lelong

Beberapa hari lepas, saya lalu di satu kawasan, tak perlulah saya beritahu lokasinya di mana, di JB ker Kluang ker. Apa yang menarik perhatian saya, di depan rumah tu ada tulisan untuk dilelong oleh pelelong berlesen. Setahu saya, rumah tu sebelum ini disewa dalam lingkungan RM 1,5000. Kemudian penyewanya keluar hampir setahun juga. Mungkin kerana tak dapat penyewa, maka pemilik tak dapat bayar ikut jadual bank. Mungki itu sebabnya rumah tu kena lelong.

Pesanan Saya

Sebenarnya, rumah ni janganlah letak sewa tinggi-tinggi. Mungkin dulu orang lain sewa setinggi 1,5000, kalau penyewa tu keluar, tak semestinya kita nak sewa dengan orang lain 1500 juga. kenapa tak letak murah sikit ? Kalau murah sikit, walaupun tak sama atau lebih rendah dari ansuran bank kita, itu lebih baik dari tak ada orang sewa.

Lagi satu, dulu masa ada penyewa, mungkin sewa orang dulu lebih tinggi dari kita bayar bank. Jadi ke mana perginya duit lebihan itu ? Buat beli benda lain ker ? Patutnya kena simpan. Contohnya mungkin dia bayar bank dalam 1000, kalau sewa 1500, patutnya duit 500 tu dia simpan. Simpan tak kisahlah kat mana, Tabung Haji ker, ASB ker atau bank yang dia buat pinjaman tu. Kalau simpan kat akaun bank yang kita pinjam, kalau kita tak bayar, kebiasaannya pinjaman akan diambil dari akaun kita.

Persiaran Tanjong JB

Saya nak balik semula cerita pasal rumah lelong di Persiaran Tanjong JB.  Dulu saya cerita tak habis, mungkin saya suruh pembaca berfikir atau cari buku yang saya cerita tu kalau benar-benar nak ceburi bidang hartanah ni.. Harga rumah asal dalam 148,000 sekarang harga 79,000 saja. Saya fikir panjang juga, nak ambil ker tak. Saya dah rancang nak buat pinjaman dengan Susan, pegawai sebuah bank tu. Saya kira-kira, pinjaman tu bayar bulan dalam RM 340 sebulan untuk 27 tahun. Sebenarnya, lagi panjang lagi bagus kalau beli rumah ni tapi 27 tahun saja dia kasi saya.

Hari Lelong

Ogos 2008: Lelong tu jam 3.30 tutup, saya datang awal sejam dan hantar borang dengan bank draf 5 peratus (kekadang ada lelongan 10 peratus). Ramai juga orang waktu tu, dalam 20 orang juga tapi tak melemahkan saya. Saya macam yakin, rumah ni orang macam taknak ambil. Salah satu darinya adalah orang tak tahu ada lelong.

Alhamdulillah, dah rezeki saya, hingga masa ditutup jam 3.30 petang, hanya saya seorang saja yang membida rumah tu. Orang lain masuk dan berlawan rumah lain. Kira menang tanpa bertanding. Gembira rasanya dan terus urus dengan peguam saya. Kebetulan, peguam dan isteri dia tu kawan saya satu UKM dulu, kira dia tu ok ler.

Cari Peguam

Nak ingatkan sikit pasal beli hartanah ni, carilah peguam yang kita boleh percayai. Kalau peguam tak amanah, nanti susah kita. Tengok macam kes tu, yang tengah heboh tu... tau tak kes apa ? Alahhh yang pasal beli tanah tu. Jadi berhati-hatilah ambil peguam.

Masuk Rumah

Esoknya, saya ambil tukul besi, pecahkan pintu rumah tu. Saya yang pecahkan sendiri, rumah lelong mana ada kunci, bukan kereta lelong kastam ada kunci. Saya ganti kunci sendiri, harga dalam RM 20 kira yang mahal sikit, kunci yang murah ada dalam RM 9 tapi nak yang mahal sikit ler. Kalau ikut nasihat bank atau pelelong tak boleh masuk rumah dulu sehingga tukar nama, tapi saya terus pecah masuk jer. Jangan ikut saya, saya tak ajar macam tu, cuma nak cerita pengalaman saya jer. Pada saya, rasa rugi walaupun sehari atau sebulan. Proses tukar nama tu sampai berbulan-bulan juga kadang-kadang.

Masa masuk tu saya terkejut sebab rumah tu cantik, bersih dan dah diubahsuai. Saya agak, belanja lebih RM10,000 juga nak buat tu. Cat pun baru dan siap gril besi setiap pintu dan tingkap. Lampu dan kipas semua elok.

Dalam seminggu lepas tu, pinjaman saya lulus dan bayar bulanannya dalam 340 saja, kira ok ler. Tak sampai sebulan lepas tu, saya pindah rumah tu dan serah semula kuarters kerajaan. Dapatlah semula elaun rumah penuh dan elaun cola penuh. 


9 ulasan:

  1. Bertambah lagi minat kawan mendalami ilmu membeli rumah lelong ini. Tahniah Tuan kerana berjaya membeli rumah lelongan itu. Lama juga kawan menunggu cerita "Lelong Rumah" ni. Asyik layan "Man Burger" je.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  2. alhamdulillah ustaz.. syukur.. bila nk buat kenduri doa selamat ? :D mesti ramai yg menanti-nantikn nsk ayam dapur apollo tu.. :D

    BalasPadam
  3. Dah buat doa selamat, tahun 2008. Sekarang ni rumah ada orang sewa.

    BalasPadam
  4. Salam ustaz minta ustaz bagi tau tajuk buku pasal pembelian rumah lelong 2.

    BalasPadam
  5. salam..
    kira nasib ustaz memang untung, asyik dapat RP.
    Saya baru menang lelong baru2 ni,rugi 6K dari RP sbab ramai sgt Cha Ya Nun Alif yg saje buat2 onar.Harap dgn bolg ustaz ni dapat me"ramai"kan kaum kita masuk lelong.

    BalasPadam
  6. salam,saya pun baru nak berjinak dgn rumah lelong utk pelaburan hari tua.tks for sharing..

    BalasPadam
  7. ustaz nak tanya... sekiranya kita menang dalam lelongan rumah tu. rumah tersebut kita dapat. tapi tup tup pnjaman bank tiba-tiba x lulus camna tu ustaz? pernah terjadi x perkara macam ni kat sape2 pun @ confirm2 akan lulus pinjaman bank tersebut?

    BalasPadam
  8. Kalau loan rumah tak lulus, maka kena bayar tunailah. Dicadangkan buat personal loan dan bayar tunai.

    Kalau tak bayar juga, dalam tempoh 90 hari atau 120 hari (berdasarkan syarat lelongan), rumah tersebut akan diambil semula oleh pihak bank.

    Sebab itu, sebelum beli sesuatu rumah lelong, tanya dulu pegawai bank (jangan sebut tetap lokasi rumah). Kalau anda layak loan, maka masuklah lelong.

    BalasPadam
  9. harga 79000, loan 27, byr bulan2 340?

    murahnya bayaran bulanan dia? ustaz wat kat bank mana?

    time ustaz beli rumah ni, bayar kos utk lawyer berapa?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.