Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Januari 2011

Tahun 2011 : Jangan Abaikan Persekolahan Anak-anak, Ibu bapa Rajinlah Bekerja



Sebentar tadi saya hadir menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak-anak saudara kita daerah Kluang. Dalam ucapan ringkas saya, sempat saya berpesan kepada ibu bapa supaya jangan memandang ringan terhadap persekolahan anak-anak. Jangan kerana kesusahan atau sibuk bekerja sehingga anak-anak tidak bersekolah atau sekadar sekerat jalan saja.

 Saya berpesan, kalau ada bantuan lain yang diperlukan, bolehlah ke MAIJ untuk mohon bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan. Tetapi, janganlah suka meminta-minta sangat atau semuanya hendak bergantung kepada MAIJ. Janganlah jadikan status sebagai saudara kita itu sebagai keistimewaan yang berterusan untuk mendapat semua bantuan.

Cerita Saya di China untuk motivasi kepada Saudara kita

Pesan saya lagi, ibu bapa kenalah bekerja dan beusaha dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada tahun 2011 ini. Lipat gandakan usaha untuk pembangunan keluarga. Sempat saya cerita pengalaman saya seminggu ke negeri China. Saya kata, di China, lebih ramai orang di sana sudah Islam sejak dari dulu lagi. Saya sempat ziarah makam para sahabat Saad bin Abi Waqas di Guangzhoo yang meninggal dunia di sana sewaktu berdakwah di negeri China.


(Makam Saad in Abi Waqas, sahabat Nabi di Guangzho, China. Gambar Ustaz Morsid Mahrof yang bersama saya dalam lawatan tersebut)


Cerita saya lagi, orang di China kuat semangat bekerja sehingga China menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Betul, bandar Guangzho saya rasa lebih berpuluh kali ganda berbanding Johor Bahru dan penduduknya jutaan orang. Terdapat ribuan kilang perusahaan yang menghasilkan keluaran untuk dieksport ke seluruh dunia.

Tidak kira kita saudara baru atau sesiapa saja, di negara kita, kita bebas bekerja dan berusaha. Janganlah kita kata tidak ada pekerjaan, sedangkan orang asing seperti Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietnam, India dan lain-lain boleh bekerja di negara kita termasuk di Kluang ini.

2 ulasan:

  1. salam ustaz, saya ingin bertanya, spt sedia maklum, dalam Islam terdapat institusi zakat dan baitul mal. Alhamdu lILLAH, seruan berzakat dan cara berzakat mmg dan bole dikatakan tersebar pengetahuan mengenainya.

    Tapi cara pengagihan zakat kurang diwar2kan.

    Bole tak ustaz perjelas secara ringkas bagaimana zakat dan harta baitul mal di manafaatkan untuk mengurangkan amalan meminta2 dikalangan ummah? adakah si fakir perlu mendaftar atau adakah pihak MAIJ telah bergerak pro aktif untuk mengagihkan kutipan zakat?

    tanpa prejudis, wassalam.

    BalasPadam
  2. Untuk jawapan yang lebih tepat, sila rujuk laman web MAIJ.

    http://www.maij.gov.my/

    BalasPadam

Dipersilakan komen.