Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Disember 2009

Harga RM 3.00 Tapi Kena Bayar RM 3.50


Jam 6.00 petang tadi saya singgah di sebuah warung tepi jalan waktu balik berceramah kursus pra perkahwinan. Hari ini banyak sesi ceramah saya. Warung itu bukan dalam daerah Kluang. Saya minta 2 bungkus mee goreng dan 2 bungkus nasi goreng. Saya juga minum teh tarik segelas di kedai tu.

Saya terkejut masa bayar, iaitu RM 15.20, sebab kalau dilihat pada tanda harga yang terpampang besar di kedai tu saya kira sekitar RM 13 saja. Rupanya mee goreng dan nasi goreng RM 3.50 bukannya RM 3.00 seperti tertulis. Bila saya tanya, kenapa tak sama dengan tanda harga tu, peniaga tu kata kalau bungkus kena tambah 50 sen. Teh tarik pula RM 1.20 segelas. Bia saya pertikaikan dia terus partahankan juga.

"Abang, patut kenalah sama dengan harga yang ditulis. Kalau bungkus kena tambah 50 sen, patut kena tulis juga". Kata saya.

"Sini makanan bungkus semua kena tambah 50 sen, saya niaga dah lama kat sini". Kata peniaga tu.

Inilah Sikap Peniaga Sebahagian Melayu

Sebenarnya, saya bukan nak berkira sangat dengan 50 sen tu, kalau 4 bungkus maknanya RM 2.00, saya bukan nak berkira sangat. Cuma saya nak tegur di sini adalah sikap peniaga orang kita. Berniaga kena jujur, jangan menipu atau ada unsur melindungi atau menyembunyikan sesuatu. Kalau harga betul RM 3.50, tulis saja, pelanggan tak kisah. Yang sangsinya, kenapa harga lain. Inilah antara penyebab dan petanda kedai itu akan merosot, pelanggan satu persatu akan lari.

Kalau Saya Jadi Peniaga tu, Saya Kasi Saja Harga RM 3.00

Kalau nak niaga lama, kalau pelanggan dah pertikai, benarkanlah cakap pelanggan tu. Kasi saja RM 3.00, biar rugi sikit (sebenarnya tak rugi pun, modal bukan sebanyak tu). Kalau dia tak kasi diskaun, hari ni dia untung, hari lain dia rugi, percayalah.

Peniaga Islam Jangan Sombong dan Cakap Besar

Peniaga tu kata dia dah lama niaga. Ayat ini nampak macam ada sombong sikit, janganlah begitu, rezeki kita Allah Taala yang tentukan. Hari ini dan sebelumnya kita untung, esok lusa belum tahu. Dia niaga atas tanah kerajaan yang dibina warung yang saya percaya tiada lesen. Bila-bila saja pihak berkuasa boleh robohkan. Dia juga mungkin tak ada surat daripada kementerian kesihatan. Dia ada seorang pekerja yang mungkin Pakistan. Saya pasti tak ada permit kerja.

Harga yang salah dan mengelirukan tu boleh diambil tindakan termasuk dakwa di mahkamah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. (tengok kes gerai nasi dagang yang letak harga salah pada kepala ikan dulu).Peniaga ini sebenarnya kena berhati-hati dengan pelanggan dan jaga hati pelanggan. Kalau pelanggan dah sakit hati, mungkin pelanggan buat 'report', habis terus warungnya itu. Waktu tu jangan menyesal tak habis....

Teh Tarik kenalah Sedap, Bukan Cincai Saja

Teh tarik di kedai itu tak lulus lansung. Kena belajarlah cara buat teh tarik dengan orang yang ada pengalaman, buka kedai makan ni bukan senang, jangan anggap tak penting cara buat teh tarik tu. Gunalah 'Boh Tek Tarik', saya pun ada ajar dalam blog saya ni (bacalah tulisan saya yang terdahulu). Susu pekat yang digunakan eloknya F&N atau Cap Teko, tapi kalau mahal, pakai susu lain pun boleh juga, rasa pun ok juga. Jual teh tarik, janganlah sampai RM 1.20, seringgit pun dah cukup untung. Kalau jual seringgit, untungnya sudah 70 sen.

Saya Suka  Peniaga Islam Berjaya, Sebab Itu Saya Tegur

Saya tak bergaduh dengan sesiapa, apa lagi nak simpan dendam dengan sesiapa. Cuma saya nak paparkan kisah masyarakat, yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadikan sempadan. Ini boleh jadi modal saya dalam ceramah.Saya selalu dijemput berceramah kepada usahawan dan peniaga. Pepatah Jawa selalu kata "a customer is always right". Maka hati pelanggan hendaklah selalu dijaga kerana atas sokongan pelangganlah perniagaan kita berkembang maju, insyaallah.




10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. emm...betul betul betul....hehe. tapi kan ustaz,betul laa ustaz cakap buat teh tarik kena lah guna "Boh teh tarik"emm..rasa mmg sedap..hihi tapi sy ada satu masalah laa..selalunya buat teh tarik misti termanis..natah kenapa..sy buat kat umh jee.abb sy sendiri adalah peminat teh tarik dgn teh ais..kalau abg sy dtg pun sy suka buat teh tarik.dia org kata sedap..macam minum kat kedai lak..hihi tapi tu ar termanis arr.......

    BalasPadam
  3. Teh jangan terlalu pekat. Kalau pekat sangat nanti rasa kelat dan terpaksa banyak susu, ini tak elok. Pastikan air paling panas. Lain jenis susu, sukatan pun lain. Kalau susu gold cond antara 3-4 sudu kecil. Kalau masih manis, kurangkan susu, tapi jangan sampai tawar.

    BalasPadam
  4. Wah dapat belajar cara buat teh tarik.....Jgn fikir nak untung byk sgt...!

    BalasPadam
  5. rindu pada teh tarik arwah pakcik. dia selalunya beli teh yang timbang kt pasar besar (pasar siti khadijah)....mmg marvelous

    BalasPadam
  6. ye betul tu. inilah sikap kebanyakkan peniaga melayu kita. diorang tak ambik kisah tentang hati pelanggan, yg diorang tau pelanggan dtg makan dan bayar,lain² komplen takmu dengar. saya biasa kena situasi macam ni,tapi saya bukan jenis yg suka membantah, tapi apa yg saya buat, itulah kali terakhir saya ke kedai tersebut.

    BalasPadam
  7. Mmg segelintir org melayu mcm tu..bila nak bisness mcm2 kata2 manis..bila kita cuba bagi yg skit..mcm2 alasan..nak yg besar ja..at last..satu pun tak dpt..hambik kau..haloba!!!!

    BalasPadam
  8. Saya tak gemar Teh Tarik. Saya juga tak suka peniaga Melayu yang sombong...

    BalasPadam
  9. "Kalau dia tak kasi diskaun, hari ni dia untung, hari lain dia rugi, percayalah."

    Kalau die untung pun berkat ke duit dia tu..

    BalasPadam
  10. teruk betul. Kalau nak berniaga biarlah sama2 redha. Pelanggan redha, Peniaga juga redha. Baru lah perniagaan boleh mantap :)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.