Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2009

WASPADA Waktu Tuang Minyak Kereta (Cerita Kereta Episod 1)

Baru-baru ini saya berhenti di sebuah stesen minyak, ingin mengisi RM 50.00 secara tunai. Waktu mengisi minyak, meter terhenti pada RM 40.00 sahaja. Saya terus mendapatkan casher wanita tadi. Belum sempat saya berkata apa-apa, dia terus memberikan saya wang baki RM 10.00. Saya ambil duit itu, tetapi saya bertanya sesuatu padanya.

"Tadi saya kasi 50 ringgit untuk isi minyak 50 ringgit, saya tak kata pun nak isi 40 ringgit." Kata saya.
Kemudian dia kata dia salah dengar, dia kata dia dengar RM40.00.

"Kalau cik dengar 40 ringgit, patut dari tadi cik dah kasi wang 10 ringit pada saya, bukan sekarang". Saya kata lagi.

"Betul ke cik ni salah dengar atau sengaja hendak menipu ?". Kata saya.

Dia jadi takut apabila saya kata saya ada ramai kawan yang jadi tauke stesen minyak jenis ini. Saya kata, kalau saya hendak mengadu pada tuann punya stesen minyak itu, bila-bila masa saja boleh. Saya boleh hubungi kawan saya untuk dapatkan no tel tauke stesen minyak ini. Terus dia minta maaf pada saya, saya maafkan sebagai seorang Islam, tapi tetap rasa tertipu.

Pada saya, ini mungkin ini penipuan yang dirancang dan disengajakan. Saya kasi RM 50, kalau saya tak tengok meter betul-betul mungkin saya akan tertipu. (kadang-kadang meter itu cepat berubah, jadi angka kosong semula). Siapa yang akan ambil RM 10 itu ? Saya syaki casher itu yang ambil. Tak mustahil ini berlaku.

Kesimpulannya, kalau kita isi minyak di stesen, tengok betul-betul meter tu. Sebaiknya kita tuang sendiri, jangan mengharapkan juru pam yang isi...ini untuk mengelakkan kita tertipu.

Kepada pengusaha stesen minyak, perlu peka dan berhati-hati dengan pekerja. Jangan percaya sangat dengan pekerja, apatah lagi tauke jarang datang melawat stesen minyaknya. Kalau perkara ini berlaku, stesen tersebut mungkin akan kehilangan pelanggan dan memalapkan perniagaannya. Perniagaan boleh lingkup.

Pekerja perlu berterima kasih kepada majikan dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Semoga perniagaan kita akan terus berkembang... Majikan jangan lupa beri duit raya kepada pekerja stesen minyak.

4 ulasan:

  1. salah satu sebabnya terjadi/menjadi penipuan spt ini.. kerana gaji yg di upahbagi.. xmencukupi..
    kalau ada package pekerjaan sebagini.. + package mkn t/hari ditanggung.. kan bagus !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. berapa banyak gaji yang cukup? atau berapa banyak wang yang cukup?

      Padam
  2. Gaji murah bukan alasan untuk mencuri..

    BalasPadam
  3. lepas ni sy kena hati2 jugak sbb sy percaya kat bangla isi minyak tu je yg tlg isi

    BalasPadam

Dipersilakan komen.