Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2009

LEBUHRAYA SENAI-ULU TIRAM- PASIR GUDANG DAH BUKA

Masa saya dalam perlajanan dari Kluang ke JB Ahad lalu untuk kursus IT, saya teringat cerita lebuhraya Senai-Ulu Tiram-Pasir Gudang dah buka. Sampai di Senai melalui lebuhraya Utara-Selatan jam 6.00 petang saya keluar tol yang biasa orang keluar untuk pegi ke Singapore melalui Secondlink.
Masa bayar tol keluar, saya tanya jurutol, dia kata kalau nak ke Pasir Gudang percuma selama sebulan, itu sudah bagus. Saya lalu jalan tu, lebih kurang 20 minit saja sampai ke Ulu Tiram,naik kereta Peugeot 405, kelajuan dalam 110 kmj. Saya keluar exit Ulu Tiram, tak sempat nak ke Pasir Gudang memandangkan dah dekat nak berbuka puasa kat Bukit Alif.
Memang jimat kalau nak ke Ulu Tiram, kalau jalan biasa kena keluar tol Skudai, lepas tu melalui lebuhraya Pasir Gudang, mungkin memakan masa sejam lebih. Kalau nak ke Pasir Gudang lagi jimat masa terutama waktu puncak. Bayar tol lebih sikit pun rasanya pengguna tak merungut, sebab boleh jumat minyak dan masa. Tahniah...
SELAMAT MENCUBA LEBUHRAYA BARU, FREE SEBULAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.