Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Julai 2011

Pelaburan Ikan Patin Tipu Orang

Impian seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendapat habuan sebanyak RM1,440 sebulan dalam satu skim pelaburan ternakan ikan patin buah berkecai selepas mendapati dia ditipu syarikat pengendali ternakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki, 28 tahun, kini terpaksa membayar balik pinjaman bank berjumlah RM80,000 termasuk faedah selama 15 tahun yang telah dijadikan sebagai modal pelaburan tersebut. Dia berkata, dia terjebak dalam skim pelaburan itu setelah diperkenalkan oleh rakan-rakannya dan terpedaya dengan janji manis syarikat terbabit.

Dia yang berkhidmat di sebuah syarikat swasta di Temerloh memberitahu, dia kemudian menandatangani surat perjanjian dengan syarikat terbabit pada Januari tahun lalu. Berdasarkan perjanjian, jelasnya, semua urusan perniagaan akan diuruskan oleh syarikat terbabit dan dia sebagai pelabur hanya menunggu bayaran bulanan.

“Saya juga diberikan sebuah sangkar yang mempunyai 1,800 benih anak ikan patin,” ujarnya.
Menurutnya, dia mula menerima habuan sebanyak RM1,020 pada Mac tahun lalu dan RM1,140 pada bulan berikutannya.

Bagaimanapun, kata Syed Idris, pada bulan Mei sehingga kini, dia tidak lagi menerima bayaran dan apabila syarikat terbabit dihubungi, pelbagai alasan tidak munasabah diberikan.
“Mereka mendakwa syarikat telah berhadapan dengan masalah, banyak ikan mati dan kesukaran pasaran,” katanya.

Syed Idris berkata, tidak lama selepas itu dia cuba menghubungi pihak terbabit namun tiada jawapan sehingga dia terpaksa pergi ke pejabat syarikat berkenaan. Difahamkan terdapat lebih 20 pelabur lain terdiri daripada kakitangan kerajaan yang telah ditipu syarikat yang sama,” ujarnya.

5 ulasan:

  1. T kasih ustaz kerana memaparkan cerita ni. Macam2 sekarang ni seperti pelaburan burung walit le dll (klu pun betul, dah macam tak boleh percaya, dia org pun siap surat perjanjian dll).

    Tak lama dulu pelaburan hotel di Mekah le, di Asia le dll...malah yg sama2 berakan kongsi buat bisnes restoran, kontraktor pun boleh saman menyaman. Dunia dunia.. suami isteri pun kadang2 boleh tipu menipu juga.

    Macam mana ni ye..

    nek

    BalasPadam
  2. macam-macam cara orang nak kaya dan untung cepat termasuklah menipu... sabar je la...

    BalasPadam
  3. Bior melabur dekat Tabong Haji.Ande rezeki dapat juge buat umrah ngan haji...

    BalasPadam
  4. Ramai betul orang Melayu kena tipu , inilah akibat nak kaya cepat dengan jalan mudah dengan menjadi "sleeping partner ".

    BalasPadam
  5. pelik gak bila orang Temerloh kena tipu ttg ternakan ikan patin.....dah tentu-tentu temerloh tu bandar patin.



    JongangBangang

    BalasPadam

Dipersilakan komen.